Republika
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Republika merupakan salah sebuah akhbar nasional yang diterbitkan oleh masyarakat muslim bagi pasaran umum di Indonesia. Penerbitan tersebut merupakan puncak dari usaha yang lama dan bersungguh-sungguh umat Islam, khususnya para wartawan profesional muda yang telah menempuh berbagai ujian dan rintangan. Kehadiran Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia yang berjaya mengatasi sekatan-sekatan yang ketat oleh pemerintah Indonesia untuk mendapatkan izin penerbitan ketika itu. Republika diterbitan pertama kali pada 4 Januari 1993.
[Sunting] Sebagai Pemula atau Perintis
- Akhbar pertama yang diterbitkan dalam bentuk "modular lay out", yang kini diikuti oleh semua akhbar di Indonesia. Republika memenangi anugerah "Perwajahan Terbaik Media Cetak Indonesia 1993".
- Tahun 1995, akhbar pertama mempunyai laman web di Indonesia.
- Tahun 1997, akhbar pertama beroperasi secara Sistem Cetak Jarak Jauh.
- Salah sebuah akhbar pertama yang menerbitkan halaman khusus berita daerah.
- Pada 31 Januari 2000, Republika menjadi akhbar pertama yang melakukan pensaizan-semula. Secara umumnya akhbar di Indonesia menggunakan kertas bersaiz sembilan kolom. Hal ini terlalu lebar dan tidak ekonomi. Akhbar-akhbar dunia secara umumnya telah berubah ke ukuran tujuh kolom. Republika memulakan perubahannya dengan ukuran bersaiz lapan kolom bagi memastikan agar pengguna tidak terkejut dengan perubahan. Ketika seluruh akhbar pada 2005 berubah ke saiz lapan kolom, maka pada 2 Januari 2006 Republika telah sekali lagi berubah ke tujuh kolom.
- Tahun 2006, mulai edisi September, Republika mempunyai sisipan majalah sukan Arena. Ia merupakan yang pertama bagi pembaca akhbar di Indonesia: beli akhbar dapat majalah. Di Amerika Syarikat, ia sememangnya satu kelaziman. Misalnya The New York Times memberikan sisipan majalah sukan Play dan majalah umum The New York Times Magazine.
- Republika juga merupakan akhbar pertama di senaraikan di Bursa Efek Jakarta (BEJ).
[Sunting] Visi
Menjadikan REPUBLIKA sebagai akhbar umat yang paling dipercayai dan mengetengahkan nilai-nilai universal yang sejahtera, toleransi, damai, cerdas dan profesional, namun mempunyai prinsip dalam keterlibatannya menjaga persatuan bangsa dan kepentingan umat Islam yang berdasarkan pemahaman Rahmatan Lil Alamin.
[Sunting] Ketua Redaksi
Hingga kini, ketua redaksi Republika saling silih berganti. Ketua redaksi yang pertama ialah Parni Hadi, diikuti Andi Makmur Makka, Zaim Uchrowi, Tommy Tamtomo, Yayat Supriyatna, Asro Kamal Rokan, dan ketika ini ialah Ikhwanul Kiram Mashuri.