Kriket Twenty20 Dunia 2007
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kejohanan Kriket Twenty20 Dunia 2007 atau ICC World Twenty20 telah diadakan di Afrika Selatan dari 11 September 2007 - 24 September 2007 dan dimenangi oleh pasukan kriket kebangsaan India . India menewaskan Pakistan pada hari terakhir kejohanan ini.
Kejohanan 13 hari ini disertai oleh 10 negara terbaik dan tambahan negara Kenya dan Scotland yang menerima taraf kelayakan kelas pertama.
Kejohanan telah diadakan di 3 tempat iaitu :
- Newlands Cricket Ground, Cape Town
- Sahara Stadium Kingsmead, Durban
- Wanderers Stadium, Johannesburg