Astro Prima
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jenis | Televisyen bersatelit swasta |
---|---|
Negara | Malaysia, |
Ketersediaan | Kebangsaan |
Pemilik | Astro |
Tarikh pelancaran | 1 Januari 2003 |
Laman web | www.astro.com.my |
Astro Prima merupakan salah satu saluran bersifat keluarga yang terdapat dalam stesen berbayar Malaysia, Astro. Saluran ini bersiaran di saluran 105 (dahulunya di saluran 8).
Saluran ini menawarkan pelbagai rancangan termasuk filem, drama, telenovela, hiburan, muzik, carta lagu, permainan, wanita, rancangan masakan, dan sebagainya dari seluruh Asia dalam bahasa Hindi, Thailand, Iran, Vietnam, Korea, Jepun, Filipina, serta Latin dan lain-lain. Pengurus saluran bagi Astro Prima adalah Khairul Anwar Salleh.
Pada 16 April 2007, Astro Prima tampil dengan wajah yang baru apabila kebanyakan rancangan dari saluran Astro Ria dialihkan ke saluran ini. Lebih banyak rancangan-rancangan berbahasa Melayu berbentuk kekeluargaan termasuk drama Melayu, komedi dan sinetron dari Indonesia pada masa kini yang lebih ramai ditonton atas sambutan hangat dengan rancangan yang disiarkan berbanding sebelum ini.
[sunting] Rancangan
- Macam-macam Aznil - dipengacarakan oleh Aznil Nawawi yang sebelum ini disiarkan di saluran Astro Ria.
- Modal Insan - dipengacarakan oleh Rosyam Nor
- Bersama Dato' Dr. Fadzillah Kamsah
- Expose - sebuah program penyiasatan yang akan membongkar dan menyiasat menggunakan kaedah spy cam
- Expose Mistik
- Expose Suatu Masa
- PrimaWara
- Layar Asiana
- Layar Prima
- Lawaking - sebuah komedi oleh juara Raja Lawak Astro, Yus dan rakan-rakannya
- Siri Hindi
- Telenovela Latin
- Bernama News - berita Bernama berbahasa Inggeris
- Primakan - menampilkan pelbagai rancangan berbentuk masakan seperti Garam dan Gula, Sarapan di Mana?, serta Ala Ala Kampung.
- Prima Lagenda
[sunting] Lihat Juga
Saluran berbahasa Melayu dan dari Nusantara lain di Astro: