Sekolah Menengah Sains Johor
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Menengah Sains Johor |
|
Lokasi | Kluang, Johor, Malaysia |
Tahun ditubuhkan | 1973 |
Jenis sekolah | Sekolah berasrama |
Pengetua/Guru Besar terkini | Nojumuddin b. Abd Samad |
Nama rujukan | SMSJ |
Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh yang telah dibina pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tun Hamdan Bin Sheikh Tahir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei 1973.
Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Pengetua pertama ialah Tuan Syed Ahmad Omar Al-Atas dan sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.
Lokasinya yang terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A-level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998, sekokah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.
Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.
Pada tahun 1996, empat buah kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya sebuah kelas untuk Sains Tulen. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.
[Sunting] Pengetua-pengetua
- 1973-1974: Tuan Syed Ahmad b. Syed Omar
- 1974-1981: Hamzah b. Hj.Abdul Rahid, P.I.S
- 1982-1984: Tuan Haji Abu Bakar b. Bachik
- 1984-1985: Abd Malik b. Ismail
- 1986-1987: Tuan Hj. Shukor b. Md Dom, P.I.S
- 1987-1988: Tuan Hj. Mohd Ropi b. Jahis, P.I.S
- 1988-1994: Tuan Hj. Abu Naim b. Hj Siran, P.I.S
- 1994-1997: Jailani b. Rusni, A.M.N
- 1997-Dis 1997: Tuan Hj. Rokhani b. Mangi
- Apr-Dis 1998: Tuan Hj. Abdullah b. Idrus
- Dis 1998-Jun 2001: Tuan Hj. Umar b. Kamari
- Jun 2001-Ogos 2002: Tuan Hj. Kamarudin b. Abu
- Kini: Tuan Hj. Nojumuddin b. Abd Samad
[Sunting] Lagu Sekolah
[Sunting] Lirik
Majulah-majulah
Sekolah yang tercinta
Biar Indah
Megah dan Mashur
Berbakti untuk nusa dan bangsa
Di sepanjang masa
Ku serah Jiwa dan Ragaku
Untuk bimbingan
Dan Didikan
Ku cari ilmu
Ku taburkan bakti
selagi ada hayatku
Berjasalah berjasa
Sekolah yang tercinta
Sinar Harapan
Putera dan puteri
Teguh berdiri
Sepanjang Zaman
Membela ibu pertiwi
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |