Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
12 Januari merupakan hari ke-12 dalam kalendar Gregory. Tinggal 353 hari (atau 354 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1838 - Untuk mengelakkan penyeksaan anti-Mormon, Joseph Smith, Jr. dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dari Ohio ke Missouri.
- 1962 - Ops Chopper, operasi pertama melibatkan helikopter Tentera Darat Amerika di medan Vietnam dilancarkan. 1,000 orang askar Vietnam Selatan diangkut oleh helikopter CH-21 Shawnee untuk menyerbu sebuah ibu pejabat Viet Cong 16 kilometer dari Saigon.
- 1966 - Batman, sebuah siri televisyen yang dibintangi Adam West, disiarkan buat pertama kali oleh Syarikat Penyiaran Amerika.
- 1967 - James Bedford menjadi orang pertama dibeku krionik dengan tujuan disedarkan semula di masa hadapan.
- 1969 - Led Zeppelin, kumpulan rock British, menerbitkan Led Zeppelin, album rekod pertamanya.
- 1970 - Republik Biafra yang mengisytiharkan berpisah di tenggara Nigeria menyerahkan kalah dan mengakhiri Perang Saudara Nigeria.