Chen Shui-bian
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Chen Shui-bian 陳水扁 |
|
|
|
---|---|
Masih berkhidmat | |
Memasuki pejabat 20 Mei, 2000 |
|
Naib Presiden | Annette Lu |
Didahului oleh | Lee Teng-hui |
Datuk Bandar Taipei
|
|
Dalam pejabat 25 Disember, 1994 – 25 Disember, 1998 |
|
Didahului oleh | Huang Ta-chou |
Digantikan oleh | Ma Ying-jeou |
|
|
Lahir | 12 Oktober 1950 (umur 57) Guantian, Tainan, Taiwan |
Warganegara | Templat:ROC |
Parti politik | Templat:DPP |
Pasangan | Wu Shu-chen |
Chen Shui-bian (Cina Tradisional: 陳水扁; pinyin: Chén Shuǐbiǎn, POJ: Tân Chúi-píⁿ), lahir 12 Oktober 1950) ialah ahli politik Taiwan yang memegang jawatan Presiden Republik China sejak 20 Mei 2000. Beliau dikenali dengan nama gelaran Ah-Bian (阿扁; Ābiǎn; bahasa Taiwan: 阿扁仔 A-píⁿkiáⁿ).
Chen, yang Parti Progresif Demokratiknya (DPP) kuat menyokong kemerdekaan Taiwan, menyandang jawatan pada tahun 2000, lalu menamatkan lima puluh tahun perintah Kuomintang di Taiwan. Sungguhpun mengawal pendiriannya dan menunjukkan gamatan perdamaian, Chen masih amat berbelah-bagi bagi pendiriannya untuk kemerdekaan Taiwan.
Pada 3 November 2006, isteri beliau dan tiga orang pegawai berpangkat tinggi di bawah Jabatan Presiden telah dituduh atas perbuatan rasuah kerana menggelapkan dana kerajaan berjumlah NTD14.8 juta (kira kira AS$460,000) melalui dokumen palsu.[1]