2001
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2001. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2001 (nombor).
Tahun | 1998 • 1999 • 2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 |
Dekad | 1980-an • 1990-an • 2000-an 2010-an • 2020-an |
Abad | Abad ke-20 • Abad ke-21 • Abad ke-22 |
2001 merupakan tahun pertama pada abad ke-21. Hari pertama dalam tahun ini ialah hari Isnin.
[sunting] Peristiwa
[sunting] Januari
- 15 Januari: Hari Wikipedia, iaitu hari Wikipedia (versi bahasa Inggeris) dilancarkan.
[sunting] April
- 28 April: Dennis Tito menjadi pelancong angkasa lepas berbayar yang pertama sewaktu beliau membayar yuran untuk menaiki kapal angkasa Soyuz TM-32 ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
[sunting] Jun
- 7 Jun: Tony Blair memenangi pilihan raya di United Kingdom buat kali ke-2.
- 21 Jun: Gerhana matahari penuh.
[sunting] Julai
- 23 Julai: Megawati Sukarnoputri menggantikan Abdurrahman Wahid sebagai presiden Indonesia.
[sunting] September
- 11 September: Serangan pengganas di WTC, New York dan Pentagon, Virginia, USA.
[sunting] Oktober
- 7 Oktober: Amerika Syarikat melancarkan perang ke atas Afghanistan.
- 23 Oktober: iPod, pemain mp3 mudah alih, dilancarkan.
- 25 Oktober: Sistem Pengoperasian Microsoft Windows XP dilancarkan.
[sunting] November
- 7 November: Sistem permainan konsol Xbox dilancarkan.
- 12 November: Puak Taliban mengundurkan diri dari Kabul, ibu negara Afghanistan.
- 18 November: Sistem permainan konsol GameCube dilancarkan.
[sunting] Disember
- 13 Disember: Sultan Syed Sirajuddin Putra Jamalulail, Raja Perlis, dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-12.
- 22 Disember: Hamid Karzai dilantik sebagai presiden sementara Afghanistan.
[sunting] Kematian
- 4 Disember: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-11 merangkap Sultan Selangor, mangkat.