28 September
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim September 2008
28 September merupakan hari ke-271 (hari ke-272 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 94 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari St. Wenceslas di Republik Czech
- Hari Guru di Taiwan.
[sunting] Peristiwa
- 1066 - Penaklukan Norman: William si Penakluk dan armada 600 kapalnya sampai di England dan mendarat di Pevensey, Sussex.
- 1106 - Henry I dari England menang muktamad ke atas abangnya Robert Curthose, Duke Normandy dalam Pertempuran Tinchebray, dan menuntut Normandy sebagai hak milik Kerajaan England.
- 1542 - Penjelajah Portugal Juan Rodríguez Cabrillo (gambar), orang Eropah pertama berjalan di pantai California, mendarat di tempat yang kini adalah bandar San Diego.
- 1994 - Feri M/S Estonia tenggelam di antara Tallinn, Estonia dan Stockholm, Sweden, mengorbankan 852 nyawa dalam salah satu kemalangan laut terburuk di Laut Baltik.
- 2000 - Intifadhah al-Aqsa bermula selepas lawatan Ariel Sharon ke Masjid al-Aqsa.
[sunting] Kelahiran
- 1964 - Janeane Garofalo, pelakon Amerika Syarikat
- 1977 - Ivana Bozilovic, pelakon dan model Serbia