Diari Romeo
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Diari Romeo | |
---|---|
Pengarah | Zulkeflie M. Osman |
Penerbit | Gayatri Su-Lin Pillai |
Pengarang | Aziz M. Osman |
Lakonan | Achik (Spin) Zach (X-Factor) Sharifah Nadia |
Edaran | Tayangan Unggul Sdn Bhd |
Mula tayangan | 28 Ogos 2003 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rujukan filemkita |
Filem Diari Romeo mula ditayangkan pada 28 Ogos 2003. Filem arahan Zulkeflie M. Osman ini dilakon oleh Achik (Spin), Zach (X-Factor), Sharifah Nadia, dan ramai lagi.
Senarai kandungan |
[sunting] Sinopsis
Dani merupakan seorang remaja yang tidak berkeyakinan diri. Dani boleh disifatkan sebagai 'anak emak' yang tidak boleh berdikari mengurus hal sendiri. Dani seorang pemuda yang baik tetapi naif dan lurus orangnya namun menyimpan hasrat untuk menjadi seorang remaja lelaki yang hebat bergaya dan bebas pergaulan. Kehidupannya dipenuhi dengan permasalahan peribadi berkenaan bagaimana untuk mengubah sikap dan penampilannya. Dani menyimpan hasrat untuk memiliki teman wanita di kolej tempatnya belajar. Namun, Dani gagal lantaran sifat dan penampilan yang janggal dalam pergaulan. Sementara itu ayahnya, Jay pula tidak banyak membantu. Jay pula adalah jenis lelaki yang takutkan isteri dan tidak berpendirian. Kehidupan seharian Jay dan Dani semuanya ditentukan oleh Munah, isteri Jay. Perwatakan Jay yang takutkan isteri di rumah begitu berbeza tatkala berada di luar. Jay kelihatannya nampak hebat bergaya dan pandai memikat gadis-gadis yang ditemui. Dani ternampak akan sikap dan perwatakan ayahnya Jay yang mudah memikat perempuan pada suatu hari ketika berhenti mengisi minyak. Dani tertarik melihat kehebatan ayahnya lalu meminta diajar untuk menjadi lelaki 'macho'. Jay tidak melayan permintaan Dani, bimbangkan tindakan isterinya, Munah. Dani berterusan ditinggalkan keseorangan di rumah.
[sunting] Pelakon
- Achik
- Zach
- Sharifah Nadia
- Fendi
- Masnaida
- Sharifah Aleya
- M. Rajoli
- Sheila Mambo
- Jalaluddin Hassan
- Aida Rahim
- Zami Ismail
[sunting] Pengarah
- Zulkeflie M. Osman
[sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Pelakon Harapan Lelaki - Achik Spin