Gordon Brown
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gordon Brown | |
|
|
---|---|
Masih berkhidmat | |
Memasuki pejabat 27 Jun 2007 |
|
Didahului oleh | Tony Blair |
Kawasan | Kirkcaldy dan Cowdenbeath |
|
|
Lahir | 20 Februari 1951 Glasgow, Scotland |
Parti politik | Parti Buruh |
Pasangan | Sarah Macaulay |
Agama | Kristian (Gereja Scotland) |
James Gordon Brown merupakan Perdana Menteri ke-52 dan terkini United Kingdom, Menteri Perkhidmatan Awam, Ahli Parlimen Kirkcaldy dan Cowdenbeath serta ketua Parti Buruh UK.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, Brown menyandang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun (2 Mei 1997 hingga 27 Jun 2007), iaitu tempoh yang paling lama sejak Nicholas Vansittart (1812 hingga 1823).
[sunting] Pemilihan ke Parlimen dan barisan Pembangkang
Gordon Brown diundi sebagai Ahli Parlimen Parti Buruh Dunfermline Timur pada 1983 dan menjadi jurucakap parti pembangkang bagi Perdagangan dan Industri pada 1985. Pada 1986, Brown menulis biografi ahli politik dari Parti Buruh Bebas (Independent Labour Party) James Meaxton sebagai tesis Ph.D.nya. Brown menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bayangan dari 1987 hingga 1989 dan Setiasuaha Perdagangan dan Industri Bayangan sebelum menjadi Canselor Kewangan Bayangan pada 1992.
Selepas kematian ketua Parti Buruh John Smith pada 1994, Brown dijangka oleh ramai akan mengambil alih jawatan itu. Namun, Brown dikatakan telah membuat perjanjian rahsia engan Tony Blair di sebuah restoran di Islington, London. Blair menjanji akan memberi kebebasan kepada Brown mengawal dasar ekonomi Britain jika Brown tidak bersaing dengannya dalam pemilihan ketua Parti Buruh 1994. Sejak perjanjian itu, Blair dan Brown telah mengamalkan kerjasama yang rapat hinggalah 2007 walaupun dikatakan sering bertelingkah di belakang mata awam.
[sunting] Canselor Kewangan
Kemenangan Parti Buruh dalam pilihanraya 1997 telah membawa kepada pelantikan Brown sebagai Canselor (Menteri) Kewangan Britain di bawah Perdana Menteri Blair. Tempoh perkhidmatannya yang panjang telah melihat pertumbuhan ekonomi yang bertahan yang paling lama dalam sejarah United Kingdom.
[sunting] Perdana Menteri
Pada 27 Jun 2007, Blair meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 10 tahun memimpin Britain. Beliau digantikan oleh Gordon Brown.