CH-47 Chinook
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Helikopter CH-47 Chinook adalah sejenis helikopter pengangkut tentera yang boleh mengangkut muatan yang berat. Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika diarahkan menyerah kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ianya diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.
Sejak itu, helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan penting Tentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopter Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3 mesingan M-60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standard Divisyen Pertama Kavalri Udara.
[sunting] HH-47 Combat Search and Rescue (CSAR-X)
Pada 9 November 2006 Tentera Udara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa cadangan Boeing untuk membina helikopter HH-47 telah dipilih untuk memenuhi keperluan Mencari Dan Menyelamat Tempur (Combat Search and Rescue CSAR-X) perkhidmatan tersebut. Program CSAR ini melibatkan pembekalan 141 buah helikopter dengan 4 buah prototaip. Pengeluaran akan dipusatkan di Ridley Park, Pennsylvania yang juga menguruskan program MH-47G Pasukan Khas dan program CH-47F Chinook.