Raja Farouk I
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965) merupakan raja mutlak yang mewarisi tampuk pemerintahan daripada bapanya Raja Fuad I pada tahun 1936. Selepas pertabalannya, raja yang berusia 16 tahun itu membuat ucapan di radio, dengan itu menjadi raja Mesir pertama yang berucap secara langsung kepada rakyatnya.
Raja Farouk I yang masih remaja ini hanyut dengan kehidupan yang mewah. Walaupun mempunyai beribu ekar tanah, berdozen istana, dan beratus kereta, beliau tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Malah, beliau sering melancung ke Eropah untuk membeli-belah.
Ketika kesukaran semasa Perang Dunia II, Raja Farouk I kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Keputusan Raja Farouk I untuk menyalakan kesemua lampu istananya di Alexandria manakala rakyat lain diperintah untuk memadam semua semua lampu ketika pengeboman tentera Itali, telah menyebabkan beliau dibenci oleh rakyat jelata.
Apabila semakin berusia, Raja Farouk I mula mencuri barangan ketika membuat lawatan rasmi termasuk pedang istiadat daripada Shah Iran dan jam poket berharga daripada Winston Churchill. Raja Farouk I juga merupakan penyeluk saku yang handal dan turut mencuri daripada rakyat biasa sehingga dia digelar "Pencuri Cairo". Ini merupakan salah satu penyebab rampasan kuasa tentera 1952.
Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab-Israil 1948, Raja Farouk I telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Julai 1952, diketuai oleh Gamal Abdel Nasser yang memaksa Raja Farouk 1 untuk turun takta dan disingkirkan ke Monaco, dimana Raja Farouk 1 tinggal sepanjang hidupnya. Selepas Raja Farouk 1 disingkirkan, anaknya yang masih bayi diistiharkan sebagai Raja Fuad II, bagaimanapun sebenarnya pemerintahan beraja sebenarnya telahpun dimansuhkan. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi dan Mesir diistiharkan sebagai sebuah republik. Pemerintahan baru dengan segera melelong koleksi harta peninggalan dan harta dicuri yang banyak.
Raja Farouk 1 terus hidup dengan cara hidup yang mewah dan terus dengan ketagihan untuk mengumpul harta benda. Kecenderungannya untuk makanan yang lazat menyebabkan Raja Farouk 1 menjadi gemuk mencecah 300 paun. Pada 3 March 1965, beliau rebah dimeja makan selepas makan dengan banyaknya. Raja Farouk 1 meninggal pada 18 March 1965.