The Sun, Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Akhbar the Sun merupakan akhbar harian percuma yang disebarkan secara meluas yang pertama di Malaysia.
[Sunting] ==
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mahu pengurusan baru The Sun Media Corporation Sdn Bhd menyelesaikan isu yang membabitkan bekas kakitangannya yang ditamatkan perkhidmatan 19 Feb 2002 kerana sebab-sebab ekonomi. Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berbincang The Sun Media Corporation Sdn Bhd dan Jabatan Perhubungan Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya bagi menyelesaikan perkara itu melalui campur tangan Kementerian Sumber Manusia.
NUJ diwakili presidennya Norila Mohamed Daud, setiausaha agung Hong Boon How dan timbalannya K.Kannan, naib pengerusi cawangan NUJ-Sun L.Jairajoo dan setiausaha cawangan P.Vijan.
Pengurusan baru The Sun Media Corporation Sdn Bhd diwakili pengarah Urusannya Philip Karuppiah dan Pemangku Pengurus Sumber Manusia N.Shanmugaratinam.
Antara isu yang dibincangkan ialah kegagalan pengurusan sebelum ini membayar dua bulan bonus seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2001, sebulan bonus yang sepatutnya dibayar pada 1998, pembuangan kakitangan, dakwaan penindasan dan perlakuan tidak sewajarnya terhadap kesatuan sekerja serta penggantungan wartawan R.Manirajan dan jurugambar Anita Mohamed Nasir.
Syarikat berunding dengan semua anggota NUJ-SUN yang diberhentikan kerja bagi sebarang cadangan penyelesaian.Isu penggantungan R.Manirajan dan Anita dijangka selesai .