26 September
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim September 2008
26 September merupakan hari ke-269 (hari ke-270 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 96 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bahasa Eropah.
[sunting] Peristiwa
- 1580 - Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth, England, setelah Francis Drake (gambar) menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1687 - Parthenon di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Tentera Empayar Uthmaniyah.
- 1907 - Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British.
- 1945 - Lt. Col. A. Peter Dewey seorang pegawai OSS ditembak mati oleh Viet Minh, menjadikan beliau anggota tentera Amerika Syarikat pertama terbunuh di Vietnam.
- 1957 - West Side Story, sebuah muzikal yang ditulis Arthur Laurents, Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim, dan diterbit dan diarah Jerome Robbins, muncul buat pertama kali di Broadway.
- 1983 - Leftenan Kolonel Stanislav Petrov dari Kesatuan Soviet menghindarkan perang nuklear sedunia.