ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wikipedia:Calon rencana pilihan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Wikipedia:Calon rencana pilihan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jalan pintas:
WP:CRP

Sumbangan Pilihan


Kandungan pilihan:

Alatan rencana pilihan:

Sebelum mencalon:

Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana bakal dipaparkan sebagai rencana pilihan. Rencana pilihan perlu mempunyai karya Wikipedia yang terbaik. Sila lihat: Wikipedia: Apakah itu rencana pilihan? untuk kriterianya.

Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mengerjakannya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya.

Persetujuan mestilah diperoleh sebelum sesebuah rencana boleh diiktiraf sebagai rencana pilihan. Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian iaitu bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan.

Lihat juga Wikipedia:Calon gambar pilihan.

Hapuskan ingatan cache untuk halaman ini.

Tatacara pencalonan

Archive Arkib
  1. 2006
  2. 2007
  1. Baca kriteria untuk rencana pilihan terlebih dahulu dan pastikan bahawa rencana itu memenuhi kesemua syarat sebelum mencalonkannya.
  2. Jika anda mencalonkan semula sebuah rencana, sila gunakan butang Alih untuk memberikan nama yang baru untuk pencalonan terdahulu supaya ia dapat diarkibkan. Umpamanya, Wikipedia:Calon-calon bagi rencana pilihan/Televisyen → Wikipedia:Calon-calon bagi rencana pilihan/Televisyen/Arkib1
  3. Letakkan ===[[nama rencana yang dicalonkan]]=== pada bahagian tajuk sebelum mencalon.
  4. Di bawahnya, tulis alasan mengapa mencalonkan rencana itu.
  5. Akhirnya, letakkan {{Wikipedia:Calon-calon bagi rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan}} pada bahagian di atas senarai calon-calon di halaman ini melalui penyalinan bahagian di atas, klik "sunting" di atas halaman ini, lalu menampalkannya. Pastikan bahawa anda memasukkan nama rencana yang dicalonkan.

Penyokongan dan pembantahan

Tolong baca seluruh rencana sebelum menyetujui ataupun menentang pencalonannya.

  • Untuk membuat ulasan pada rencana yang telah dicalonkan, anda harus klik pada pautan "sunting" di sebelah kanan rencana tersebut (bukannya butang "sunting" pada bahagian atas di halaman rencana).
  • Jika anda mempercayai bahawa sesuatu rencana memenuhi kesemua kriteria rencana pilihan, tulis {{undi|Y}} diikuti oleh alasan anda.
  • Jika anda membantah sesuatu pencalonan, tulis {{undi|T}} diikuti oleh alasan anda. Setiap bantahan harus mengemukakan alasan yang tertentu supaya dapat diperbaiki. Jika tiada apa-apa yang boleh dibuat untuk memperbaiki masalah ataupun kelemahan yang dikemukakan, bantahan itu boleh diketepikan. Ini termasuk bantahan kesesuaian sebuah rencana untuk Laman Utama Wikipedia, kecuali persoalan ini dapat diperbaiki (rencana pilihan, walaupun dipilih, boleh ditandai supaya jangan dipaparkan pada Laman Utama).
    • Untuk menarik balik bantahan, sila potong melalui <s>...</s> berbanding pemadamannya.

Senarai kandungan

[sunting] Pencalonan rencana pilihan

[sunting] Januari

[sunting] Olimpik Beijing 2008

Saya cadangkan rencana Olimpik Beijing 2008. Ia mempunyai banyak rencana pautan, serta cukup panjang dan relevan kerana acara itu akan diadakan pada 2008. -Yk Yk Yk 08:30, 16 November 2007 (UTC)

Setuju Sangat sesuai. Putera Luqman Tunku Andre 15:49, 17 November 2007 (UTC)
Bantah Tunggu lah bulan Ogos 2008 kerana acara itu akan diadakan dalam bulan Ogos sahaja iaitu 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Tun Dr. Mohd Izzudin 16:14, 18 November 2007 (UTC)
Bantah. Lebih baik bulan Ogos. Baru lebih berprestij. Lagipun, mungkin akan ada perubahan isi kandungan yang mungkin ditambah sebelum Sukan Olimpik diadakan. — Didie 02:46, 19 November 2007 (UTC)
Bantah. Setuju dengan Didie..

Baiklah. Saya menarik balik pencalonan saya. -Yk Yk Yk 08:26, 21 November 2007 (UTC)

[sunting] Bahasa Aramia

Saya ingin cadangkan agar rencana Bahasa Aramia menjadi rencana pilihan pada bulan Januari. Kerana ianya rencana yang padat dan lengkap. Jadi rencana salinan dari wiki en ke wiki ms adalah sama dan "bahasa Aramia" dari wiki en telah mendapat anugerah "rencana pilihan". Oleh itu memang patutlah rencana ini dipilih sebagai rencana pilihan kerana isinya yang sama dengan wiki en, cuma yang bezanya, diterjemahkan ke BM sahaja. — Imran Al-Sahih 05:29, 20 November 2007 (UTC)

  • Setuju Rencana bahasa-bahasa memang patut digiatkan. Asyik-asyik rencana yang lebih kurang sama ajer... (Eh siapa yang remove saya punya undian ni...???) - pmc 14:28, 21 November 2007 (UTC)
  • Bantah Banyak pautan yang berwarna merah. Baiki rencana itu terlebih dahulu. Jika bagus, saya mungkin akan berubah fikiran. — Didie 13:31, 26 November 2007 (UTC)
  • Setuju-Lagi best dari rencana Australia Andre Arthur 01:54, 28 November 2007 (UTC).ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 13:50, 8 Disember 2007 (UTC) dan diperbaharui Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 23:55, 16 Disember 2007 (UTC)
  • Setuju ReogWarrior | bicara 03:39, 9 Disember 2007 (UTC)
  • Setuju Saya sangat setuju! Laman Aramia dalam Bahasa Inggeris dikembangkan oleh teman lelaki kecayangan saya, GarzoHugo. Aliciaa90099 17:54, 5 Disember 2007
  • Setuju.. setuju lah... →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:48, 9 Disember 2007 (UTC)
  • Komen: Saya dah kemaskini sikit, tapi saya masih tak faham rencana ini sebenarnya. Perlukan bantuan pakar bahasa. ...Aurora... 15:59, 6 Disember 2007 (UTC)
  • Nota: Saya baru perasan Delimapagi978 gunakan bahasa Arami, dan saya rasa ini lebih tepat berdasarkan carian Google. ...Aurora... 15:14, 27 Disember 2007 (UTC)

[sunting] Australia

26 Januari merupakan Hari Kebangsaan Komanwel Australia. Apa kata jadikan rencana ini sebagai rencana pilihan? — Tun Dr. Mohd Izzudin 12:05, 20 November 2007 (UTC)

  • Bantah. Sekiranya Wikipedia Bahasa Melayu memilih rencana pilihan secara mingguan mungkin rencana ini layak. Tetapi, persaingan rencana-rencana begitu hebat untuk dipilih menjadi rencana pilihan dan kualiti rencana serta isi kandungan rencana yang membezakan masing-masing rencana. Saya merasakan rencana ini juga patut diperbaiki dengan lebih teliti terlebih dahulu. — Didie 13:40, 26 November 2007 (UTC)
Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk memilih rencana pilihan mingguan kerana saya dapati sudah banyak artikel dicalonkan sehingga Februari 2008. Sekadar cadangan. Tun Dr. Mohd Izzudin 09:30, 27 November 2007 (UTC)
  • Bantah. Rujukan sangat kurang '''ReogWarrior''' 14:59, 28 November 2007 (UTC)
  • Bantah. X best. Maaf pendapat kanak-kanak Andre Arthur 20:17, 28 November 2007 (UTC)


Fine, tak payah lah... Tun Dr. Mohd Izzudin 09:25, 5 Disember 2007 (UTC)

[sunting] Claymore (manga)

pencalonan sendiri

Di atas pencalonan saya yang tidak berjaya pada bulan Disember, saya telah mengubahsuai aspek pemilihan rencana pilihan untuk Wikipedia MS dari segi yang berbeza namun masih kekal dalam genre yang sama. Saya mencalonkan rencana Claymore (manga) sebagai rencana pilihan bulan Januari 2008. Sila berikan saya ruang untuk mejelaskan beberapa sebab mengapa saya memilih rencana ini:

  • Rencana ini, seperti yang lepas, Gun X Sword, merupakan rencana anime. Sebenarnya saya ingin meletakkan rencana Bleach di sini tetapi disebabkan Bleach diketahui ramai dan rencana utama agak kecil, saya berputus untuk mengasingkannya terlebih dahulu. Bagi saya, rencana Claymore ini adalah lebih sesuai disebabkan penggunaan istilah yang saya gunakan adalah lebih khusus kepada bahasa Melayu.
  • Rencana ini lebih besar daripada mana-mana rencana yang telah saya cipta (ada yang hampir sama).
  • Rencana ini telah saya siapkan dengan penuh setiap pautan dalam dan luar, termasuklah setiap syarikat yang menerbitkan manganya, pengarangnya, majalah yang merupakan hos kepada manganya, studio animasi yang mencipta siri animenya, saluran televisyen yang menyiarkannya, bilangan episodnya dan termasuk juga bilangan bab-bab manganya (masih dikemaskinikan).
  • Rencana ini saya anggap cukup padat, bermaklumat tentang subjeknya dan terperinci. Daripada screenshot anime hingga ke watak-watak, saya telah lengkapkan.
  • Terdapat tiga buah rencana tambahan yang berkaitan dengan rencana Claymore yang utama. Ini termasuklah rencana watak-wataknya, setiap rumusan episod siri animenya serta setiap bab dalam jilid yang telah dikeluarkan dalam manganya.
  • Rencana ini mungkin menjadi rencana anime yang menjadi rencana pilihan kita yang pertama. Saya rasa rencana ini berpotensi menjadi role model kepda rencana anime yang lain.
  • Claymore dapat juga menerangkan tentang pedang Claymore dan Periuk api Claymore yang merupakan antara kata-kata kunci yang dapat memeberi para pembaca lebih maklumat, bukan sekadar anime sahaja.
  • Rencana ini telah saya kemaskini lebih daripda tiga hingga empat bulan (mungkin lebih, tak ingat).

Saya pasti saudara-saudari dapat meninjau pendapat saya dan memberi pendapat tentang rencana ini. Dengan kekalahan Gun X Sword yang tipis, objektif saya adalah untuk menaikkan rencana pilihan yang bertemakan anime pertama kali. Hehe. Terima kasih. - pmc 16:01, 26 November 2007 (UTC)

Bantah Sebab-sebabnya?
  1. Anime yang tidak terkenal
  2. Masih Anime yang tidak terkenal
  3. Tidak terkenal pun di Malaysia.

Tun Dr. Mohd Izzudin 09:26, 27 November 2007 (UTC)

  1. Setuju. Maksud saya , saya bersetuju dengan Tun Dr. Mohd Izzudin. Saya ingat saya seorang saja yang tak tahu dengan Anime ini, rupanya bukan saya seorang.Baik Gun X Sword lagi terkenal.

Putera Luqman Tunku Andre 00:18, 28 November 2007 (UTC)

Ditujukan kepada Tun Dr. Mohd Izzudin: Saudara, saya rasa sebab-sebab yang diberikan saudara tidak begitu tepat untuk digunakan sebagai sebab-sebab bantahan. Mengapa?
  • Jika saudara telah membaca dengan teliti kriteria-kriteria untuk pemilihan rencana pilihan, saudara semestinya faham bahawa sebab-sebab yang saudara berikan tidak tertakluk pada kriteria yang ditulis. Sila lihat kembali halaman ini. Saya tidak dapat melihat pun penyataan-penyataan yang mengatakan apa-apa tentang populariti sebuah judul atau rencanaadalah perlu untuk dijadikan pilihan.
  • Jika saudara lihat, banyak rencana pilihan yang diletakkan di wikipedia bahasa lain bukannya daripada golongan yang tekenal pun. Saya akan berikan contoh pada masa akan datang.
  • Jika saya tidak silap, objektif rencana pilihan (sekurang-kurangnya daripada Wikipedia Inggeris) adalah untuk menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pelayar-pelayar yang melihatnya. Buka halaman utama wikipedia Inggeris hari ini dan lihat. Bukannya kita harus mengikut mereka, dan saya faham wikipedia kita kekurangan rencana berbanding mereka, namun diatas kriteria yang tertulis seperti berikut: Ia merupakan contoh karya yang terbaik di portal ini dan Ia dikarang dengan baik secara menyeluruh, tepat dari segi fakta, berkecuali dan stabil, saya telah mencalonkan rencana saya itu. Saya rasa rencana pilihan dapat menambah populariti sesebuah rencana itu, tak semestinya yang dipilih itu harus popular. Saya rasa ini tanggapan yang salah.
Saya meminta maaf jika terkasar kata. Saya cuma rasa kurang "sedap hati" dengan sebab-sebab yang saudara berikan. Dan jika saudara Putera Luqman Tunku Andre bersetuju, saya rasa sebab-sebab yang diberikan ditujukan juga kepada saudara. -- pmc 04:01, 28 November 2007 (UTC)
Maaflah, saya memahami bahawa saudara seorang penggemar anime/manga, namun rencana/anime tersebut tidak berapa menarik bagi saya dan mungkin ramai lagi pengguna Wikipedia yang lain. Banyak anime menarik yang pernah/sedang ditayangkan dan terkenal di kalangan orang Melayu di mana-mana. Apa kata cuba usahakan artikel-artikel itu. Bukankah lebih bagus menjadikan rencana tentang benda yang dikenali kerana ianya membuatkan pengguna mahu lebih mengenali tentang ia.. Izzudin 14:11, 29 November 2007 (UTC)
Maaf saudara, tetapi rujukannya cukup lengkap. Rencana itu sendiri diterjemahkan oleh saya daripada rencana bahasa Inggeris (sila lihatnya di sini) dan setiap satu rujukannya telah diterjemahkan (setiap rencananya di setiap wiki lain tidak mempunyai rujukan langsung)... Takpe, masih banyak masa untuk saya mendapat feedback. Hehe. - pmc 01:48, 29 November 2007 (UTC)
Maaf, kalau saya terkasar bahasa. Tapi bagi pendapat saya, lebih baik meletakkan rencana yang lebih terkenal ataupun mempunyai informasi yang menarik. Ini kerana ia akan diletak di laman utama. Sebagus mana artikel yang ditulis, tak ada makna kalau hati tak tertarik. Andre Arthur 14:22, 29 November 2007 (UTC)

Aah jikalau begitu sebelum pencalonan ini berpanjangan eloklah saya menarik balik pencalonan ini. Mungkin lain kali sajalah... :P - pmc 16:27, 29 November 2007 (UTC)

2 rujukan tidak cukup ReogWarrior | bicara 06:21, 3 Disember 2007 (UTC)
Asyik-asyik tak cukup rujukan.. asyik-asyik tak cukup rujukan....

[sunting] Donald Duck

ReogWarrior yang mencadangkan saya memilih rencana ini. Saya hanya wakil. Tapi tak kisahlah, saya pun suka juga walaupun pernah mengundi untuk Bahasa Aramia. ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 13:47, 8 Disember 2007 (UTC)

  1. Setuju -- ReogWarrior | bicara 03:34, 9 Disember 2007 (UTC)
Bantah.. gila banyak pautan tak wujud (pautan merah).. →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:46, 9 Disember 2007 (UTC)


Komen: Mana la aku tau, ni sume keje ReogWarrior. Dia yang pilih.(Terfikir sejenak, naper dier x ltak sniri arr). Pape pun aquw rasa pautan merah tu hanya watak yang tak perlu. Nak marah, tanya dia. ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 04:35, 10 Disember 2007 (UTC)
Banyak Giler Pautan Merah. Nantilah suruh dia calon sendiri lepas dia baiki pautan tidak wujud. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 23:52, 16 Disember 2007 (UTC)
ape ni... asyik tak jadi calon je... ditulis oleh: IzZ pada: 15:14, 17 Disember 2007 (UTC)
Tu menunjukkan wikipedia Melayu masih tak mampu mebuat rencana mingguan. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 23:06, 17 Disember 2007 (UTC)
Jadi marilah kita sama-sama mengusahakan rencana-rencana di wikipedia bm nih... ditulis oleh IzZ undilah permohonan ku untuk menjadi penyelia ini... 07:13, 19 Disember 2007 (UTC)

[sunting] Honda Cub

Saya ingin mencadangkan agar rencana Honda Cub dijadikan rencana pilihan bagi bulan Januari 2008 kerana motosikal ini boleh dikatakan sinonim dengan kehidupan di Asia Tenggara khususnya Malaysia. Lagipun, motor ini sudah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 1958 lagi dan seiring dengan sejarah pasca merdeka Malaysia. Dari segi isi pun, ianya padat dan lengkap termasuklah dengan info spesifikasi teknikal sekali. Harap dipertimbangkan, terima kasih. Hezery99 23:18, 13 Disember 2007 (UTC)

Bantah..Terlalu pendek + tak lengkap + takda langsung rujukan..→Izzudin 12:12, 14 Disember 2007 (UTC)
huhu... jangan amalkan dah la..→Izzudin 17:19, 14 Disember 2007 (UTC)

Rencana pilihan: Bahasa Aramia. — Didie (bincang) 15:05, 30 Disember 2007 (UTC)

[sunting] Februari

[sunting] Astro (televisyen satelit)

Saya cadangkan rencana Astro (televisyen satelit)(pencalonan kedua) dijadikan rencana pilihan bulan Februari 2008. Lebih menarik dan lengkap. Harap anda dapat menyokongnya. Terima kasih. — Didie 03:59, 27 November 2007 (UTC)

cepatnya nak buat pencalonan bulan Februari. Tun Dr. Mohd Izzudin 09:22, 27 November 2007 (UTC)
  1. Setuju-Yk Yk Yk 05:49, 27 November 2007 (UTC)
  2. Setuju - Saudara telah mencuba... =) pmc 16:31, 29 November 2007 (UTC)
  3. Bantah - tidak ada rujukan ReogWarrior | bicara 06:22, 3 Disember 2007 (UTC)
    • Sudah ada rujukan terkini. — Didie 02:31, 23 Disember 2007 (UTC)
      • Bagus, tapi 2 tak cukup tuk artikel yang cukup panjang 118.136.48.123 06:46, 1 Januari 2008 (UTC)
  4. Setuju ...Aurora... 15:18, 22 Januari 2008 (UTC)

[sunting] Tunku Abdul Rahman

Sebelum itu, boleh saya tanya, rencana tokoh boleh tak dijadikan rencana pilihan. Bagi saya, kira ok lah rencana ni. Andre Arthur 14:35, 29 November 2007 (UTC)

Rencana tokoh boleh dijadikan rencana piawai jika fakta tentang tokoh itu amat memuaskan.
  1. Setuju - Imran Al-Sahih 08:26, 30 November 2007 (UTC)
  2. Bantah - Tidak ada rujukan ReogWarrior | bicara 06:22, 3 Disember 2007 (UTC)
  3. Setuju.. rujukan buku Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra sudah cukup lengkap dan boleh dipercayai. →Izzudin 15:36, 10 Disember 2007 (UTC)tak jadilah... bulan ogos lagi sesuai .. Setuju undi balik...
Buat pengetahuan Encik Izzudin, dia lahir bulan Feb. Bukannya bulan Ogos. DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 02:53, 23 Disember 2007 (UTC)
buat pengetahuan encik danial ashraf, rencana bapa kemerdekaan ini lebih sesuai diisi di bulan kemerdekaan (ogos)... tapi bulan februari sesuai gak.. namun demikian, pencalonan ini adalah untuk bulan januari bukannya februari(masa time gwa cancel..).. kalau bulan februari setuju lah.. fikir2 bulan ogos nanti sukan olimpik beijing plak... huhu..
IzZuDin

07:56, 23 Disember 2007 (UTC)


Silalah membuat pencalonan untuk bulan Januari 2008 dahulu.. Tun Dr. Mohd Izzudin 09:28, 5 Disember 2007 (UTC)
Look foward la.......Saya rasa kita patut buat rencana pilihan mingguan macam yg dikata-kata.....sekarang wikipedia Melayu dah onward.Andre Arthurdiskus 14:15, 5 Disember 2007 (UTC)
Tau takpe... →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:40, 9 Disember 2007 (UTC)
Saya rasa macam nak tarik balik kata-kata saya pasal banyak rencana pilihan yang tak dipilih pun.ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 07:28, 10 Disember 2007 (UTC)

[sunting] Linkin Park

Saya calonkan rencana Linkin Park sebagai rencana pilihan. Harap dikomentari. Saya juga bakal membuatkan templatnya. Tambahan: maaf kalau saya tidak lancar berbahasa Melayu. Saya lebih lancar berbahasa Indonesia. Terima kasih. --- cs n' d hdfw 12:38, 7 Disember 2007 (UTC)

  1. Setuju - Rencana yang boleh tahan la. Tapi, boleh dipertingkatkan lagi kualitinya. pmc 17:19, 7 Disember 2007 (UTC)
  2. Bantah - isinya saja tentang Linkin Park, berarti isinya harus lebih membahas tentang grup band, bukan album.. saray saya, paragraf pembuka membahas tentang siapa grup musik , darimana , siapa aja anggotanya (sedikit sejarah berdirinya) dan sedikit siapa saja pendukung (orang dibalik nama grup musik itu), struktur artikel harus diperbaiki (contoh (sejarah-anggota-mantan anggota-album) ReogWarrior | bicara 03:37, 9 Disember 2007 (UTC)
gunalah bahasa melayu, ini wikipedia bahasa melayu. saya susah nak faham bahasa indonesia nih. →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:42, 9 Disember 2007 (UTC)
Nak buat canner, bukannyer dier reti sangat.(Sronoknya bangkang orang,Hahaha)ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 04:37, 10 Disember 2007 (UTC)
Kalau tak tau sangat ape susah.. guna saja wikipedia indonesia yang sudah tersedia... inikan wikipedia bahasa melayu, tak tau bahasa melayu tak boleh lah.... (takde lah seronok mana membangkang nih.. dibangkang je sronok sikit) →Izzudin 14:34, 10 Disember 2007 (UTC)


Calonkanlah untuk bulan Januari dahulu..! Calon rencana pilihan bulan Januari cuma ada 2 saja.. 3 yang lain dah ditarik balik...... →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:51, 9 Disember 2007 (UTC)
Kali ni tak bangkang, saya rasa baik artikel pilihan bulan Feb. masuk ke pencalonan artikel pilihan bulan Jan.ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 04:40, 10 Disember 2007 (UTC)
Sepatutnya diharamkan untuk membuat pencalonan untuk bulan selain 1 bulan seterusnya. Maknanya, selagi artikel pilihan bulan Januari tidak dipilih lagi, selagi itu tak boleh buat pencalonan untuk bulan februari.. →Izzudin 14:39, 10 Disember 2007 (UTC)
Saya siap mengundurkan jadwal pencalonannya. Chocolate Starfish balas 08:41, 15 Disember 2007 (UTC)
SILA BINCANG MASALAH DI BAHAGIAN PERBINCANGAN!!! Che 08:41, 23 Disember 2007 (UTC)
oo... sori sori..
IzZuDin

09:00, 23 Disember 2007 (UTC)

Jangan marah. Sori.Putera 14:48, 23 Disember 2007 (UTC)

Sudah jadi rencana pilihankah Linkin Park? 222.124.31.20 11:41, 22 Februari 2008 (UTC) (Chocolate Starfish)

Tidak ...Aurora... 14:08, 25 Februari 2008 (UTC)

[sunting] Tahun Baru Cina

Saya hendak mencalonkan rencana Tahun Baru Cina sebagai rencana pilihan bulan Februari 2008 kerana selain perayaan ini tiba pada bulan itu kelak, saya mendapati rencana ini sudah agak padat dengan maklumat yang berkenaan dengan perayaan tersebut. Terima kasih Fanatix 08:22, 17 Januari 2008 (UTC)

  1. Setuju - Sangat setuju sesuai dengan bulan.di mana tahun baru cina berlangsung..Che 09:18, 17 Januari 2008 (UTC)
  2. Setuju - Sesuai sangat, memang tepat pada masanya. Hezery99 08:49, 20 Januari 2008 (UTC)
  3. Setuju ...Aurora... 15:18, 22 Januari 2008 (UTC)
  4. Setuju - Tiba masanya. pmc 14:01, 23 Januari 2008 (UTC)
  5. Setuju
~~PoLaR~~

07:26, 23 Januari 2008 (UTC)

  1. Setuju izzudin 11:27, 27 Januari 2008 (UTC)
  2. Setuju Amat setuju ReogWarrior | bicara 04:08, 31 Januari 2008 (UTC)

Rencana pilihan: Tahun Baru Cina. — Didie (bincang) 13:17, 1 Februari 2008 (UTC)

[sunting] Mac

[sunting] Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12

Rencana ini sangat bagus. Liputan penuh. Saya rasa kita sempat lagi memperkemaskannya sehingga bulan Mac nanti.—Aviator, 03:47, 8 Februari 2008 (UTC)

  1. Tak setuju Rencana ini memang bagus, tetapi saya rasa ia tidak begitu sesuai untuk dijadikan rencana pilihan. Rencana pilihan perlulah merupakan rencana mengenai isu yang lebih kukuh. Rencana yang dicalonkan ini tidak lengkap lagi, kerana perlu diubah dari semasa ke semasa mengikut senario terkini. Oleh itu, saya rasa rencan ini tidak cukup stabil untuk dijadikan rencana pilihan. Tengoklah rencana pilihan lain, semuanya lengkap dan mengenai isu yang lebih lama, supaya cukup masa untuk dikaji dari semua aspek dan dituliskan maklumat. -Yk Yk Yk 15:22, 11 Februari 2008 (UTC)
  2. Bantah - 'ketidakadaan' gambar menyebabkan rencana ini kurang menarik. izzudin 08:27, 13 Februari 2008 (UTC)
  3. Bantah - Maklumat mengenai keadaan semasa seperti pilihan raya adalah terlalu dinamik, maka tidak sesuai dijadikan rencana pilihan kerana maklumatnya boleh berubah-ubah. Hezery99 03:05, 15 Februari 2008 (UTC)
  4. Bantah'- Tak payah kot. Tak sesuai langsung. Sedikit sebanyak akan jadi Malay wikinews plak. PuteraLuqman Tunku Andre 04:55, 15 Februari 2008 (UTC)

[sunting] Cicak-Man

Takda rencana filem Melayu pernah dijadikan rencana pilihan sebelum ni kan? Apa kata sekarang? —izzudin 09:32, 8 Februari 2008 (UTC)

  1. Rencana ini baik. -Yk Yk Yk 15:23, 11 Februari 2008 (UTC)
  2. Tak setuju Rencana ini pendek. Maaf ye. — Imran Al-Sahih 15:26, 11 Februari 2008 (UTC)
  3. Bantah- Sumpah, langsung tak best. PuteraLuqman Tunku Andre 04:54, 15 Februari 2008 (UTC)
  4. Setuju OK jugak. Fanatix 09:58, 23 Februari 2008 (UTC)
  5. Setuju Paling bagus antara 3. ...Aurora... 14:52, 29 Februari 2008 (UTC)

[sunting] Donald Duck

Memang isi kandungannya sungguh menarik kerana ianya panjang dan ada rujukan. Betul tak? — Imran Al-Sahih 15:55, 11 Februari 2008 (UTC)

  1. Bantah - Pautan tak wujud (merah) teramat banyak, dan kerana rencana ini panjang, saya lihat 10 rujukan saja tak cukup. Kalau rencana sependek Duyung (filem) pun mempunyai 8 rujukan, rencana sepanjang ini perlu ada rujukan yang lebih. Tidak gitu? izzudin 08:25, 13 Februari 2008 (UTC)
  2. Bantah' Banyak sangat watak2 sampingan, dan ianya berwarna MERAH(tak wujud)! Reog juga pernah mempunyai fikrah seperti anda. Memanglah ia watak sampingan tapi ia menyakitkan mata jerk sbb kaler dier merah.huhu. PuteraLuqman Tunku Andre 04:53, 15 Februari 2008 (UTC)
  3. Bantah Bagi saya, masih kurang memuaskan. Rencana dia sendiri dah okey, tapi kalau nak calonkan lebih baik saudara kemaskinikan pendahuluannya dan birukan mana-mana pautan merah dalam wiki. Rujukannya saya tak kisah, kalau kita banyak sangat complain tentang rujukan, lebih baik perbaiki terlebih dahulu rencananya. Bukannya orang periksa sangatpun rujukan tu. - pmc 08:21, 29 Februari 2008 (UTC)
Macam mana nak tahu kesahihan rencana itu tanpa rujukan? Rujukanlah yang paling penting demi menentukan rencana pilihan. izzudin 14:44, 1 Mac 2008 (UTC)

Rencana pilihan: Cicak-Man. — Didie (bincang) 05:54, 1 Mac 2008 (UTC)

[sunting] April

[sunting] Final Fantasy VII

Saya mencalonkan rencana permainan video Final Fantasy VII sebagai rencana pilihan bulan April, 2008. Pencalonan ini saya lakukan bagi pihak Hazery99 yang telah bekerja bersama saya, menyusun dan mengemaskinikan kembali data-data dan sumber terkini judul Final Fantasy ini berdasarkan Wikipedia Bahasa Inggeris. Terima kasih saya ucapkan kepadanya. Disebabkan ini, terdapat beberapa pautan merah yang tidak sempat saya "birukan". Sebab-sebabnya akan saya catatkan kemudian.

Saya rasa kita patut lengkapkan pencalonan dengan sebab-sebab kita yang tertentu. Sebab-sebab saya calonkan rencana ini sebenarnya agak jelas, sila rujuk di bawah, saudara-saudari sekalian:

  • Final Fantasy VII merupakan di antara judul permainan video yang terkenal di dunia.
  • Tidak pernah dicalonkan lagi... meskipun sangat popular.
  • Rencana yang padat (meskipun tidak mempunyai pautan biru yang lengkap), terkini dan mempunyai rujukan.
  • Memenuhi kriteria-kriteria yang diletakkan pada kriteria untuk rencana pilihan.
  • Dikenali ramai. Mudah diperkenalkan.
  • Telahpun dijadikan Rencana Pilihan dalam edisi Wikipedia-wikipedia yang lain, termasuklah edisi Bahasa Inggeris (sila rujuk halamannya).
  • Kekerapan rencana pilihan dalam portal permainan video adalah rendah.

Saya rasa terdapat beberapa sebab lain namun saya dah terlupa...

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa rencana ini tidak mempunyai pautan biru (satu-satunya kelemahan rencana ini):

  • Saya tidak akan aktif dalam beberapa hari sahaja lagi (rujuk laman pengguna), dan tidak mempunyai masa menciptanya.
  • Hazery tidak lagi aktif menyunting rencana ini, lalu saya kurang bantuan menyunting.

Jikalau saudara-saudari sudi membantu, rencana ini adalah amat sesuai setelah selesainya pilihan raya yang mungkin sekali mengganggu aliran-aliran rencana dalam portal lain-lain (namun, saya lihat Rencana Pilihan bulan ini tiada kena-mengena dengan politik...).

Silalah memberi komen saudara-saudari tidak mengira pilihannya.

Dengan ini saya mengundur diri dahulu buat seketika. Sebabnya agak jelaslah... Saya akan kembali. Sekian. - pmc 20:49, 14 Mac 2008 (UTC)

  1. Setuju - Rencana Final Fantasy VII telah pun dipilih sebagai rencana pilihan bagi Wikipedia versi bahasa-bahasa lain terutamanya versi Bahasa Inggeris yang menjadi sumber utama rencana versi Bahasa Melayu ini berikutan maklumat yang menyeluruh serta rujukan yang banyak. Oleh itu tidak ada sebab kenapa rencana versi Bahasa Melayu tidak terpilih sebagai rencana pilihan sebagaimana versi bahasa lain, betul tak? (Kepada pmc: Maaflah sebab tak dapat bantu anda kebelakangan ini sebab saya sekarang sibuk dengan tugasan saya, harap kita dapat bekerjasama lagi ;) ) - Hezery99 06:25, 18 Mac 2008 (UTC)
Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com