Bahasa Itali
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bahasa Itali Italiano |
||
---|---|---|
Dituturkan di: | Itali, Malta, Argentina, Uruguay, Somalia, Brazil, Libya, Habsyah, dan berbagai negara lain di Eropah dan Amerikas | |
Bil. penutur: | 60-65 juta | |
Kedudukan: | 19–20 asli (dalam ikat rapat dengan Turki dan Urdu) | |
Keluarga bahasa: | Indo-Eropah Italik Romawi Italo-Barat Italo-Dalmatian Bahasa Itali |
|
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Itali, Kesatuan Eropah, Switzerland, San Marino, Slovenia, Demokratik Republik Somali (bahasa kawasan), Kota Vatican, mukin Istria dari Croatia | |
Dikawal oleh: | Accademia della Crusca | |
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | it | |
ISO 639-2: | ita | |
ISO/FDIS 639-3: | ita — [[]] | |
|
||
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Bahasa Itali ( italiano? atau lingua italiana) adalah bahasa Romawi yang dituturkan oleh hampir 63 juta orang, terutamanya di negara Itali dan Switzerland yang mejadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi. Piawaian bahasa Itali dipengaruhi kuat oleh dialek Tuscan dan berada di antara bahasa Italo-Dalmatian dari Mezzogiorno (selatan Itali) dan bahasa Gallo-Itali dari bahagian utara Itali.
Seperti banyak bahasa yang ditulis menggunakan abjad Latin, bahasa Itali mempunyai konsonan berganda. Bagaimanapun, berbanding dengan konsanan berganda bahasa Perancis , di dalam bahasa Itali, konsonan berganda itu adalah untuk sebutan panjang. Seperti dalam kebanyakan bahasa Romawi yang lain kecuali bahasa Perancis, corak sebutan pic adalah berbeza.
Diantara bahasa-bahasa Romawi, bahasa Itali umumnya dianggap sebagai bahasa yang paling mirip dengan bahasa Latin dari segi kosa kata, melalui bahasa Romania yang memelihara sistem deklensi dari bahasa Latin purba sementara bahasa Sardinia adalah paling konservatif dari segi fonologi.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Sejarah bahasa Itali amat panjang, tetapi piawaian moden bahasa ini banyak dibentuk dari peristiwa-peristiwa yang agak baru. Sumber teks terawal yang masih wujud dan boleh digelar sebagai Bahasa Itali (berbanding dengan bahasa sebelumnya iaitu "Latin Kasar" merupakan teks guaman dari daerah Benevento yang bertarikh dari 960-963.
[sunting] Contoh bahasa
Bahasa Melayu | Bahasa Itali |
---|---|
Bahasa Itali | italiano |
Bahasa Inggeris | inglese |
Ya | Sì |
Tidak | No |
Hello! | Ciao (tidak rasmi) / Salve / Buon giorno! |
Apa khabar? | Come stai? (tidak rasmi) / Come sta? (rasmi) |
Selamat petang! | Buona sera! |
Selamat datang! | Prego! / Benvenuto! |
Selamat malam! | Buona notte! |
Selamat tinggal! | Arrivederci! |
Tolong | Per piacere / Per favore |
Terima kasih | Grazie |
Sama-sama | Prego |
Maafkan saya | Mi dispiace/Mi scusi (rasmi)/Scusa(tidak rasmi) / desolato (bagi lelaki) / desolata (bagi wanita) |
Siapa? | Chi? |
Apa? | Che Cosa? / Cosa? / Che? |
Bila? | Quando? |
Di mana? | Dove? |
Kenapa? | Perché? |
Siapa nama awak? | Come ti chiami? (tidak rasmi), Come si chiama?(rasmi) |
Sebab / kerana | Perché |
Bagaimana? | Come? |
Berapa harganya? | Quanto? |
Saya tidak faham | Non capisco. / Non ho capito. |
Ya, saya faham | Sì, capisco. / Ho capito. |
Tolong! | Aiuto! |
Di manakah bilik air? | Dove sono i bagni? |
Adakah anda bertutur bahasa Inggeris? | Parla inglese?(rasmi)/Parli inglese?(tidak rasmi) /Parlate inglese? (ramai) |
Sekali lagi | di nuovo |
Selalu | sempre' |
Aku cinta padamu | Ti amo' |
Kiraan hingga sepuluh:
- Satu : uno /ˈuno/
- Dua: due /ˈdue/
- Tiga: tre /tre/
- Empat: quattro /ˈkwattro/
- Lima: cinque /ˈʧiŋkwe/
- Enam: sei /ˈsɛi/
- Tujuh: sette /ˈsɛtte/
- Lapan: otto /ˈɔtto/
- Sembilan: nove /ˈnɔve/
- Sepuluh: dieci /ˈdjɛʧi/
Hari dalam seminggu:
- Isnin: lunedì /lune'di/
- Selasa: martedì /marte'di/
- Rabu: mercoledì /merkole'di/
- Khamis: giovedì /dʒove'di/
- Jumaat: venerdì /vener'di/
- Sabtu: sabato /ˈsabato/
- Ahad: domenica /do'menika/
[sunting] Klasifikasi
Bahasa Itali berkait rapat dengan dua lagi bahasa Italo-Dalmatian, iaitu bahasa Sicily and bahasa Dalmatian yang kini sudah tidak digunakan lagi (Bahasa lama negara Republik Croatia). Ketiga-tiga bahasa ini adalah sebahagian dari bahasa barat-Italo, yang diletakkan di dalam sub kumpulan bahasa di dalam rumpun bahasa Indo-Eropah.
[sunting] Teks contoh
Masalah mendengar fail? Lihat bantuan media.