Gecko (enjin susun atur)
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gecko | |
Penyenggara: | Yayasan Mozilla / Perbadanan Mozilla |
---|---|
Keluaran terkini: | 1.8.1.11 / 30 November 2007 |
Keluaran paparan: | 1.9 beta 2 / 18 Disember 2007 |
OS: | Pelantar silang |
Kegunaan: | Enjin susun atur |
Lesen: | Tri-lesen Mozilla |
Laman web: | http://www.mozilla.org/newlayout/ |
Gecko merupakan enjin susun atur pelayar web bebas dan terbuka yang digunakan dalam semua perisian berjenama Mozilla dan terbitannya termasuklah keluaran Netscape yang terkemudian (telah dihentikan). Ditulis dalam C++ dan dilesenkan di bawah tri-lesen MPL/GPL/LGPL, Gecko dirangka untuk menyokong piawaian Internet terbuka. Asalnya dicipta oleh Netscape Communications Corporation, pembangunannya kini diselia oleh Yayasan Mozilla.
Gecko menawarkan banyak pengaturcaraan API yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai fungsi dalam penggunaan Internet seperti pelayar web, penyampaian kandungan dan pelanggan/pelayan[1]. Ia terutamanya digunakan oleh derivatif pelayar Mozilla, seperti Firefox, Camino, Flock, SeaMonkey, K-Meleon dan Netscape, untuk memaparkan tapak web dan, dalam sesetengah kes, antara muka pengguna penggunaan yang ditulis dalam XUL. Gecko bersifat pelantar silang dan boleh digunakan pada beberapa sistem pengendalian berlainan, termasuklah Microsoft Windows, BSD, Linux dan Mac OS X.
Gecko ialah enjin susun atur yang kedua paling popular di Web, selepas Trident (digunakan oleh Internet Explorer untuk Windows sejak versi 4), dan diikuti oleh WebCore (digunakan oleh Safari) dan Presto (digunakan oleh Opera).