Singhasari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Singhasari merupakan sebuah kerajaan yang terletak di timur Jawa diantara tahun 1222 hingga tahun 1292. Kerajaan Singhasari kemudiannya digantikan dengan kerajaan Majapahit.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pembentukan Singhasari
Singhasari diasaskan oleh Ken Angrok yang mana cerita dongengnya amat popular di timur dan tengah Jawa. Ken Agrok merupakan seorang anak yatim yang dibesarkan di Kediri dan seorang pencuri yang licik. Reputasinya sebagai seorang pencuri terkemuka menyebabkan raja Kediri mengarahkan pemerintah Tumapel, Tunggul Ametung menangkapnya.
Tunggul Ametung mempunyai seorang isteri yang amat cantik iaitu Puteri Dedes yang dipaksa berkahwin dengan Tunggul Ametung. Ken Agrok mendapat petunjuk yang Puteri Dedes mesti dikahwininya walaupun dengan segala cara sekalipun. Ken Agrok kemudiannya berjumpa dengan Mpu Gandring seorang pembuat keris terkenal untuk memintanya membuat sepucuk keris. Proses pembuatan keris ini mengambil masa yang lama sehinggakan Ken Agrok menjadi marah dan mengambil keris yang belum siap itu dan membunuh Mpu Gandring. Mpu Gandring ketika sedang nazak menyumpah Ken Agrok dan 7 generasi Ken Agrok bahawa mereka semua akan mati disebabkan keris yang sama.
Ken Agrok berjaya membunuh Tunggul Ametung dan menyalahkan seorang pencuri yang tidak terkenal di atas pembunuhan itu. Dia kemudiannya menjadi jaguh dan pemerintah Tumapel dan mengambil Puteri Dedes sebagai isteri. Pada masa ini Puteri Dedes mengandungkan anak Tunggul Ametung.
Ken Agrok tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya pada tahun 1222, dia menewaskan Kertajaya dari Kediri di dalam Perang Ganter. Dia kemudiannya mengasaskan Kerajaan Singhasari.
Ken Agrok merupakan raja pertama Singhasari tetapi oleh kerana sumpahan Mpu Gandring, dia dibunuh oleh Anusapati menggunakan keris Mpu Gandring.
[Sunting] Kejatuhan Singhasari
Pada zaman pemerintahan Kertanegara, seorang utusan daripada Kublai Khan, pemerintah Mongol datang ke Singhasari dan menuntut Singhasari membayar ufti. Kertanegara menganggapnya sebagai satu penghinaan dan menampar muka utusan itu sebelum membenarkan mereka kembali ke Beijing. Satu pemberontakan kemudiannya berlaku dan pada masa itu Kertanegara dibunuh.
Apabila angkatan laut Mongol tiba, menantu Kertanegara, Raden Wijaya (juga dikenali sebagai Kertarajasa), mempengaruhi mereka supaya bersekutu dengannya. Akibatnya tentera Mongol memusnahkan kerajaan lain dan bukannya Singhasari. Sebelum mereka menyedari akan fakta ini, Raden Wijaya menyerang mereka dan menghalau mereka keluar daripada Jawa. Raden Wijaya kemudiannya mengasaskan kerajaan Majapahit.
[Sunting] Pemerintah-Pemerintah Singhasari
- Ken Angrok 1222 - 1227
- Anusapati 1227 - 1248
- Tohjaya 1248
- Wisnuwardhana 1248 - 1268
- Kertanegara 1268 - 1292
[Sunting] Pautan Pilihan
- (Inggeris) Asal usul Dinasti Rajasa
http://indonesian.arts.monash.edu.au/T3/INM3315/bacaan/u5tanya2.htm
http://www.jawapalace.org/sejarah.html
http://forum.webgaul.com/archive/topic/18365-1.html
http://www.mail-archive.com/siarlist@minipostgresql.org/msg02686.html
http://www.mail-archive.com/indonews@indo-news.com/msg05754.html
http://www.mail-archive.com/siarlist@minipostgresql.org/msg02691.html