Bicara Hati
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bicara Hati | |
---|---|
Pengarah | Rosnani Jamil |
Penerbit | Rosnani Jamil Ruhani Abdul Rahman Hanis Halim |
Pengarang | Jamil Sulong (skrip) Khadijah Hashim (cerita asal) |
Lakonan | Nur Fazura Nick Mikhail |
Edaran | RJ Production Sdn Bhd |
Mula tayangan | 3 Jun 2004 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rujukan filemkita |
Filem Bicara Hati mula ditayangkan pada 3 Jun 2004 diseluruh pawagam di Malaysia. Filem ini diadaptasikan menerusi sebuah novel karya Khadijah Hashim. Kos pembikinan filem ini ialah RM1.2 juta.
Senarai kandungan |
[sunting] Sinopsis
Filem ini mengisahkan kehidupan para pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seorang pelajar bernama Noraini telah terpikat dengan gurunya sendiri. Noraini juga kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kedatangan guru bahasa Inggeris yang baru, Hadi berjaya memberi sinar baru kepada para pelajar sekolah itu dan akhirnya mereka lulus dengan cemerlang.
[sunting] Pelakon
- Nur Fazura Sharifuddin
- Nick Mikhail
- Tengku Shahirah
- Zamarul Hisham
- Jalaluddin Hassan
- Norlida Ahmad
- Shaharudin Thamby
- Azween Aziz
- Saiful Izham Iskandar
- Eddie Halim
- Suraya Aziz
- Rosnani Jamil
- Mustapha Maarof
- Rozaidi Jamil
- Hanis Halim
[sunting] Pengarah
- Rosnani Jamil
[sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Pelakon Harapan Wanita - Nur Fazura