Perbualan Pengguna:Siber79
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:
- Bagaimana memulakan laman baru
- Cara menyunting rencana
- Petunjuk dalam memberikan nama rencana
- Polisi dan garis panduan yang diamalkan
- Memohon rencana.
- Kedai Kopi bagi berbincang hal semasa.
Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam! —
...Aurora... 09:52, 3 Mei 2006 (UTC) Hai Siber79,
Penggunaan gambar yang mempunyai hak cipta tidak dibenarkan di laman ini. Ini bagi menggelakkan masaalah hakcipta/tuntutan. Diharap anda dapat meletakkan tag sumber agar mudah mengenal pasti sumber gambar yang diletakkan. Yosri 10:24, 22 Mei 2006 (UTC)
Jadual isi kandungan |
[Sunting] tilawah alquran
Hai siber! Tahniah kerana anda telah membuat artikel tempatan..akan tetapi saya fikir anda harus meletakkan pautan dan rujukan supaya artikel yang anda ciptakan ini menjadi lebih bermakna... che 09:40, 27 Mei 2006 (UTC)
[Sunting] Penghargaan
Hi Siber79, tak perlulah mengucapkan terima kasih. Kalau saya tak memberikan anda anugerah ini, Ychmatematik juga akan memberikannya kepada anda sebab anda memang berlayak, berdasarkan sumbangan anda, baik dari segi kuantiti mahupun dari segi mutu. Malangnya, dia kini sibuk sebab penggal yang baru telah bermula.
Selepas memberi pesanan, anda tidak perlu menaipkan nama anda. Anda cuma menaip simbol tilde (~), iaitu:
- ~~~: tiga tilde untuk nama saje
- ~~~~: empat tilde untuk nama dan tarikh
- ~~~~~: lima tilde untuk tarikh saje.
Bagaimanapun, kita biasa menggunakan empat tilde. Tilde into akan bertukar secara automatik menjadi nama dan/atau tarikh selepas anda menyimpan pesanan anda. — PM Poon 05:37, 26 Julai 2006 (UTC)
[Sunting] Gambar Jambatan Kedua Muar dan Muar Bypass
Assalamualaikum! Hai Siber79. Tadi saya cipta artikel pasal Muar Bypass dan Jambatan Kedua Muar. Sebagai anak jati Muar, boleh tak tolong ambil gambar Jambatan Kedua Muar dan Muar Bypass serta masukkan gambar itu ke dalam artikel yang saya sunting tadi? Terima kasih. Aiman Ab Majid 31 Julai 2006
[Sunting] Carian
Hai Siber79, bagi saya, bukan carian saja tetapi juga penciptaan rencana baru melalui cara biasa! Hal-hal ini dah lama, iaitu sejak saya meletakkan jawatan penyelia. Ingat saya seorang saja yang mengalami masalah ini kerana kesilapan yang mungkin dibuat ketika menggantikan taraf saya, hehehe.
Golongan penyelia bukannya dewa, hehehe. Anda boleh menghubungi mereka secara langsung. Cuma tulis pesanan-pesanan dan permintaan-permintaan anda di Kedai Kopi! Kan Kedai Kopi tempat untuk kita berhubung untuk segala perkara dalam portal ini? — PM Poon 01:40, 7 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] UMNO
Hai Siber! boleh minta tolong siapkan artikel UMNO tak...saya dah tak larat ni...!terima kasih..che 16:52, 16 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Raja Chulan
Hai Siber79, terima kasih kerana menulis rencana Raja Chulan. Semalam ketika muat naik gambar itu, saya tidak mendapat sebarang maklumat daripada laman web Perpustakaan Negara Malaysia dari mana saya mengambil gambar itu.
Saya cuba mengubahsuai banyak gambar tempatan supaya tak melanggar hak cipta tetapi gambar Raja Chulan ini merupakan salah satu gambar yang tidak dapat diubah suai. Kini, saya akan gasak saje mana-mana satu gambar yang baik dan mengubahsuainya, jika boleh. — PM Poon 03:06, 17 Ogos 2006 (UTC)
Hai Siber79, walaupun anda mengatakan tak banyak tetapi rencana ini tidak boleh lagi digolongkan dalam rencana stub! Bagaimanapun, saya berasa rencana kita ini mungkin mempunyai matlumat yang paling banyak dalam internet buat sementara ini. Selepas perutusan anda, saya telah memasukkan seayat dua daripada ensiklopedia bercetak saya. Maklumatnya pun tak banyak. Sebenarnya, maklumat anda jauh melebihi matlumatnya, hehehe. — PM Poon 06:50, 17 Ogos 2006 (UTC)
[Sunting] Selamat Kembali PM Poon
Saya amat terkejut dengan pemergian anda beberapa hari lepas, tetapi amat lega setelah melihat nama anda kembali semula ke Laman Wikipedia ini. Saya harap laman ini akan lebih bermakna dengan kehadiran semula anda. Tahniah!!!siber79 03:53, 8 September 2006 (UTC)
Terima kasih Siber79 atas sambutan mesra anda! Sila lihat jawapan saya di Wikipedia: Kedai Kopi. Bagaimanapun, apa yang dikatakan adalah benar ketika ditulis, hehehe. Apa akan terjadi kemudian, saya pun tidak dapat meramalkan. Ini adalah satu sifat ahli Parti Perikatan yang belayar mengikut angin, hehehe. — PM Poon 18:38, 8 September 2006 (UTC)