Chibi Maruko-chan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Chibi Maruko-chan | |
ちびまる子ちゃん (Chibi Maruko-chan) | |
Genre | Shōjo |
Manga | |
---|---|
Dikarang oleh | Momoko Sakura |
Penerbit | Shueisha |
Disirikan dalam | Ribon |
Siaran asal | Ogos 1986 – Jun 1996 |
Bilangan jilid | |
Anime TV | |
Diarah oleh | Yumiko Suda Tsutomu Shibayama |
Studio | Nippon Animation |
Rangkaian | Fuji Television NTV7 |
Siaran pertama | 1 Julai 1990 – 27 September 1992 |
Bilangan episod | 142 |
Anime TV: Chibi Maruko-chan TV 2 | |
Diarah oleh | |
Studio | Nippon Animation |
Rangkaian | Fuji TV |
Siaran pertama | 9 Januari 2005 – 26 Februari 2006 |
Bilangan episod | 88 |
Chibi Maruko-chan ataupun Maruko Kecil (Bahasa Jepun: ちびまる子ちゃん) adalah satu manga oleh Momoko Sakura yang amat terkenal dengan rancangan televisyennya. Rancangan anime televisyen terhasil daripada manga tersebut. Ia telah disiarkan secara original oleh Fuji Television dari tahun 1990 sehinggalah 1992.
Siri animasi ini telah lama disiarkan di Malaysia melalui saluran NTV 7 pada setiap Sabtu jam 11:30 pagi. Sebelum ini, ia pernah disiarkan di 8TV pada tahun 2004 tetapi ia adalah di dalam alih bahasa Bahasa Mandarin dengan sarikata Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pada pertengahan 2005, rancangan ini telah diterjemaah ke dalam Bahasa Melayu di NTV 7 sehingga awal 2006 dan sejak 24 Mac 2006 hingga Julai 2007.
Senarai kandungan |
[sunting] Sinopsis
Ia memaparkan tentang kehidupan seorang budak perempuan kecil yang telah diberikan gelaran Maruko di sesebuah tempat di pinggir kota pada lewat 70-an Jepun. Pada asalnya, satu siri shōjo manga telah dibuat untuk merayu tentang memori kehidupan kanak-kanak wanita muda. Ia telah menemui penonton yang banyak di antara kanak-kanak yang tahu tentang heroin muda ini. Siri Chibi Maruko-chan ini telah membuat pelbagai permainan video, filem animasi, dan banyak produk-produk juga telah dikenalkan, termasuk musim kedua siri TV yang berjalan sejak tahun 1995 sehinggalah sekarang. Stail Maruko dan temanya sesekali telah dibandingkan dengan komik klasik Sazae-san.
[sunting] Watak-watak
Watak utama, Maruko, adalah seorang budak yang berumur sembilan tahun, yang berada di darjah tiga. Dia malas, tidak teratur dan selalu lewat ke sekolah yang berlawan dengan kakaknya yang bersih dan teratur yang mesti berkongsi biliknya dengan Maruko. Maruko, seperti banyak budak lain, telah mencuba untuk mengelakkannya daripada kerja sekolah dan kerja rumah telah mengambil kesempatan oleh datuknya dan selalu bertengkar dengan kakaknya untuk perkara kecil. Namun begitu, dia adalah seorang budak yang mudah memahami dan banyak mencuba untuk berbuat baik.
Nama sebenarnya adalah Momoko Sakura (さくらももこ Sakura Momoko), sama seperti nama pen oleh pembuatnya Miki Miura 三浦 美紀 (yang mengunakkan masa kanak-kanaknya sebagai inspirasi). Nama samarannya "Maruko" telah dibuat oleh marui ("bulat", disebabkan oleh mukanya yang bulat) dan -ko (budak perempuan); dan prifix chibi dan sufix -chan juga boleh diggunakan untuk merujuk kepada anak comel.
Watak-watak yang lain termasuk teman sekelas Maruko dan kawan baiknya Tama-chan. Satu watak yang digemari oleh peminat Chibi Maruko-chan ialah datuk Maruko yang ikhlas tetapi pelupa. Jahil dan mudah ditipu, dia menyimpan seekor kura-kura dan suka menonton televisyen bersama dengan Maruko. Apabila berasa tertekan ataupun nostalgik, secara spontan, dia akan berundur ke dunia surreal bersifat dalaman untuk membaikkan haiku yang sedih tetapi lucu tentang mindanya.
[sunting] Filem-filem
[sunting] Permainan Video
(Dikeluarkan di Jepun sahaja)
- Chibi Maruko Chan: Okozukai Daisakusen (Game Boy, 1990)
- Chibi Maruko Chan 4: Korega Nihon Dayo Ouji Sama (Game Boy, 1992)
- Chibi Maruko-Chan (TurboGrafx 16, 1992)
- Chibi Maruko-Chan: Waku Waku Shopping (Sega Mega Drive, 1992)
- Chibi Maruko Chan: Maruko Deluxe Quiz (Game Boy/Neo-Geo, 1995)
- Chibi Maruko-Chan: Mezase! Minami no Island (Super Famicom)
[sunting] Pautan luar
- Laman Web Rasmi Fuji TV (Bahasa Jepun sahaja)
- Laman Web Rasmi Nippon Animation (Bahasa Jepun sahaja)
- Maruko di Anime News Network
- Maruko di animenfo.com
- Versi 2006 Fuji TV (Bahasa Jepun sahaja)