Syarikat Air Johor
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd, syarikat pembekal dan pengendali keperluan bekalan air bersih di negeri Johor, bersetuju membekalkan air bersih ke Melaka jika keadaan cuaca panas dan kering pada tahun 2002.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAJ Holdings Sdn Bhd, Azmi Mahmood berkata syarikat itu telah menerima surat permohonan daripada Perbadanan Air Melaka (PAM) mengenai bantuan bekalan air bersih itu.
SAJ Holdings bersetuju untuk membantu Perbadanan Air Melaka menangani krisis yang sedang berlaku. bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan bekalan air sedia ada di sempadan Muar-Melaka.
Kadar air di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka mencapai tahap kritikal apabila ia merosot ke paras 60 peratus pada 24 Februari 2002. Penyusutan air dicatatkan pada kadar 0.5 peratus sehari.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan Awam negeri Melaka , Datuk Poh Ah Tiam berkata catuan akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kawasan yang ditetapkan.
Pemasangan saluran paip dari Sungai Grisek, Muar sejauh 72 km dengan ukuran diameter 1.5 meter itu akan siap dalam tempoh enam bulan.
Kerja pemasangan saluran paip itu dibuat bersebelahan dengan saluran paip yang sedia ada dan ia tidak melibatkan pengambilan tanah dan sebagainya.
Menurut perjanjian pada tahun 1994, kerajaan Johor membenarkan Melaka mengepam air sebanyak 38 juta gelen sehari dan sekarang (Melaka) hanya mengepam 28 juta gelen air sehari dengan satu salur paip dan kita ada lagi 10 juta gelen air lagi.
Pembinaan Empangan Jus di Melaka dijangka dapat menakung air mulai Ogos 2003. Melaka merancang untuk membina sebuah lagi empangan di Lubuk Cina, Alor Gajah. 3 empangan ini dijangka dapat menampung keperluan bekalan air negeri Melaka sehingga tahun 2020.
Kerja mengganti semua paip-paip di negeri itu yang telah berusia lebih 35 tahun dan ia dapat mengurangkan masalah pembaziran air akibat paip bocor dengan kos RM5 juta setahun.,,