Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras |
|
Lokasi | Bandar Tun Razak |
Tahun ditubuhkan | 1964 |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan |
Pengetua/Guru Besar terkini | |
Nama rujukan | SMKC |
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras, SMKC atau SMK Cheras adalah sebuah sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1964. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak iaitu kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Beberapa bangunan berhampiran dengan sekolah ini ialah Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, dan yang paling hampir sekali ialah gelanggang lumba basikal bandaraya, Velodrom Kuala Lumpur dan sebuah medan selera.
Sekolah yang terletak di kawasan seluas 14.6 ekar ini boleh menampung murid yang berbilang kaum, lelaki dan perempuan sekitar Cheras. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai sebuah sekolah menengah aliran Inggeris. Pada peringkat awalnya, banyak masalah dan kekurangan yang dihadapi. Murid-muridnya terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane, iaitu menumpang bangunan sekolah itu pada sebelah petangnya. Apabila bangunan sekolah telah siap, ia dibuka dan digunakan secara rasminya pada 27 Mac 1969 oleh YB Encik Mohamed Khir Johari.
Bermula dengan hanya 519 orang murid dan 21 orang guru pada awal penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras berkembang dari tahun ke tahun. Setelah sekolah ini bertembung dengan 11 orang pengetua, sekolah ini mempunyai 9 blok utama, 3 buah pondok, sebuah surau, 2 buah gimnasium, 7 gelanggang Pendidikan Jasmani, iaitu Gimnasium 1 dan 2, padang sekolah, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan bola jaring, dan 2 gelanggang badminton.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah sekolah
Pada tahun 1964, Kementerian Pendidikan Malaysia hendak membangunkan sebuah sekolah aneka jurusan di Selangor. Dengan ini, sebuah tapak telah dipilih di batu 4½, Jalan Cheras dan tiga blok bilik darjah telah didirikan. Oleh kerana sekolah ini terletak di kawasan Cheras, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Jalan Cheras. Sebelum bangunan Sekolah Jalan Cheras dapat digunakan pada bulan Januari, 1965, seolah ini telah pun wujud selama setahun di Sekolah Jalan Cochrane pada bahagian petang. Selama dua minggu pertama bulan Januari, 1965, sekolah dijalankan tanpa air dan elektrik. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, tetapi murid-murid diberi peluang mempelajari bahasa ibunda mereka. Semua pentadbiran sekolah pada masa itu adalah di bawah pengawasan pemangku guru besar, iaitu Encik Lim Eng Thye (PJK). Beliau bertugas sehingga bulan Mei, 1964 sahaja. Detik bersejarah bagi sekolah ini bermula dengan perasmiannya pada 27hb Mac 1969, di mana diadakan juga hari ucapan dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang pembelajaran masing-masing. Tetamu kehormat yang hadir pada masa itu ialah Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Mohd Khir Johari dan isterinya, ketua penasihat pelajaran dan pegawai-pegawai Menteri Pendidikan.
[Sunting] Lagu sekolah
Lagu Sekolah
Ilmu Kunci Segala Kejayaan
Clogankata Yang Murni
Berazam Tinggi
SMKC Berbangga
Didplin, Harmoni, Perpaduan
Menjamin Kebahgiaan
Bergerak Maju
Menuntut Segala Ilmu
Kami Berusaha
Berbakti Berjasa
Kepimpinan Guru Patuhi Selalu
Kami Pastikan Maju
Lagu Warga Ceria
Kamilah Warga SMKC
Terus Maju Ke Depan
Beriltizam Berdikari
Membuktikan Kejayaan
Sebelum Kami Berjaya
Restui Usaha Kami
Inilah Sumpah Dan Janji Kami
Mengejar Cita-Cita
Jadikan Kegagalan Pengajaran
Untuk Kami Mencapai Wawasan
Kami Berusaha
SMKC Berbangga
Cemerlang Pasti Menjelma
Ceria Selamanya
Lagu Sekolah Lama
Cheras Road School
To Thee We Give
Our Love And Loyalty
There'll Be A Day
When We Can Say
Cherasians We Will Lead
So Let Us Strive
With Might And Zeal
A Noble Path To Blaze
And Let Us Plegze
As One And All
With Gevotion To Our School
With Thankfulness
To Thee We Recall
Oh Guides Of Cherasians
Thanks For Thy Care
And Helping Hand
We're Proud To Be Cherasians
- Moto sekolah
Ilmu Kunci Kejayaan
[Sunting] Visi sekolah
- Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, ceria dan selesa bagi pelajar, guru-guru dan staf sokongan bekerja, belajar dan berinteraksi.
- Membina staf yang komited (prihatin) dan bekerjasama.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan sentiasa tekun erusaha dalam akademik dan kokurukulum agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
S - Sentiasa Berusaha
M - Mulia Akhlak
K - Komited
C - Ceria
[Sunting] Misi Sekolah
- Membentuk dan melahirkan masyarakat sekolah yang bersepadu, bekerjasama, hormat-menghormati dan patuh kepada undang-undang dan peraturan.
- Memberi perhatian kepada setiap individu, membina kecerdasan mental, fizikal, rohani dan akademik serta kesejahteraan sosial.
- Bersedia dan sanggup berusaha, berdikari, berakhlak mulia, menerima cabaran dan perubahan masa depan agar lebih gemilang