28 Jun
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Jun 2008
28 Jun merupakan hari ke-179 (hari ke-180 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Vidovdan di Serbia.
[sunting] Peristiwa
- 1880 - Ned Kelly, penjahat dan wira rakyat Australia, ditangkap di Glenrowan, Victoria.
- 1914 - Archduke Franz Ferdinand dari Austria (gambar) dibunuh oleh Gavrilo Princip, pejuang kebangsaan Serbia, dalam peristiwa Pembunuhan di Sarajevo yang mencetuskan Perang Dunia I.
- 1919 - Perjanjian Versailles dimeterai dan menamatkan Perang Dunia I.
- 1978 - Dalam kes Regen-regen Universiti California lawan Bakke 438 AS 265 1978, Mahkamah Agung Amerika Syarikat melarang sistem-sistem kuota ras dalam penerimaan masuk ke kolej, tetapi mengesahkan keperlembagaan rancangan-rancangan yang memberikan kelebihan kepada kaum-kaum minoriti.
- 1990 - Paperback Software, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Adam Osborne, didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat atas pelanggaran hak cipta yang disebabkan oleh peniruan wajah dan sistem menu Lotus 1-2-3 dalam atur cara spreadsheetnya yang bersaingan.