Senario XX
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Senario XX | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Pengarang | Aziz M. Osman |
Pelakon | Kumpulan Senario Nur Fazura Wahid Satay |
Penerbit | Ahmad Puad Onah Lazizah Ahmad |
Pengedar | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 19 Mei 2005 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Senario XX ini ialah filem kelima Kumpulan Senario dan telah ditayangkan pada 19 Mei 2005. Filem ini digelar XX kerana filem ini ialah filem ke-20 (XX) terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. "XX" dalam judul filem ini juga merujuk kepada filem XX Ray (1992). Kos pembikinan filem ini ialah RM1 juta.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Zoragon berasal dari planet Zuhal. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga dari Zurah ke Marikh. Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja Zaragus. Akibat serangan Jeneral Zoragas, Zoragon terpaksa mendaratkan kapal angkasanya di planet Bumi dan terdampar di sebuah kampung di Malaysia. Penduduk kampung tersebut amat terkejut dengan kehadiran kapal angkasa atau UFO itu. Dalam kekecohan yang timbul itu, seorang bomoh yang masih berpegangkan kepercayaan karut telah mengatakan bahawa kapal angkasa dan makhluk asing itu merupakan jelmaan hantu polong lalu menggunakan jampi serapah untuk menghalaunya. Kehadiran Zoragon di Bumi juga telah menemukannya dengan gadis kampung yang bernama Siti. Akibatnya timbul konflik antara tunang Siti (Rosman) dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.
[Sunting] Pelakon
- Wahid Senario (Zoragon)
- Saiful Apek (Jeneral Zoragas)
- Nur Fazura (Siti)
- Mazlan Senario (Rosman)
- Azlee Senario (Bomoh)
- Wahid Satay (Ketua kampung)
- Lazizah Ahmad (Ibu Siti)
- Rosyam Nor
- Yassin Yahya
- Chef Wan
- Siti Faizurina
[Sunting] Pengarah
- Aziz M. Osman
[Sunting] Lihat juga
- Kumpulan Senario
- Senario The Movie
- Senario Lagi
- Lagi-lagi Senario
- Lang Buana