Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson terletak di Jalan Hospital, bandar raya Ipoh , Perak. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Sekolah Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya pada 6 Februari 1909.
[Sunting] Sejarah
Nama "Anderson" diambil sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu,(juga Gabenor Negeri-Negeri Selat), Sir John Anderson. Sekolah Anderson diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar Melayu yang tidak berpeluang memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar. Atas sebab-sebab fahaman agama pula, ibu bapa Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris yang telah sedia ada seperti Anglo-Chinese School.
Lt. Col. J. H, Tyte, Penolong Kanan di Victoria Institution dilantik menjadi Guru Besar pertama. Belaiu dibantu oleh Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong Kanan. Guru perintis terdir dari seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua Victoria Institution. Bangunan sekolah pertama telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. C. H. La Brooy dan terletak di Jalan Douglas. Bangunan ini kini digunakan sebagai Pejabat Agama Perak.
[Sunting] Alumni
Antara bekas pelajar sekolah ini ialah :
- Datuk Megat Junid Megat Ayob
- Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
- Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan
- Ahmad Boestamam - aktivis politik anti-penjajahan Tanah Melayu oleh pihak British, mengasaskan Kesatuan Melayu Muda
- DYAM Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa, Raja Dihilir Perak
- Loke Hoi Kwong - pengarah teater di London [1]
- Chan Sek Keong - Ketua Hakim Singapura (Chief Justice of the Republic of Singapore). [2]
- Dr. Haji Ahmad Adlan bin Nuruddin (A.M.P) - Perunding Obstetrician and Gynaecologist di Ipoh Specialist Hospital
- Dato' Mohammad Nor Khalid (Lat) - Kartunis Malaysia