Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
21 Januari merupakan hari ke-21 dalam kalendar Gregory. Tinggal 344 hari (atau 345 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 304 - Santa Agnes, santa penaung wanita muda, dihukum mati ketika berumur tiga belas tahun kerana enggan menerima pinangan.
- 1525 - Para penganut Anabaptisme yang pertama di Switzerland saling membaptiskan semula satu sama lain.
- 1793 - Revolusi Perancis: Selepas didapati bersalah oleh Konvensyen Nasional kerana menderhaka, Raja Louis XVI dipancung di gilotin di hadapan orang ramai yang bersorak.
- 1915 - Kelab perkhidmatan Kiwanis yang pertama ditubuhkan di Detroit, Michigan.
- 1968 - Perang Vietnam: Tentera Rakyat Vietnam menyerang Pangkalan Khe Sanh, satu kota kara Marin A.S., memulakan Pertempuran Khe Sanh.
- 1976 - Kenderaan supersonik Concorde (gambar) memulakan penerbangan-penerbangan komersilnya ke London, Paris, Bahrain dan Rio de Janeiro.