Serani
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang berasal dari Portugis dan menganut agama Katolik Roman. Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani yang terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan AirAsia. Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah.