Anaknya Sazali
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Anaknya Sazali | |
---|---|
Pengarah | Jack Ad'Din |
Penerbit | Ida Rahayu Md. Noor Azlina Din |
Pengarang | Jack Ad'Din (lakon layar) Azlina Din (skrip) |
Lakonan | Ahmad Idham M. Rajoli Azean Irdawaty |
Edaran | Eurofine (M) Sdn Bhd |
Mula tayangan | 29 Jun 2000 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rujukan filemkita |
Filem Anaknya Sazali dikatakan sambungan kepada filem lakonan P. Ramlee, Anakku Sazali. Natasha Nasir yang memegang watak Mona merupakan anak kepada Nasir P. Ramlee. Terdapat 95 pelakon pembantu yang disenaraikan dalam kredit akhir filem ini. Rosyam Nor telah ditawarkan 4 watak dalam filem ini (Sazali semasa tua, Sazali semasa muda, Hassan @ Bapa Sazali & Farid) tetapi menolak kesemuanya kerana terlibat dalam produksi drama TV. Rashid Sibir menolak tawaran mengarah filem ini setelah mendapat tahu pelakon utamanya Rosyam Nor terpaksa menarik diri.
Senarai kandungan |
[sunting] Sinopsis
Kisah filem ini bermula selepas Sazali tamat menjalani hukuman penjara di atas kesalahan jenayah. Apabila berkeluarga, dia tidak mahu anaknya mengamalkan pergaulan bebas sebagaimana yang dilaluinya sehingga menjadi seorang yang tidak berguna kepada masyarakat. Untuk itu Sazali mengurung anaknya Farid agar tidak bercampur dengan budak lain dan mengupah guru untuk mengajar anaknya di dalam bilik. Tindakan itu membuatkan Farid menjadi seorang yang terlalu pemalu dan takut untuk berjumpa dengan masyarakat luar. Untuk mengatasi rasa malunya, sejenis pil menahan rasa malu telah diberikan membuatkan Farid menjadi tidak tahu malu dan melakukan apa saja tanpa perasaan.
[sunting] Pelakon
- Ahmad Idham (Farid)
- M. Rajoli (Sazali)
- Azean Irdawaty (Maria)
- Noraini Morat (Kamilia)
- Jasmin Hamid (June)
- Badrul Muhayat (Dahari)
- Adik Hafiz Asyaraf (Amat)
- Ahmad B (Tok Mansur)
- Bibi Yem (Nek Rubiah)
- Kartina Aziz (Senah)
- Ismail Din (Dolah)
- Jalaluddin Hassan (Doktor Karim)
- Natasha Nasir (Mona)
- Rosnah Johari (Sarimah)
- Fadilah Mansor (Rokiah
- Normala Omar (Guru Besar Fadilah)
- Fadhil Dani (Dukun Aseh)
- Rashidah Jaafar (Kawan Maria)
- Lan Zailan (Pencuri)
- Sheila Mambo (Hana)
- Nisdawati Nazaruddin (Tetamu)
- Dilla Ahmad (Wartawan Fadhilah Ahmad)
[sunting] Pengarah
- Jack Ad'Din (Mahuddin Ibrahim)
[sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - M. Rajoli
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Hafiz Asyaraf