Wikipedia:Ulasan sebaya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Laman ini digunakan untuk mendapat ulasan sebaya atau bahasa Inggerisnya peer review sebelum mencalonkan sesuatu rencana atau gambar pada ketiga-tiga ruangan Wikipedia:Rencana pilihan, Wikipedia:Gambar pilihan dan Wikipedia:Rencana bulan ini. Sila kemukakan persoalan yang munasabah dan anda kenal pasti memang perlu untuk diulas, seperti kemungkinan rencana/gambar yang bercanggah dengan syarat-syarat pemilihan atau sebagainya (tetapi tidak jelas), bagi mengelakkan pembaziran masa penyumbang lain.
Selain daripada meletakkan rencana bersama dengan hujah ulasan anda di sini, anda juga dinasihatkan memaklumkan Kedai Kopi tetang ulasan anda supaya dapat menarik maklum balas yang cepat dan terus. Berikan juga pautan terus dari sana ke ulasan anda di sini. Akan tetapi jangan membuat ulasan berkenaan di Kedai Kopi terus kerana laman ini memang disediakan untuk kemudahan membuat ulasan.
Letakkan rencana yang ingin diulas di bahagian yang berpatutan di bawah.
Jadual isi kandungan |