Wikipedia:Tanggungjawab penyelia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pentadbiran |
---|
Tanggungjawab |
Birokrat |
CheckUser |
Permohonan |
Pengundian |
Log hak pengguna |
Penyelia adalah seorang ahli Wikipedia yang mempunyai "hak pentadbiran" (sysop rights). Polisi semasa Wikipedia adalah memberikan hak ini secara bebas "liberal" pada sesiapa yang telah menjadi penyumbang Wikipedia aktif untuk agak lama dan secara amnya ahli masyarakat yang diketahui dan dipercayai.
"Ini bukanlah hal yang besar," seperti dikatakan Jimbo.
Penyelia tidak dianugerahkan sebarang kuasa istimewa, dan sama dengan orang lain dari segi tanggungjawab penyuntingan. Sesetengah ahli Wikipedia menganggap istilah "Sysop" dan "Penyelia" sebagai tidak normal misnomers, disebabkan ia hanya menandakan pengguna Wikipedia yang kelihatan seperti orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Apa yang istimewa?
Aturcara Wiki mempunyai beberapa ciri terhad,tetapi amat penting. Penyelia boleh:
[Sunting] Melindungi laman
- Sunting Laman Utama, dan laman dilindungi yang lain. Untuk maklumat dan garis panduan, lihat Wikipedia:Calon rencana pilihan. Anda boleh mencadangkan perubahan di sana atau di Perbualan:Laman Utama. Laman Utama sering menjadi sasaran pengacau; melindunginya merupakan satu tolak ansur agar laman hadapan bebas dari gangguan rawak.
- Lindung dan nyah lindung laman. Laman hanya dilindungi dalam kes istimewa - untuk maklumat dan garis panduan, lihat Wikipedia:Polisi perlindungan.
[Sunting] Memadam dan memulih
- Memadam laman dan sejarahnya. Untuk maklumat dan garis panduan, lihat kedua Wikipedia:Memadam Laman dan (seharusnya) Wikipedia:Panduan pemadaman untuk penyelia. Untuk mencadang laman untuk dipadam (selepas membaca laman polisi dan garis panduan!), lihat Wikipedia:Permohonan memadam laman. Kadangkala pemadaman merupakan masalah teknikal, yang mana laman alihan perlu dipadamkan bagi menamakan rencana, atau laman yang sejarah telah dipecahkan dan perlu dipadam dan pecahan digabungkan kembali. Di waktu yang lain, ianya merupakan pembersihan suntingan sampah pada laman tanpa isi sebenar, atau menghapuskan bahan yang ditampal dari laman lain dan melanggar hak cipta.
- Lihat dan pulih laman dipadamkan dan sejarahnya. Lihat Wikipedia:Polisi pulih untuk panduan. Untuk mencabar keputusan yang telah dibuat untuk memadam laman, lihat Wikipedia:Permohonan memulih laman.
- Imej kekal dipadamkan. Ini merupakan keputusan tidak boleh ubah: apabila sesuatu imej dipadamkan, ia kekal padam. Untuk maklumat dan garis panduan, lihat Wikipedia:Polisi penggunaan imej. Untuk mencadangkan imej untuk dipadamkan (selepas membaca polisi), lihat Wikipedia:Permohonan memadam laman. Untuk mencabar keputusan memadamkan imej, pastikan anda masih mempunyai salinan imej (sekiranya tidak, tiada cara memulihkannya), kemudian lihat Wikipedia:Permohonan memulih laman. Sebenarnya tiada sebab tertentu pemadaman imej tidak boleh diundur; ini hanyalah cara perisian ini bertindak pada masa ini.
[Sunting] Mengembalikan ke asal
- Kembalikan laman dengan pantas. Apabila melihat sumbangan pengguna, pautan yang kelihatan seperti [kembalikan] muncul sebelah suntingan yang terdapat di puncak sejarah suntingan. Klik pada pautan memulihkan suntingan akhir yang tidak disunting oleh pengguna tersebut, dengan ringkasan sunting (Suntingan xxx dikembalikan ke versi terakhir oleh xyz). Ini memudahkan pemulihan suntingan oleh pelaku musnah ( vandal ) yang tidak dikenali. Sila ambil perhatian, bahawa semua pengguna, termasuk yang tidak log masuk, mampu memulihkan laman.
[Sunting] Menyekat dan melepaskan sekatan
- Penyelia boleh sekat dan tarik balik sekatan menyunting alamat IP dan pengguna berdaftar. Inilah harus diguna hanya untuk menghalang vandalisme yang tidak terhenti. Penyekatan tidak harus diguna untuk menyembunyikan pendapat yang kurang popular, vandalisme yang jarang, dan sebagainya.
- Jika IP anda disekat, anda boleh nampak penyelia yang menyekat anda apabila awak mencuba menyunting. Anda boleh mencabar keputusan ini atau menghubung penyelia tersebut secara individu (jika butiran perhubungan ada pada laman pengguna penyelia tersebut). Biasanya, penyekatan tamat selepas 24 jam. Kerana IP dinamik dan proxy amat biasa digunakan di kalangan pembekal internet, jika anda disekat untuk tindakan orang yang lain, janganlah tersinggung perasaan. Untuk mencabar keputusan menyekat alamat IP orang lain, atau IP anda (jika tempoh sekatan sudah tamat), sila guna laman perbualan untuk laman ini.
- Lihat Istimewa:Ipblocklist untuk alamat IP dan pengguna yang kini disekat.
[Sunting] Ruangnama MediaWiki
- Sejak 6 Disember 2004, penyelia boleh meyunting laman di ruangnama MediaWiki yang akan mengubah teks antara muka seperti mesej di atas setiap halaman dan laman yang akan dilihat oleh penyunting yang diblok.
[Sunting] Lain-lain
- 'Memindahkan' kategori
[Sunting] Menjadi penyelia
Jika anda ingin menjadi penyelia, tambahkan nama anda di Wikipedia:Permohonan menjadi pentadbir.
Adalah dinasihatkan supaya anda telah menyumbang di sini buat beberapa lama sebelum membuat permintaaan. Ini supaya penyumbang lain dapat mengenali anda supaya mereka dapat membuat keputusan. Secara kasar, kami melihat kepelbagaian rencana selain jumlah rencana, dan juga sama ada anda membantu meningkat kualiti Wikipedia secara keseluruhan.
Sebelum anda memohon menjadi penyelia, kami jangka anda telahpun menunjukkan aktiviti sebagai penyelia, antaranya dengan memantau Perubahan Terkini dan kemudian:
- membuang laku musnah
- memperbaiki rencana baru (meletakkan templat, interwiki, kategori)
- meletakkan templat {{padam}} pada yang layak
- meletakkan teg pada imej
- menyertai perbincangan di laman perbualan dan Kedai Kopi
- memperbaiki peralihan berganda (jika laman dialih dua kali)
Tolong berhati-hati! Jika permohonan anda berjaya, kami minta anda berhati-hati menggunakan kuasa di atas, terutamanya bila memadam rencana atau gambar, dan bila memblok alamat IP.
[Sunting] Pelucutan jawatan
Jawatan penyelia boleh dilucutkan atas sebab-sebab berikut:
- Menyalahgunakan kuasa
- Tidak menggunakan kuasa selama 6 bulan
- Tidak membuat suntingan selama 6 bulan
- Mengundur diri dari Wikipedia
Selagi anda tidak menyalahgunakan kuasa, anda boleh memohon untuk menjadi penyelia semula.