ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Bjork - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Bjork

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.




Björk Guðmundsdóttir [ˈpjœr̥k ˈkvʏðmʏntsˌtoʊhtɪr] (lahir 21 November, 1965 di Reykjavík, Iceland) adalah seorang penyanyi, pengubah lagu, komposer dan pelakon wanita berasal dari Iceland.

Beliau dikenali kerana menggabungkan pelbagaian pengaruh dalam penghasilan muziknya, termasuk pop, rock alternatif, jazz, ambient, electronika, folk dan muzik klasik. Beliau memenangi pelbagai anugerah dunia seni, selain 12 pencalonan Anugerah Grammy dan satu pencalonan Anugerah Academy.

Bernaung di bawah syarikat rakaman One Little Indian, pada 2003 Björk telah menghasilkan penjualan sebanyak 15 juta album di seluruh dunia.

Album terbarunya Volta, telah diedarkan ke seluruh dunia bermula 8 Mei 2007. Beliau telah menduduki tangga #36 dalam carta "The 100 Greatest Women in Rock and Roll" di VH1 dan #8 untuk carta "22 Greatest Voices in Music" di MTV. Dalam pada itu di dunia Nusantara, Melly Goeslaw pernah menyatakan minatnya terhadap Björk.

Senarai kandungan

[sunting] Kerjaya awal

Kerjaya muziknya bermula seawal 11 tahun dengan pembelajaran piano klasik di sekolah rendah. Salah seorang guru muzik beliau kemudian menghantar rakaman lagu Tina Charles "I Love to Love" nyanyian Björk ke RÚV, satu-satunya stesen radio di Iceland pada ketika itu. Nyanyian tersebut yang berkumandang di seluruh negara, membuka peluang kepadanya untuk bernaung di bawah label rakaman Fálkinn. Albumnya bertajuk "Björk" terbit pada 1977.

Di alam remajanya Björk dipengaruhi oleh rock punk; pada 14 tahun beliau menubuhkan kumpulan punk wanita "Spit and Snot", diikuti dengan kumpulan fusion jazz "Exodus" pada 1979. Pada 1980 beliau persekolahan di sekolah muziknya berakhir. Pada 1982 Björk dan pemain bass Jakob Magnússon menubuhkan sebuah lagi band yang digelar "Jam-80" yang kemudiannya bertukar menjadi "Tappi Tíkarrass" (yang bermaksud gabus dipunggung jalang dalam Bahasa Iceland), dan mengeluarkan single "Bítið Fast í Vítið" pada tahun yang sama. Album mereka "Miranda" muncul berikutnya pada tahun 1983.

Seterusnya Björk bergandingan dengan Einar Örn Benediktsson dan Einar Melax dari Purrkur Pillnikk; serta Guðlaugur Óttarsson, Sigtryggur Baldursson dan Birgir Mogensen dari Þeyr. Selepas menulis lagu dan berlatih selama 2 minggu, kumpulan baru KUKL ("sihir" dalam Bahasa Iceland), ditubuhkan bersama, menjana muzik yang dianggap bercorak Rock Gothic. Björk mula menunjukkan gaya tersendirinya; nyanyian yang diselang-seli dengan raungan dan pekikan.

KUKL menjelajahi Iceland dengan kumpulan punk anarkis dari UK, Crass dan kemudian melawat UK dalam siri persembahan bersama Flux of Pink Indians. Mereka menerbitkan dua album sebagai hasil dari kerjasama tersebut; "The Eye" (1984) dan "Holidays in Europe" (1986), kedua-duanya dibawah label Crass Records.

Kumpulan ini akhirnya dimansuhkan, sebahagiannya berpunca dari penutupan label rakaman mereka, Gramm. Pada musim panas 1986, beberapa ahli kumpulan KUKL dan kumpulan surrealis Medusa bersama menubuhkan kesatuan kolektif kesenian Smekkleysa (Bad Taste). Terdapat pembahagian muzik di dalam kolektif tersebut dengan nama KUKL yang selepas itu menukar nama kepada The Sugarcubes. Kedua-dua Smekkleysa dan The Sugarcubes secara rasminya ditubuhkan pada tarikh kelahiran anak lelaki Björk, Sindri.

[sunting] Kejayaan arus perdana

[sunting] The Sugarcubes

Single pertama The Sugarcubes, "Ammæli" (atau "Birthday" tajuk Bahasa Inggeris), menjadi popular di UK setelah menjadi single pilihan mingguan oleh Melody Maker. The Sugarcubes seterusnya disunting oleh One Little Indian, sebagai kumpulan muzik syarikat rakaman tersebut, yang dinaungi oleh Derek Birkett, bekas pemain bass Flux of Pink Indians. Mereka mencetuskan pengikut kultus di Amerika Syarikat dan UK, seterusnya menarik minat syarikat-syarikat rakaman besar. Bagaimanapun mereka menolak kesemua tawaran yang lumayan tersebut demi kepentingan artistik dan kreativiti mereka dengan mengekalkan kedudukan di One Little Indian. Sehingga hari ini Björk juga tidak berganjak dari syarikat tersebut. Untuk pasaran Amerika Syarikat, The Sugarcubes telah memeterai perjanjian pengedaran album dengan Elektra Records dan juga menghasilkan kembali rakaman album pertama mereka berjudul Life's Too Good pada 1988. Penerbitan album tersebut lebih melonjakkan mereka ke persada antarabangsa - sesuatu yang belum ditandingi mana-mana kumpulan pemuzik Iceland. Sementelah bersama The Sugarcubes, Björk melibatkan dirinya dengan beberapa projek sampingan. Di antaranya ialah rakaman album Gling-Gló, sebuah himpunan lagu-lagu jazz popular serta lagu-lagu hasil kerjasama Björk dan Trio Guðmundar Ingólfssonar (kumpulan jazz berlapan) yang diedarkan di Iceland. Björk juga menyumbangkan suaranya untuk album 808 State yang berjudul Ex:el, seterusnya merangsang minat beliau terhadap muzik house. Lagu yang berjudul "Ooops" dihasilkan sebagai single di UK dan kemudiannya disenarai-pendek untuk album lagu-lagu terbaik 808 State, berjudul "808:88:98".

[sunting] Kerjaya solo / Debut

Pada 1992 aktiviti The Sugarcubes mula pudar, berpunca dari konflik percanggahan misi kumpulan tersebut. Mereka tidak aktif buat suatu tempoh masa demi mengelakkan persengketaan dan menjaga persahabatan di antara ahli-ahlinya. Mereka walau bagaimanapun masih kekal bersahabat dan aktif dalam mentadbir Smekkleysa/Bad Taste. Björk berhijrah ke London untuk meneruskan kerjayanya sebagai artis solo; satu titik permulaan baginya bergandingan dengan penerbit Nellee Hooper yang antara lain telah melonjakkan nama Massive Attack. Kerjasama tersebut telah membuahkan lagu hit solo pertamanya "Human Behaviour". Album solo pertamanya Debut, muncul pada Jun 1993 dan mendapat ulasan-ulasan positif. Ia dinamakan album tahunan oleh NME dan dianugerahkan platinum di Amerika Syarikat. Pada Anugerah BRIT 1994 Björk memenangi Anugerah Wanita Antarabangsa Terbaik dan Pendatang Baru Antarabangsa Terbaik. Debut terhasil dari penulisan-penulisan Björk sejak remaja, juga penulisan-penulisan gandingannya dengan Nellee Hooper.

Kejayaan album Debut terus menggamit artis-artis lain untuk bekerjasama dengannya. Björk berganding bahu dengan David Arnold untuk "Play Dead", lagu tema filem The Young Americans pada 1993 (juga dilampirkan di dalam album terbitan semula Debut, selepas itu), selain kerjasama dalam penghasilan dua lagu untuk Tricky sempena projek Nearly God. Selain itu Björk tampil dalam sebuah lagu untuk album Not For Threes oleh Plaid, yang diterbitkan oleh label kultus Warp Records. Beliau juga menulis lagu "Bedtime Story" untuk Madonna dalam album Bedtime Stories pada 1994.

[sunting] Post / Telegram

Björk kembali ke studio pada 1994 untuk mengerjakan album solo keduanya bersama Nellee Hooper, Tricky, Graham Massey dari 808 State dan Howie B, seorang penerbit muzik elektronika. Album tersebut, Post mengandungi lagu-lagu berdasarkan kisah-kisah perhubungannya dan lagu bertemakan cinta (salah satu subjek kegemarannya), juga beberapa bahan berbentuk konfrantasi dan kemarahannya. Seperti "Debut", ia adalah himpunan lagu-lagu yang telah ditulisnya sejak sekian lama. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak terbitan dilakukan dalam "Post"

[sunting] Homogenic

Selepas itu dalam tahun yang sama, album Homogenic diterbitkan. Ia menandakan peralihan dramatik dari imejnya bak "pixie" (atau pari-pari) yang tercerna dalam album "Debut" dan "Post". Björk bekerjasama dengan penerbit Mark Bell dari LFO dan Howie B dalam albumnya itu dan Eumir Deodata untuk lagu-lagu remix kemudiannya.

[sunting] Vespertine

[sunting] Family Tree / Greatest Hits / Live Box

[sunting] Medúlla

[sunting] Army of Me: Remixes and Covers

[sunting] Drawing Restraint 9

[sunting] (____surrounded)

[sunting] Volta

Album studio keenam Björk, Volta, telah dikeluarkan pada Mei 7, 2007. Kebanyakkan lagu dalam album ini ditulis dan diterbit oleh Björk sendiri dan menampilkan 10 lagu baru. Di samping itu, album ini juga dikerjakan bersama pelbagai penerbit terkenal seperti Timbaland, Antony Hegarty, Sjón dan lain-lain lagi.

Single pertama dari album ini iaitu "Earth Intruders" telah dipasarkan secara digital pada April 9, 2007. Lagu ini telah menjadi kemasukan kedua Björk dalam carta Billboard Hot 100, selepas kejayaan single "Big Time Sensuality" pada tahun 1993. Sementara itu, album Volta pula memasuki carta Billboard 200 pada nombor 9, dengan jualan sebanyak 43,000 pada minggu pertama. Ini menjadikannya album Björk pertama yang berjaya menembusi Top 10 dalam carta tersebut. Album ini juga mencapai posisi nombor 3 di carta album Perancis dengan jualan minggu pertama sebanyak 20,600 dan nombor 7 di Carta Album UK dengan jualan sebanyak 20,456 unit.

Single kedua daripada album tersebut, "Innocence" pula dipasarkan secara digital pada Julai 23, 2007 bersama video muzik yang telah dipilih melalui peraduan yang dijalankan dalam laman web rasmi Björk. "Declare Independence" dikeluarkan pada Januari 1, 2008 di dalam pakej "super deluxe" yang merangkumi vinil 2 x 12", CD dan sebuah DVD menampilkan video yang diarah oleh pengarah Michel Gondry. "Wanderlust" pula telah disahkan sebagai single keempat.

[sunting] Kontroversi dedikasi lagu "Declare Independence"

Semasa Konsert Jelajah Volta di Tokyo, Jepun, Björk telah mendedikasi lagu penutupnya, "Declare Independence" kepada Kosovo, yang juga baru sahaja mendapat kemerdekaan daripada Serbia pada 17 Februari 2008. Menurut unit pengurusan Björk, beliau telah dibatalkan dari membuat persembahan dalam EXIT Festival yang akan diadakan pada bulan Julai di Serbia. Penganjur acara tersebut telah menafikan mereka membatalkan mana-mana artis kerana mempunyai pendapat politik berlainan semata-mata, dan mengatakan bahawa berbuat demikian adalah melanggar prinsip. Walau bagaimanapun, wakil Björk telah menunjuk e-mail yang dihantar oleh penganjur utama, memberi amaran kepadanya agar tidak mendedikasi lagu tersebut kepada Kosovo dalam konsert-konsert yang akan diadakan di Eropah mahupun apa-apa temu bual yang "berkaitan dengan Kosovo".

Pada Mac 2, 2008, waktu konsert di Shanghai, China, Björk mendedikasi lagu yang sama kepada Tibet, menyebabkan ketidaksenangan di kalangan penduduk tempatan. Semasa konsert tersebut, Björk telah menyebut "Tibet, Tibet!" tiga kali diikuti dengan "Raise your flag!" sebanyak empat kali semasa menyanyikan lagu tersebut. Pada mulanya komen beliau ini tidak dilaporkan dalam mana-mana media massa, namun telah membawa ulasan negatif dalam internet. Hal ini kemudian diambil oleh rangkaian berita antarabangsa.

[sunting] Projek-projek lain

[sunting] Björk dalam filem

[sunting] Nama dan keturunan

[sunting] Kehidupan peribadi

[sunting] Diskografi

[sunting] Pencalonan Grammy

[sunting] Anugerah-anugerah dan pencalonan lain

[sunting] Anugerah Academy

[sunting] Anugerah BRIT

[sunting] Festival Filem Cannes

[sunting] Golden Globes

[sunting] Anugerah Q

[sunting] Anugerah MOJO

[sunting] Anugerah Video MTV

[sunting] Televisyen

[sunting] Filem, termasuk cameo

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com