Badan Pencegah Rasuah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah BPR
Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.
[sunting] Struktur Organisasi
Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia . Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah sekadar urusan kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
BPR diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Pencegahan Rasuah, 1997 atas nasihat Y.A.B. Perdana Menteri dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah BPR pada masakini adalah Y. Bhg. Dato' Hj Ahmad Said b. Hamdan.
BPR mempunyai 9 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri diketuai oleh seorang Pengarah Negeri.
[sunting] Alamat surat menyurat
Badan Pencegah Rasuah Malaysia
Tingkat 1 - 7, Blok D6,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000,
62502 Putrajaya
Malaysia.
Telefon : 03-88867000
Faksimili : 03-88889568
Talian Bebas Tol : 1-800-88-6000
[sunting] Laman WEB
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | ||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |