Ion
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah mengenai zarah bercas. Untuk kegunaan lain, sila lihat Ion (nyahkekaburan).
Satu ion adalah satu atom, kumpulan atom, atau zarah subatomik dengan satu jumlah cas eletrik. Ion yang paling mudah adalah elektron (cas negatif tunggal, e−), proton (satu ion hidrogen, H+, cas positif), dan zarah alpha (ion helium, He2+, mengandungi dua proton dan dua neutron).
Satu ion bercas negatif, yang mempunyai lebih elektron dalam petala elektron daripada jumlah proton dalam nucleus, dikenali sebagai anion, kerana ia tertarik ke anod; manakala satu ion bercas positif, yang mempunyai kurang elektron berbanding proton, dikenali sebagai kation, kerana ia tertarik kepada katod. Satu poliatom anion yang mengandungi oksigen kadangkala dikenali sebagai oksianion.
Ion-ion ditandakan sama seperti mana atom neutral dan molekul bertindak secara elektrik kecuali bagi kehadiran satu 'superscript' yang menunjukkan tandaan sejumlah cas elektrik dan bilangan elektron lebih daripada satu. Sebagai contoh: H+, SO42−. Satu cara lain untuk menunjukkan cas ini adalah seperti begini: SO4-2.
|
|
Senarai kandungan |
[sunting] Keupayaan pengionan
[sunting] Pembentukan poliatom dan ion-ion molekul
[sunting] Ion-ion lain
.
[sunting] Sejarah
[sunting] Etimologi
Ion merupakan suatu nama yang telah diberikan oleh Michael Faraday yang berasal dari perkataan Yunani ἰόν,yang merupakan sebahagian daripada perkataan ἰέναι, iaitu "hendak bergerak", atau έἰμι, iaitu "saya bergerak" maka menjadikannya sesuatu "yang bergerak". Oleh itu, anion, ἀνιόν adalah "pergerakan ke atas" dan kation, κατιόν adalah "pergerakan ke bawah". Secara tidak langsung, anod, ἄνοδος dan katod, κάθοδος adalah "jalan yang ke atas atau ke bawah" yang berkaitan dengan perkataan ὁδός, yang membawa maksud "jalan"