Jambatan Pulau Pinang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
[sunting] Spesifikasi Jambatan
- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
- Laluan: 4 Laluan (6 laluan masa hadapan)
- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
- Gantungan utama: 225 Meter
- Gantungan hujung: 107.5 Meter
- Gantungan lain: 40 Meter
- Had laju: 80 km/j
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- Gambar satelit Google.
- (Melayu) Jambatan Pulau Pinang
- (Inggeris) Penang Bridge
Rangkaian Lebuhraya Malaysia | ||
---|---|---|
Antara negeri | E 1 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang)• E 2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan • E 6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah • E 8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak • E 8 Lebuhraya Pantai Timur • E 15 Lebuhraya Butterworth-Kulim • E 21 Lebuhraya Kajang-Seremban • E 28 Lebuhraya Pantai Barat | |
Utara | E 17 Jalan Lingkaran Luar Butterworth • E 19 Lebuhraya Ipoh-Lumut • E 24 Jambatan Kedua Pulau Pinang • E 36 Jambatan Pulau Pinang • E -- Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang | |
Lembah Klang | E 5 Lebuhraya Shah Alam • E 7 Lebuhraya Cheras-Kajang • E 9 Lebuhraya Sungai Besi • E 10 Lebuhraya Pantai Baru • E 11 Lebuhraya Damansara-Puchong • E 12 Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur • E 16 Lebuhraya Duta-Ulu Klang • E 18 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang • E 20 Lebuhraya Khusus KL-KLIA • E 21 Lebuh raya Kajang Seremban • E 23 Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat • E 25 Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba Templer • E 26 Lebuhraya Selatan Lembah Klang • E 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson • E 30 Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru • E 35 Lebuhraya Koridor Guthrie • E 37 Lebuhraya Salak/Hubungan Timur-Barat dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban • E 38 Terowong SMART | |
Selatan | E 3 Laluan Kedua Malaysia-Singapura • E 14 Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur • E -- Lebuhraya Senai-Desaru |