Star LRT
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Star LRT ataupun Sistem Transit Aliran Ringan merupakan sejenis sistem transit aliran ringan di Kuala Lumpur. Di bawah satu program penstrukturan semula pengangkutan awam, ia telah dinamakan secara rasmi sebagai Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Kini Star LRT dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad. LRT Laluan Ampang memulakan operasi pada tahun 1996 manakala LRT Laluan Sri Petaling dibuka dua tahun berikutnya.
Sistem ini pernah digambarkan dalam babak penutup filem Entrapment pada 1999 yang dilakonkan oleh Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Terdapat babak di Stesen Pudu, walaupun ia sebenarnya dilakonkan di Stesen Bukit Jalil.
[Sunting] Lihat juga
- Putra LRT
- KL Monorel
- KLIA Ekspres
- KTM Komuter