ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Perbincangan:Bahasa Melayu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Perbincangan:Bahasa Melayu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Flag Bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada WikiProjek Malaysia, yang bertujuan untuk memperbaiki liputan Wikipedia bagi Malaysia dan topik-topik berkaitan Malaysia. Jika anda mahu menyertai, lawatlah WikiProjek Malaysia.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kualitinya.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kepentingannya.
WikiProjek Malaysia

Senarai kandungan

[sunting] MABBIM

kalau MABBIM yang mengawal bahasa melayu, jadi apakah tanggungjawab DBP? 141.213.240.242 06:20, 21 November 2005 (UTC)

Antara lain, MABBIM berfungsi mencipta istilah baru dalam bahasa Melayu di ketiga negara, manakala DBP Malaysia, DBP Brunei dan Pusat Bahasa Indonesia bertanggungjawab memasyaratkan istilah2 tersebut. Hal ini boleh diibaratkan dengan sistem pemerintahan, kerajaan (MABBIM) menggubal undang-undang, tetapi polis (DBP dll) yang melaksanakannya. Aurora 10:24, 21 November 2005 (UTC)

Jadi kalau begitu, Bahasa Indonesia itu adalah sebahagian daripada Bahasa Melayu?Zaidpjd 16:08, 21 November 2005 (UTC)
Ya. Aurora 01:12, 22 November 2005 (UTC)

Saya artikel ini perlu di tambah,saya terbaca jurnal tentang kajian pengaruh kata Bahasa Cina terhadap kata Bahasa Melayu. Saya harap anda dapat meneliti hal ini. Kalau penambahan ini perlu.

[sunting] Pengaruh Bahasa Cina dalam Bahasa Melayu

Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina.

Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu:

  1. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan.
  2. Baran kegunaan harian.
  3. Adat istiadat.
  4. Bangunan dan tempat.
  5. Permainan perjudian dan kepercayaan
  6. Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial.
  7. Kenderaan dan alat pengangkutan.
  8. Perkataan lain-lain.

Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan Bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli Bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata Bahasa Cina.

Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan ialah:

  1. Kata pinjaman Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal
    • Anglo
    • Apek
    • Cingge
    • Kaleng
    • Kongsi
    • Lio
    • Liong
    • Lisong
    • Lokcuan
    • Mahjong
    • Panglong
    • Singkong
    • Taikong
  2. Kata pinjaman Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan
    • Angpau
    • Bangpak
    • Camca
    • Kamsia
    • Samsu
    • Samseng
  3. Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal
    • Beca
    • Camca
    • Kekwa
    • Nyonya
    • Popia
    • Misoa
    • Mua
    • Sempoa
    • Taukua
  4. Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal
    • Popia
    • Misoa
    • Sempoa
    • Siya
    • Taukua

Prilaku fonologi kata pinjaman Bahasa Cina adalah tidak mematuhi sistem fonologi bahasa Melayu.

Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084

--Tearfate 03:56, 4 Januari 2007 (UTC)

[sunting] Keliru Setelah Membaca Rencana

Terdapat beberapa benda yang saya masih keliru setelah membaca artikel ini. Tolong jelaskan kepada saya.:

  • Bukankah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia adalah dua bahasa yang berbeza? Contohnya, perkataan 'tandas'; di Malaysia, maksudnya bilik air tetapi di Indonesia, maksudnya menjelaskan/ to explain.
  • Tulisan Rencong, tulisan Pallava dan tulisan Kawi sudah lama ditinggalkan. Jadi, mengapakah tulisan-tulisan tersebut tergolong dalam "Penulisan Bahasa Melayu Kini"?
  • Bukankah perkataan 'tangki' datangnya dari perkataan Portugis, tanque, yang cara menyebutnya adalah sama?
  • Bukankah perkataan 'sekolah' datang dari perkataan Portugis, escola?

Semua ini saya dapat daripada versi bahasa Inggeris

Boleh tak seseorang tolong jelaskan kepada saya? Rizius 14:03, 17 Januari 2007 (UTC)

  • Bahasa Queen Inggeris (British) Gay dengan Bahasa Inggeris Amerika Gay membawa maksud berbeza, tetapi keduanya masih dianggap Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia masih dalam keluarga bahasa yang sama (boleh difahami walaupun dengan sedikit kesukaran.)
  • Di manakah disebut tulisan Rencong, tulisan Pallava dan tulisan Kawi tergolong dalam "Penulisan Bahasa Melayu Kini"? Ini perlu diperbetulkan.
  • Perkataan tangki diambil dari perkataan Inggeris "tank", asalnya bererti "tasik buatan" datang dari India, kemungkinannya dari perkataan Portugis tanque. Tetapi perkataan Melayu diambil dari bahasa Inggeris.
  • Sekolah berasal dari bahasa Inggeris School, yang berasal dari perkataan Yunani Skhole. Tetapi perkataan Melayu diambil dari bahasa Inggeris. Yosri 06:09, 2 April 2007 (UTC)

Menurut "An Unabridged Malay-English Dictionary"(1957)tulisan R.O. Winstedt, perkataan "sekolah" berasal dari Portugis dan bukannya Inggeris.Syedhusni 01:39, 20 Januari 2008 (UTC)

[sunting] Teg NPOV

Saya yang membubuh teg ini. Apakah nama bahasa Indonesia sebelum ia dipanggil bahasa Indonesia pada tahun 1945?

Rencana Bahasa Indonesia dalam portal ini menyatakan:

Bahasa Indonesia dirasmikan pada tahun 1945 sewaktu Indonesia mencapai kemerdekaan daripada pihak Belanda..... Berasal daripada rumpun yang sama, Bahasa Indonesia adalah sebuah loghat bahasa Melayu yang terpiawai, dan kedua-duanya cukup sama.Syarikat Pemunggahan Rencana 18:00, 22 April 2007 (UTC)
Rencana itu diambil dari Wiki Indonesia yang menyatakan perkara yang sama. Yosri 01:48, 23 April 2007 (UTC)

Nampaknya kedua-kedua kaum Melayu hendak menjauhi diri antara satu sama lain. Selepas saya menterjemahkan rencana Kalimantan secara bulat-bulat daripada Wikipedia Indonesia, saya juga mendapati bahawa sudut pandangan mereka kekadang berat sebelah. Sebenarnya Zack2007 adalah betul ketika menentang perenggan pertama.

Soalan yang berikut harus dijawab:

Apakah nama bahasa Indonesia sebelum ia dipanggil bahasa Indonesia pada tahun 1945?

Rencana Mohammad Hatta yang saya tulis semula dengan "menterjemahkan" secara bulat-bulat daripada rencana Wikipedia bahasa Indonesia berkata:

Pada setiap hari Sabtu, [Mohammad Hatta] dan Bahder Djohan akan mengelilingi kota dan semasa itu, mereka bertukar-tukar fikiran tentang berbagai-bagai hal mengenai tanah air. Topik yang kerap dibincangkan mereka adalah tentang memajukan bahasa Melayu. Menurut Bahder Djohan, sebuah majalah perlu dimulakan supaya dapat mencapai maklamat ini. Judul majalah itu telah awal-awal difikirkan oleh Bahder Djohan dan dinamainya "Malaya".

Kan ini jelas bahawa bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu, serupa dengan kenyataan bahawa bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu?

Dalam hal sedemikian, baik kita merujuk kepada Wikipedia bahasa Inggeris yang merupakan pihak berkecuali, suatu teknik yang dipergunakan dalam mahkamah dan dipanggil mereka "opinion of an innocent bystander". — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:06, 23 April 2007 (UTC)

Alamak!! Bukannya kedua-kedua kaum Melayu hendak menjauhi diri antara satu sama lain, tetapi kerana dasar terjemahan dan ejaan berbeza satu menurut Inggeris, satu menurut Belanda, menjadikan keduanya semakin jauh. Ada juga 1 jarum MABBIM tetapi susah sikit kerana suara pengguna terlampau ramai. Perpecahan ini bukan dirancang tetapi peredaran masa dan geografi yang mendorong kearah itu. Yosri 08:39, 23 April 2007 (UTC)

Perdebatan seumpama ini yang berdasarkan fakta dan alasan dapat menghapuskan sebarang berat sebelah dan kesilapan jalan fikiran, jika ada.

Jika bahasa Indonesia tidak boleh dianggap lagi sebagai bahasa Melayu kerana berkacukan bahasa Belanda, maka atas alasan yang tepat sama, bahasa Malaysia juga tidak boleh dianggap sebagai bahasa Melayu kerana berkacukan bahasa Inggeris. Dengan kata yang lain, jika bahasa Malaysia masih boleh dianggap sebagai bahasa Melayu, maka atas alasan yang tepat sama, bahasa Indonesia harus dianggap sebagai masih merupakan salah satu kelainan bahasa Melayu.

Jalan fikiran Yosri seakan-akan mengatakan bahawa kacukan bahasa Inggeris adalah kacukan yang piawai, manakala kacukan bahasa Belanda adalah kacukan yang salah. Kan logik ini langsung tidak dapat masuk akal, hehehe? — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:34, 23 April 2007 (UTC)

BAGI KEPENTINGAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA DALAM ZAMAN GLOBALISASI, ADALAH BAIK BAHAWA MEREKA MENJALIN HUBUNGAN YANG LEBIH RAPAT DENGAN INDONESIA AGAR MENGASASKAN SEBUAH GOLONGAN TERBILANG YANG KEEMPAT TERBESAR DI DUNIA."

[sunting] Bukti-bukti yang menyokong bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu

  1. Pada setiap hari Sabtu, [Mohammad Hatta] dan Bahder Djohan akan mengelilingi kota dan semasa itu, mereka bertukar-tukar fikiran tentang berbagai-bagai hal mengenai tanah air. Topik yang kerap dibincangkan mereka adalah tentang memajukan bahasa Melayu. Menurut Bahder Djohan, sebuah majalah perlu dimulakan supaya dapat mencapai maklamat ini. Judul majalah itu telah awal-awal difikirkan oleh Bahder Djohan dan dinamainya "Malaya".  (petikan daripada rencana Mohammad Hatta)
  2. Penguasaan penjajah pada masa itu hampir mencakupi semua aspek sehingga forum-forum rasmi harus menggunakan bahasa Belanda, padahal  bahasa Melayu yang sejak Kongres Pemuda II (1928) digelar "Bahasa Indonesia" merupakan bahasa perpaduan yang telah dijadikan salah satu alat perjuangan di kalangan kaum pro-kemerdekaan.  (petikan daripada rencana Volksraad)
  3. James Richardson Logan used "Indonesia" as a synonym for "Indian Archipelago". Quoting Logan: The name Indian Archipelago is too long to admit of being used in an adjective or in an ethnographical form. Mr Earl suggests the ethnographical term Indu-nesians but rejects it in favour of Melayu-nesians. (Terjemahan: James Richardson Logan menggunakan nama "Indonesia" sebagai sinonim untuk "Kepulauan India". Memetik kata-kata Logan: Nama Kepulauan India adalah terlalu panjang untuk digunakan sebagai sepatah kata adjektif atau dalam bentuk etnografi. Earl mencadangan istilah etnografi "Indu-nesian" tetapi menolaknya kerana lebih suka akan nama "Melayu-nesian".  (petikan daripada rencana en:Indonesia)
  4. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui  Pedoman Bahasa,  buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.... Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa  merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa [bahasa Melayu] yang pertama di Nusantara.  (petikan daripada rencana Ali Haji bin Raja Haji Ahmad)
  5. Pada 23 Mei 1972, sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, dan Mashuri Saleh, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli bahasa daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan.  (petikan daripada rencana Ejaan Yang Disempurnakan (bahasa Indonesia))
  6. Charles Adriaan van Ophuijsen ialah anak Belanda yang dilahirkan di Solok, Sumatera Barat, bukan di Malaysia. Beliau pernah menjadi pemeriksa sekolah di maktab Bukittinggi, Sumatera Barat. Pada tahun 1904, von Ophuijse menjadi profesor bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Pada tahun 1910, beliau menerbitkan Maleische Spraakkunst (Tata Bahasa Melayu) yang menjadi panduan kepada para penutur bahasa Melayu di Indonesia. Apakah maksudnya? Sila rujuk kepada rencana Charles Adriaan van Ophuijsen
  7. Bukti konkrit yang pertama tentang bahasa Melayu yang terawal merupakan empat buah batu bersurat di Indonesia, bukannya di Malaysia. Keempat-empat batu bersurat itu ialah batu bersurat di:
    1. Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi
    2. Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masihi
    3. Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi
    4. Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Bolehkah sesiapa memberikan batu bersurat yang lebih awal daripada ini di Malaysia? Sila rujuk kepada rencana bahasa Melayu.

[sunting] Bukti-bukti yang menyokong bahasa Indonesia bukannya bahasa Melayu







[sunting] Pendapat Zack2007

Oh no, not again. Sigh. Nampaknya kita selalu nak bertelagah tentang polisi Melayu-Indonesia lagi.

Kalau dilihat semua hujah2 yang pro adalah dari segi sejarah. Mungkin boleh dibahaskan bahawa pada satu ketika dulu, bahasa Melayu adalah bahasa bagi seluruh kepulauan Melayu (Indonesia, Malaysia). Tetapi things change. Terutamanya, semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia. Atas sebab politik mereka ingin mengembangkan bahasa mereka sendiri dan memanggilnya Bahasa Indonesia. Manakala, bahasa Melayu tetapi dipanggil bahasa Melayu. Jadi, oleh sebab itu, kita patut berikan "respect" kepada implementasi berikut. Malah, dari segi pembelajaran sejarah pun, mereka ingin mengikut arus bersendirian. Kalau di luar negara (terutamanya di Australia), di sekolah sekolah menengah dan di universiti, terdapat Indonesian language, Indonesian studies, dll, takdepulak Malay language, or Malay studies.

Saya bukannya nak memisahkan dua "kaum", tetapi hakikatnya, secara politik kedua-dua bahasa telah berlaku proses pengasingan secara sistematik (deklarasi). Jadi sebagai pihak penyumbang Wikipedia, kita kene lah respek. Kita bukannya pembuat polisi. Harap anda semua faham. --Zack2007 12:13, 23 April 2007 (UTC)


Perutusan anda bukannya pemberian sebarang fakta atau alasan untuk menyokong pendirian anda tetapi hanya merupakan pendapat peribadi yang mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh itu, saya telah mengalihkan perutusan ini kepada tajuk yang lain.

Perdebatan ini tidak berdasarkan politik tetapi berdasarkan bidang linguistik dan fakta yang sebenar. Dari segi politik, apa-apa boleh berlaku. Yang hitam boleh dipanggil putih, dan yang putih boleh dipanggil hitam, bergantung kepada siapa yang memiliki senjata api. Jepun menafikan kekejaman mereka semasa Perang Dunia II. Bolehkah kita juga "respect" pandangan mereka sebagai kenyataan yang sebenar? Ada juga anak yang tidak mengaku ibu bapanya, tetapi orang-orang tua itu tetap merupakan ibu bapa anak itu, kan?

Maka dalam sebuah portal ensiklopedia dan bukannya portal politik, mana satukah yang harus kita ikut? Fakta atau politik? Jika anda berasa bosan, janganlah menyertai perdebatan ini kerana perdebatan ini hanya bertujuan untuk menentukan kebenaran dan bukannya untuk bermain politik. — Syarikat Pemunggahan Rencana 12:35, 23 April 2007 (UTC)

[sunting] Cabaran kepada Zack2007

Hai Zack2007, anda berkata:

Tetapi things change. Terutamanya, semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia. Atas sebab politik mereka ingin mengembangkan bahasa mereka sendiri dan memanggilnya Bahasa Indonesia.

Kan Malaysia juga memanggil bahasanya sebagai Bahasa Malaysia? Apakah bezanya? Hujah anda dapat ditewaskan dengan begitu teruk dengan kenyataan berikut:

Pada 23 Mei 1972, sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, dan Mashuri Saleh, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli bahasa daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan.  (petikan daripada rencana Ejaan Yang Disempurnakan (bahasa Indonesia))

Kan konfrontasi Indonesia-Malaysia terjadi sebelum 23 Mei 1972?

Anda berkata pula: Kalau di luar negara (terutamanya di Australia), di sekolah sekolah menengah dan di universiti, terdapat Indonesian language, Indonesian studies, dll, takdepulak Malay language, or Malay studies.

Biar betul! Sila baca ini:

Dr. Skinner, Head of the Department of Malay Studies in Monash University, Australia, has used for his text the only two manuscripts known to have survived.... (petikan daripada Google Search)

Zack2007, bolehkah anda mengemukakan rujukan-rujukan yang berwibawa yang membuktikan bahawa kerajaan Indonesia telah menafikan bahawa bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu yang serupa dengan bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu? Perutusan anda setakat ini hanya berdasarkan khayalan atau khabar angin dan langsung tidak berasas. Kalau untuk tesis universiti, ahem..... hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:48, 23 April 2007 (UTC)

Saya rasa kita tersalah faham kat sini. Saya bersetuju sebelum kemerdekaan Indonesia, tidak ada dibezakan istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Malah kesemua hujah yang digunakan oleh anda adalah prior 1947 (kecuali the attempt untuk menyamakan kedua bahasa oleh THO). Ini kerana bahasa Melayu merujuk kepada bahasa orang-orang di kepulauan melayu. (Sebab itu, sebelum kemerdekaan indonesia, semua dokumen merujuk kepada bahasa Melayu oleh orang kepulauan melayu). Apabila Indonesia merdeka, mereka ingin menggunakan faktor bahasa untuk menyatukan bangsa dan menguatkan semangat kebangsaan kaum-kaum yang berbilang bangsa di dalam republik itu. Jadi istilah bahasa Indonesia dicipta dan hasilnya sangat memberangsangkan kerana bahasa itu menjadi salah satu faktor penyatuan keseluruhan pelusuk republik Indonesia. Hanya selepas itu, dokumen-dokumen mula menggunakan istilah bahasa Indonesia yang depertuturkan lebih 200 juta penduduk itu. Malaysia juga ingin melakukan benda yang serupa dengan mencipta istilah Bahasa Malaysia. Malangnya, istilah itu tidak bertahan lama kerana perkataan bahasa Melayu lebih popular dan lebih merujuk kepada geografi yang lebih besar iaitu Malaysia, Brunei, dan Singapura. Kemudian lama kelamaan, penggunaan bahasa Malaysia mula pudar dan b. Melayu makin digemari. Oh pasal bahasa Melayu baku/piawai, itu adalah percubaan untuk mendekatkan kedua-dua bahasa tetapi bukan untuk menjadikan bahasa Indonesia menjadi bahasa Melayu.
Jadi bahasa Melayu telah mengalami dua revolusi iaitu bahasa Melayu serumupun yang digunakan di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu moden yang digunakan di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Saya yakin anda paham apa yang cuba saya katakan ini. Rujuk pada peta tidak lengkap di bawah. (Dilukis mengikut treemap oleh SIL yang digunakan di wikipedia. Imej:Bahasa.JPG (Saya salah mengatakan bahasa di Cape town dan Champa di bawah bm moden). Sekarang, bila orang menyebut bahasa Melayu, kita akan paham yang ia bermaksud bahasa Melayu moden. Jadi the main focus of this article is about bahasa Melayu moden. Tetapi saya mengakui perlunya menyebut semua ini di dalam rencana ini.
Pasal Malay studies tu, department of malay study sudah tidak ada sekarang, tetapi ditukar menjadi Indonesian studies (kerana lebih tepat untuk merujuk kepada pelajaran tentang kepulauan Indonesia itu). Contohnya, di Melbourne Uni dan di Monash Uni. Cuba lah cari Malay studies di australianya. --Zack2007 10:35, 24 April 2007 (UTC)

Zack2007 bukanlah dalam kedudukan (not in position) yang boleh membuat dakwaan department of malay study sudah tidak ada sekarang, tetapi ditukar menjadi Indonesian studies (kerana lebih tepat untuk merujuk kepada pelajaran tentang kepulauan Indonesia itu). Sungguhpun dia memberi 1 contoh, tetapi itu hanya 1 universiti, tidak bererti sama di mana-mana. Lagupun, menjadi kebiasaan universiti luar negara memberi pengajaran Bahasa Melayu dengan mengajar bahasa Indonesia pada awalnya, sebelum mengajar bahasa Melayu sebagai pengajaran lanjut. Carian Google "Department of Malay Studies" menunjukkan 952 jumpaan. Carian Google "Department of Indonesian Studies" menunjukkan 216 jumpaan.

Yosri 11:32, 24 April 2007 (UTC)

Totally agree and sorry to have said that. I am not in position to generalised that. I am not gonna dwell more on that. But the point prior to that was the point that i want to made, that is generally speaking when people talk about bahasa Melayu, they refer it to bahasa Melayu modenthat is spoken in Malaysia, Brunei, and Singapore, while the bahasa in Indonesia it is bahasa Indonesia, even though historically, bahasa Indonesia was included in bahasa. --Zack2007 11:50, 24 April 2007 (UTC)

Thank you Zack2007 for your explanation. I have done some amendments to the main article. See if you agree. This article keeps bugging me as to its factual accuracy, but I gonna drop this subject from now onwards, hehehe. At least even if we still disagree, we all have put in some effort to substantiate our differing points of views. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:05, 24 April 2007 (UTC)


Saya rasa ok sahaja perenggan pendahuluan begitu. Tetapi kalau diubah sedikit boleh tak. Kena ada juga penjelasan bahawa dalam konteks masa kini, bahasa Melayu apabila digunakan adalah merujuk kepada bahasa Melayu yang khasnya digunakan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Ini untuk mengelakkan masalah-masalah teknikal khususnya apabila ada sahaja penyumbang yang menjustifikasi meletakkan rencana bulat2 dari wiki indonesia ke wiki melayu ini dengan mengatakan bahasa Indonesia=bahasa Melayu. --Zack2007 04:21, 25 April 2007 (UTC)


Hai Zack2007, tambah apa-apa sahaja tetapi jika boleh, berikanlah rujukan pihak ketiga. Pendapat bertentangan pun tak apa, khususnya jika pendapat itu adalah daripada sumber yang berwibawa. — Syarikat Pemunggahan Rencana 06:05, 25 April 2007 (UTC)

[sunting] Suatu kesedaran baru

Saya selalu tertanya-tanya mengapa bahasa Indonesia berasaskan bahasa Melayu dan bukannya bahasa Jawa. Selain daripada merupakan pusat kerajaan Indonesia, Pulau Jawa juga mengandungi melebihi separuh daripada jumlah penduduk Indonesia, iaitu 55%. Kan pelik?

Saya juga berasa hairan mengapa mereka menggunakan nama bahasa Indonesia walaupun bahasa yang dipergunakan sebagai bahasa kebangsaan mereka sebenarnya adalah bahasa Melayu yang berasal dari Sumatera Selatan.

Saya baru dapat tahu jawapan-jawapannya selepas menterjemahkan rencana Mohammad Yamin tadi. (Rencana ini diterjemahkan berdasarkan Google Search kerana rencana Wikipedia bahasa Indonesia ini amat lemah). Indonesia mempunyai 250 bahasa yang berbeza-beza. Jika anda memanggil bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa Melayu, banyak orang, khususnya orang Jawa, tidak akan gembira sebab orang berbahasa Melayu asli bukannya golongan yang terbesar di Indonesia. Maka atas alasan politik, panggillah limau sebagai buah sitrus, hehehe.

Jadi mengapa tak menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa Indonesia? Kerana golongan cendekiawan Indonesia yang awal menulis dalam bahasa Melayu. Himpunan puisi pertama, novel pertama, kamus ekabahasa pertama, kesemuanya ditulis dalam bahasa Melayu. Kita hanya perlu tengok Wikipedia bahasa Jawa untuk mengetahui kenapa kenapa, hehehe.

Di Malaysia, keadaan yang berbeza menyebabkan orang Melayu tidak suka memanggil bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia. Perkara ini amat sensitif tetapi secara kasar, politik Malaysia mengasaskan politik perkauman. Maka sesiapa yang memperjuangkan ketuanan orang Melayu akan memastikan diri sebuah kerusi di dalam Dewan Rakyat. Negara pecah tak apa, asalkan gua menang, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:44, 24 April 2007 (UTC)

[sunting] Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia?

Adakah nama artikel ini akan ditukarkan kepada Bahasa Malaysia nanti? Sebab bahasa Melayu telah ditukar kepada Bahasa Malaysia kan?

Tidak. Rencana ini adalah mengenai Bahasa Melayu, bukan Bahasa Malaysia. ...Aurora... 14:18, 3 Ogos 2007 (UTC)

Tunggu selepas semua dapat surat pekeliling yang mengatakan Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia, tapi macam tak best lak pasal sini bukan orang Malaysia saja tapi ada yang datang dari Singapura dan Indonesia. 60.51.69.90 19:44, 24 November 2007 (UTC)

[sunting] Huruf kecil

Bukankah sepatutnya dieja "bahasa Melayu" dan bukan "Bahasa Melayu"? Ia bukannya kata nama khas (kecuali pada nama matapelajaran, pun begitu "Bahasa Melayu" merujuk kepada nama matapelajaran, bukannya bahasa itu sendiri). Saya lihat banyak lagi rencana yang menggunakan huruf besar pada perkataan "bahasa". Kesilapan ini terlalu umum dan perlu diperbetulkan. 196.202.12.252 00:33, 19 Ogos 2007 (UTC) (sebenarnya Aviator)

Macam mana anda nak buktikan bahawa kita sepatutnya guna huruf kecil? --Edmund The King of The Woods! 00:51, 19 Ogos 2007 (UTC)
Lihat tapak web DBP, Piagam Pelanggan. – Aviator 02:05, 19 Ogos 2007 (UTC)

[sunting] Bahasa Melayu bukan bahasa Indonesia

Bahasa Melayu bukan bahasa Indonesia. Saya rasa semua orang sudah setuju bahawa kedua-dua bahasa ini sudah jauh terpisah. Bahasa Indonesia bukannya sebahagian/cabang/dialek/loghat bahasa Melayu, dan begitulah sebaliknya.

Dalam infobox itu ada menyatakan "Di Indonesia bahasa ini dikenali dengan nama bahasa Indonesia". Kenyataan ini salah kerana memberi maksud bahawa bahasa Indonesia itu adalah dialek bahasa Melayu, walhal tidak.

Kalau tiada siapa membantah, saya akan buang ayat itu.—Aviator, 11:12, 12 Februari 2008 (UTC)

Bantah. Memang Bahasa Melayu bukan Bahasa Indonesia, tapi Bahasa Indonesia adalah sejenis Bahasa Melayu. Lagipun sebelum Indonesia merdeka, rakyat Hindia Timur Belanda ini memang panggil bahasa sendiri "Bahasa Melayu". Oleh itu Bahasa Melayu  Bahasa Indonesia. Kadangkala orang Indonesia pun katakan diri cakap "Bahasa Melayu ala Indonesia". Lihat Wikipedia Bahasa Indonesia, ambil rencana ini sbg contoh, mereka katakan "Melayu". --אדםוןד ואודס 11:22, 12 Februari 2008 (UTC)
Mana?—Aviator, 12:13, 12 Februari 2008 (UTC)
Kan Mr Edmund dah bagi link tu. Kat atas. — Imran Al-Sahih 12:45, 12 Februari 2008 (UTC)
Apa pula kaitan dengan bahasa Bali? Tolong jangan menyimpang dari topik.—Aviator, 13:10, 12 Februari 2008 (UTC)

Bahasa Bali bukan yg penting. Apa yg saya katakan, di rencana itu, sama ada istilah "Melayu" atau "Indonesia" digunakan. --אדםוןד ואודס 15:05, 12 Februari 2008 (UTC)

Bahasa Melayu bukan bahasa Indonesia, bahasa Indonesia sebahagian bahasa Melayu. ...Aurora... 15:43, 12 Februari 2008 (UTC)

Yes, I mean something like this. --אדםוןד ואודס 15:48, 12 Februari 2008 (UTC)

Maaf. Bahasa Indonesia bukan juga sebahagian daripada bahasa Melayu. Saudara Edmund, please clarify. Saya tak faham apa maksud anda sama ada istilah "Melayu" atau "Indonesia". Melayu dan Indonesia adalah bangsa. Saya tak cakap pasal bangsa/budaya/tempat, saya cakap pasal bahasa.—Aviator, 16:32, 12 Februari 2008 (UTC)

Adakah anda telah baca seluruh rencana yg saya sebutkan itu? Rencana itu membandingkan Bahasa Bali dengan Bahasa Jawa Kuno, Bahasa Jawa Moden, dan Bahasa Melayu. Kenapa bukan Bahasa Indonesia? Kenapa anda rasa Bahasa Indonesia bukan sebahagian dpd Bahasa Melayu? --אדםוןד ואודס 16:37, 12 Februari 2008 (UTC)

Entah, kan betul apa Mr Edmund cakap, bahasa Indonesia serumpun dengan bahasa Melayu. Contoh misalnya, bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arablah! Itulah Mr Edmund nak terangkan kepada anda, Mr Aviator. — Imran Al-Sahih 16:45, 12 Februari 2008 (UTC)

Tak boleh bandingkan dgn "Bahasa Arab dan Bahasa Ibrani", Bahasa Arab dan Bahasa Ibrani tidak serumpun, hanya sekeluarga saja. Bahasa Arab dan Bahasa Ibrani tidak mirip. Tapi Bahasa Melayu kita sangat mirip Bahasa Indonesia, sampai boleh dikira satu bahasa. --אדםוןד ואודס 16:49, 12 Februari 2008 (UTC)

Kenapa pula kalau bahasa Bali dibandingkan dengan bahasa Melayu, maka bahasa Indonesia pun sama dengan bahasa Melayu?
Saya bandingkan kedua-dua profil dalam Ethnologue [1] dan [2], tak mengatakan bahawa bahasa Indonesia itu sebahagian daripada bahasa Melayu. Ini yang saya jumpa:
Reported to be modeled on Riau Malay of northeast Sumatra
Bermaksud bahasa Indonesia meniru bahasa Melayu, bukan sebahagian daripada bahasa Melayu. Cabang pun tidak. Tapi kalau kata bersaudara boleh juga, sebab kedua-duanya tergolong dalam rumpun yang sama.—Aviator, 16:56, 12 Februari 2008 (UTC)
Kalau saya abang, anda adik, saya kata anda "saudara saya", bukan "sebahagian daripada saya". Itu ayat untuk kekasih.—Aviator, 17:00, 12 Februari 2008 (UTC)

Tengok. Rencana Bahasa Bali yg saya bagi itu adalah di Wikipedia Bahasa Indonesia. Secara amalan biasa, kalau nak bandingkan Bahasa Bali dgn bahasa mereka, mereka sepatutnya katakan "Bahasa Indonesia". Tapi kenapa pula mereka pakai istilah "Melayu", dan bukannya "Indonesia"? Ini kerana mereka juga anggap bahasa sendiri sbg sejenis Bahasa Melayu! Dan mereka tiru Bahasa Melayu Riau, bukan bahasa kita. Bahasa kita sebenarnya juga tiru Bahasa Melayu Riau! Jadi bahasa kita dan Bahasa Indonesia sebenarnya sama-sama bercabang. Namun rencana ini bertajuk "Bahasa Melayu" saja, tidak merujuk kpd mana-mana jenis Bahasa Melayu yg tertentu. Anda lihat loghat-loghat Bahasa Melayu yg terdapat dlm infobox tu, kebanyakannya adalah di Indonesia! --אדםוןד ואודס 17:04, 12 Februari 2008 (UTC)

Abang adik? Saya rasa sebenarnya tidak tepat kalau bahasa kita hanya dipanggil "Bahasa Melayu" saja. Istilah "Bahasa Melayu" lebih sesuai menjadi sesebuah istilah umum. Loghat-loghat Melayu yg disebut dlm kotak info tu sebenarnya agak berbeza dpd bahasa kita. --אדםוןד ואודס 17:05, 12 Februari 2008 (UTC)

Saya rasa "Bahasa Melayu" ialah bapa, bahasa kita dan Bahasa Indonesia ialah anak. --אדםוןד ואודס 17:08, 12 Februari 2008 (UTC)

Untuk pengetahuan, bahasa Melayu standard adalah berdasarkan bahasa Melayu Riau. Nak tahu bunyi Riau? Pergi Johor. Sama saja.—Aviator, 17:32, 12 Februari 2008 (UTC)

Tak semestinya kalau bahasa itu dituturkan di Indonesia, maka namanya pun bahasa Indonesia. Jangan salah faham, ya. Bahasa Melayu memang dituturkan di Indonesia, tapi di sesetengah tempat sahaja, contohnya Riau. Indonesia itu luas. Ada tempat yang menuturkan bahasa Melayu, dan ada tempat yang menuturkan bahasa Indonesia. Bukannya semua penduduk menggunakan bahasa Indonesia. Ia hanyalah bahasa rasmi.—Aviator, 17:32, 12 Februari 2008 (UTC)

Berdasarkan Ethnologue, salasilah bahasa adalah seperti berikut:

  Local Malay
       |
  +----+----+
  |         |
Malay   Indonesian

Bermakna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia adalah bersaudara di bawah rumpun bahasa Melayu tempatan. Saya harap kita boleh bersetuju dengan istilah ini.—Aviator, 17:32, 12 Februari 2008 (UTC)

Tetapi adakah orang Riau guna Bahasa Melayu piawai DBP kita? Bahasa kita ikut DBP kita. --אדםוןד ואודס 17:42, 12 Februari 2008 (UTC)

Bahasa Melayu baku yang dianjurkan oleh DBP itu adalah berdasarkan bahasa Melayu Riau. Lebih tepat lagi, Johor-Riau.—Aviator, 17:52, 12 Februari 2008 (UTC)

Bolehlah dikatakan bahawa bahasa Melayu tempatan adalah bapa kepada kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, tapi perlu ingat, bahasa Melayu tempatan bukannya bahasa individu, sebaliknya sekadar rumpun atau generik. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Indonesia adalah bahasa individu. Macam kucing dan anjing itu spesis di bawah pengelasan biologi yang sama, mamalia. Mamalia bukan tertuju kepada mana-mana haiwan tertentu, hanya istilah generik.—Aviator, 17:52, 12 Februari 2008 (UTC)

Sebenarnya perbezaan antara bahasa kita dgn Bahasa Indonesia lazimnya hanya pada perkataan yg digunakan saja! Kalau tatabahasa pula cuma sedikit saja, seperti "menggunakan" dgn "mempergunakan"... Dan walaupun bahasa kita berdasarkan Bahasa Melayu Johor-Riau, adakah orang Riau juga menggunakan perkataan yg kita guna? Adakah mereka menggunakan "menggunakan" dpd "mempergunakan" (Bahasa Indonesia)? --אדםוןד ואודס 17:59, 12 Februari 2008 (UTC)
Macam mana pula orang Riau mahu guna perkataan kita? Kerajaan Johor-Riau dah tak wujud la. Bahasa yang kita guna ini, bahasa Melayu standard, itulah bahasa Melayu Johor-Riau versi moden!—Aviator, 18:21, 12 Februari 2008 (UTC)
Oklah-oklah, bukankah bahasa Indonesia lain bunyinya? Tak tengok cite Indonesia ker? Saya pernah tengok cite Indonesia, bunyinya seakan Bahasa Jawa, cuma bahasa Jawa lebih lain lagi, maafkan saya ye Mr Edmund kerana tersilap banding, perbandingan kali ini saya akan terangkan sekali lagi. Kali ini betul, contohnya perbandingan antara bahasa Arab dengan bahasa Arami. Adakah perbandingan saya ini betul kali ini? Fikirkanlah. Apa yang saya nak terangkan bahawa bahasa Indonesia amat lain, Mr Edmund, lain. Jadi saya nak jelaskan sekali lagi, Bahasa Indonesia bunyi macam Bahasa Jawa, cuma bahasa Jawa lebih lain lagi! Bahasa kita sebenarnya merupakan salah satu bahasa Nusantara yang pertama yang wujud. Jadi, bahasa Melayu kita sekarang mengikut bahasa standard dari khususnya Melaka dan Johor, dengan beberapa pinjaman dari bahasa asing. — Imran Al-Sahih 19:14, 12 Februari 2008 (UTC)

Bunyi tak begitu penting. Yg penting ialah kosa kata dan tatabahasa. Dan saya rasa perbandingan yg lebih baik ialah "Bahasa Bosnia, Bahasa Croatia, Bahasa Montenegro, Bahasa Serbia, dan Bahasa Serbo-Croat". Semua ini dikira satu bahasa yg sama. Bahasa-bahasa ini mula bercabang "secara rasmi" selepas pembubaran Yugoslavia komunis (FSR Yugoslavia) dan berpecah-belah kpd Yugoslavia (Bahasa Serbia), Bosnia-Herzegovina (Bahasa Bosnia), Croatia (Bahasa Croatia), ... Bahasa Serbo-Croat yg asalnya digunakan oleh FSR Yugoslavia itu mula bercabang hanya kerana ketiga-tiga bangsa/negara ini memberikan nama yg berlainan, tapi terdapat pula sekumpulan orang yg masih mengatakan diri penutur Bahasa Serbo-Croat.

Dan maaf ye Imran, Bahasa Indonesia tak sama dgn Bahasa Jawa, dan Bahasa Arab juga tak sama dgn Bahasa Aramia. --אדםוןד ואודס 04:17, 13 Februari 2008 (UTC)

Saya rasa kita tidak perlu berbalah mengenai perkara ini. Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu (Moden) bermula dari akar yang sama yang merupakan salah satu bahasa Nusantara yang pertama yang wujud. Tidak ada yang mana lebih baik, yang ada adalah kedua bahasa berkembang dengan penyerapan istilah asing. Bahasa Indonesia menggunakan phoniks Belanda, sementara Bahasa Melayu phoniks British. Bagaimanapun untuk penyelarasan, sebagaimana dijelaskan di atas, di Indonesia terdapat banyak kaum, antaranya adalah kaum Melayu. Oleh itu di Indonesia itu sendiri, bahasa Melayu Riau dikenali sebagai bahasa kaum Melayu, sungguhpun bahasa Indonesia itu sendiri berasal dari (Keluarga) bahasa Melayu. Dengan itu kita patut menghormati pandangan mereka dan menyebut di Indonesia, Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa kaum Melayu. Yosri 06:28, 13 Februari 2008 (UTC)
Tapi taklah sampai tahap dikatakan bahawa bahasa rasmi Indonesia ialah bahasa Melayu, yang ditukar namanya kepada bahasa Indonesia! Ini kerana banyak lagi bahasa-bahasa kecil lain yang bercambah dari bahasa Melayu. Saya mahu kata yang bahasa Indonesia itu ialah bahasa individu yang sudah berasingan daripada bahasa Melayu. Anda seolah-olah tidak mahu melepaskan bahasa Indonesia dari cengkaman bahasa Melayu, yang ia hanyalah dialek! Macam dialek Kelantan, Kedah dsb. Walhal bahasa Indonesia itu sudah terpisah daripada kita. Fakta yang benar ialah terdapat pelbagai bahasa yang digunakan di Indonesia sebagai bahasa bukan rasmi, antaranya bahasa Melayu! Kalau anda pergi Riau, anda dengar mereka bercakap, memang bunyinya mirip bahasa Melayu. Kalau anda tanya mereka cakap apa, mereka kata bahasa Melayu. Tapi kalau anda pergi Jakarta, mereka cakap dalam bahasa yang cukup berbeza. Kalau anda tanya mereka cakap apa, mereka jawab bahasa Indonesia. Dan bukan setakat bunyi sahaja lain, tatabahasa, struktur, ejaan dsb. Itulah sebabnya orang keliru yang bahasa Melayu dan Indonesia itu sama, padahal yang sebenarnya bahasa Melayu dituturkan di sesetengah tempat, bahasa Indonesia dituturkan di sesetengah tempat yang lain, dan bahasa rasmi itu bahasa Indonesia, bahasa Melayu hanya bahasa tempatan yang tertumpu penggunaannya di Riau. Di sana, banyak lagi bahasa lain, Jawa, Palembang, Pasemah, Lampung, Orang Seletar dsb. Semuanya mirip-mirip belaka. Kalau anda mahu dengar bahasa Melayu, pergi Riau. Kalau anda mahu dengar bahasa Indonesia, pergi Jakarta. Kalau anda mahu dengar bahasa Bali, pergi Bali. Anda boleh tengok peta Sumatera [3] dan Jawa/Bali [4]. Tengok bagaimana di Sumatera tak ada pun bahasa Indonesia, tapi di Jawa/Bali baru ada bahasa Indonesia.
Oleh itu, betullah dikatakan bahawa bahasa Melayu juga dituturkan di Indonesia, tapi tak mendapat status rasmi. Tapi tak betullah pula kalau dikatakan bahawa bahasa Indonesia dan bahasa Melayu itu semata-mata bahasa yang sama! MABBIM berkerjasama dengan Indonesia, tujuannya untuk memantau penggunaan bahasa Melayu yang juga dituturkan di sesetengah tempat di sana, bukannya mahu mengawal bahasa Indonesia atau bahasa Jawa atau bahasa Bali atau bahasa-bahasa lain yang sememangnya berlambak-lambak di sana!
Anda tak akan faham tulisan saya kalau anda fikir bahawa bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu sama. Setkan semula fikiran dan baca semula tulisan saya ini. Jangan tersalah anggap yang kerana namanya "Indonesia", maka ia milik seluruh rakyat Indonesia. Memang semua rakyat Indonesia boleh cakap bahasa Indonesia, tapi sebagai bahasa rasmi sahaja di peringkat rasmi. Dalam perbualan harian, mereka guna bahasa masing-masing, termasuklah bahasa Melayu, bahasa Jawa dsb. Sebab itu ramai orang terkeliru.
Saya bersetuju kalau kita kata yang kedua-dua bahasa ini mempunyai asal-usul yang sama, tapi saya sama sekali tak setuju kalau kita kata yang kedua-dua bahasa ini bahasa yang sama! Katakan Mat dan Ali itu adik-beradik. Dua-dua orang lebih kurang sama. Orang kata "Mat dan Ali itu bersaudara", tapi orang tak kata pula "Mat @ Ali"! Kelakar apa. Itu saya nak terangkan, "Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu bersaudara", tapi bukan "bahasa Melayu @ bahasa Indonesia"!—Aviator, 07:41, 13 Februari 2008 (UTC)
Saya harap anda fahamkan betul-betul tulisan saya. Saya kata, di Indonesia, taraf bahasa Melayu adalah sebagai salah satu bahasa suku kaum di sana, sekadar sama taraf dengan bahasa Jawa, Maluku dll. (subset bahasa Indonesia). Oleh itu ia sekadar bahasa salah satu suku kaum iaitu suku Melayu. MABBIM bermatlamat agar istilah baru yang diguna pakai adalah selaras di kesemua negara anggota, ia tidak mencipta istilah baru, sekadar menyelaras istilah yang telah diguna pakai anggota MABBIM. Jangan tukar maksud saya, OK.. Yosri 07:55, 13 Februari 2008 (UTC)
OK.—Aviator, 08:20, 13 Februari 2008 (UTC)
Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com