9 Mac
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Mac | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 | |||||
2008 |
9 Mac merupakan hari ke-68 (hari ke-69 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 297 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Baron Bliss di Belize.
[sunting] Peristiwa
- 1841 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa orang-orang tawanan Afrika yang merampas La Amistad, kapal perdagangan hamba rentas Atlantik, telah dijadikan hamba abdi secara haram.
- 1842 - Nabucco, salah satu opera Giuseppe Verdi, dipersembahkan buat kali pertama di Teatro alla Scala, Milan.
- 1862 - Pertempuran antara kapal perang berperisai USS Monitor dan CSS Virginia berakhir dengan seri dalam Pertempuran Hampton Roads.
- 1932 - Éamon de Valera dari Fianna Fail mewarisi W.T. Cosgrave dari Cumann na nGaedhael sebagai Presiden Majlis Eksekutif Negara Bebas Ireland.
- 1945 - Satu serangan bom terhadap Tokyo (gambar) memulakan ribut api yang membunuh 100,000 orang.
- 1959 - Barbie, anak patung yang paling laris di dunia, muncul buat pertama kalinya di Pesta Mainan Antarabangsa Amerika di bandar raya New York.