Rachel Weisz
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Rachel Weisz | |
![]() Weisz dalam The Constant Gardener (2005). |
|
Tarikh lahir: | 7 Mac 1971 |
Tempat lahir: | London, England |
Watak dikenali: | "Evelyn Carnahan" dalam The Mummy |
Anugerah Akademi: | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2006: "Tessa Quayle" dalam The Constant Gardener |
Rachel Weisz (lahir 7 Mac, 1971) adalah seorang pelakon Inggeris serta pemenang Anugerah Akademi, Golden Globe, dan calon BAFTA.
[Sunting] Biografi
[Sunting] Kehidupan awal
Weisz dilahirkan di London, England. Ayahnya, George Weisz, seorang pereka Hungary yang keluarganya melarikan diri ke England untuk mengelakkan penyeksaan Nazi. Ibunya, Edith, yang dilahirkan di Vienna, adalah seorang ahli psikoanalisis dan pelakon Austria. Ayah Weisz orang Yahudi, manakala ibunya Katolik, [1] walaupun ibunya juga dirujuk sebagai orang Yahudi [2] atau mempunyai keturunan Yahudi. [3] Weisz merujuk kepada diri sebagai seorang Yahudi.[4][5]
Weisz dididik di Sekolah Berkolej London Utara di mana dia dibuang sekolah. Dia kemudian dihantar ke Sekolah Benenden dan akhirnya bersekolah di Sekolah Perempuan St. Paul ketika berumur 13 tahun. Weisz melanjutkan pendidikannya di Dewan Trinity, Universiti Cambridge di mana dia memperoleh ijazah 2:1 dalam bahasa Inggeris. Dalam tahun-tahunnya di universiti, dia muncul dalam berbagai-bagai pementasan pelajar, dan merupakan pengasas bersama kumpulan drama pelajar, Cambridge Talking Tongues, yang kemudian memenangi Anugerah Drama Guardian di Pesta Edinburgh bagi drama improvisasi yang dipanggil Slight Possession.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |