Tamadun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.
[Sunting] Asal-usul Tamadun
- Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
- Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.
- Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.
[Sunting] Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun
- Bentuk agama yang tinggi.
- Negara yang tersusun rapi.
- Sistem undang-undang
- Kehidupan bandar.
- Sistem tulisan yang maju.
- Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.
[Sunting] Tamadun Dunia
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Mesir
- Tamadun Cina
- Tamadun Elam dan Tamadun Parsi
- Tamadun Mayan
- Tamadun Aztec
- Tamadun Incas
- Tamadun Olmecs
- Tamadun India