Zaman Prasejarah Di Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam.
Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.
Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan Zaman Prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu :
Penyelidikan dahulu mengatakan , wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam.Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, telah membuktikan Malaysia, tidak mengalami Zaman Mesolitik.Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada zaman Paleolitik