ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Motivasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Motivasi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.

Teori-teori motivasi dapat dibahagi kepada tiga kategori, iaitu:

  • Teori isian (kepuasan hati)
  • Teori proses
  • Teori pengukuhan (Teori penyokongan)

Tiga teori, iaitu teori persamaan, teori jangkaan, dan teori pembentukan matlamat termasuk dalam teori proses.

Secara keseluruhannya, teori ini menjelaskan sebab-sebab seorang individu memilih sesuatu kelakuan. Dua teori proses yang sering diperkatakan ialah:

  • Teori pengharapan (Teori jangkaan); dan
  • Teori ekuiti.


Senarai kandungan

[sunting] Teori pembentukan matlamat

Teori pembentukan matlamat (Goal-setting theory) merujuk kepada pengesahan terhadap sesuatu matlamat. Setiap orang mempunyai matlamat dalam hidupnya. Matlamat merupakan sumber motivasi yang penting. Teori ini memberi kejelasan matlamat dengan lebih khusus yang digariskan oleh pihak pentadbir dan pembentukan matlamat oleh individu itu sendiri.

Contohnya, seorang pengetua membentuk matlamat untuk mencapai prestasi sebanyak 2% dalam peperiksaan PMR. Matlamat yang perlu dicapai oleh guru-guru adalah jelas dan dirasakan logik untuk dicapai. Contoh lain, Cikgu Rahmad akan mengajar lebih tekun supaya akhirnya, dia diberi anugerah "Guru Cemerlang" dan diberi kenaikan pangkat menjadi Ketua Bidang, Guru Hal Ehwal Murid, dan sebagainya oleh pengetua.

Persoalan yang timbul ialah :

  • Apakah perlu seseorang guru itu menetapkan matlamatnya.
  • Adakah cukupnya sekadar bekerjasama dengan pihak atasan (pengetua) untuk menetapkan matlamatnya.

Dalam beberapa kes, penetapan matlamat secara penyertaan bersama menghasilkan pencapaian yang baik. Dalam beberapa kes yang lain, seseorang guru hanya akan menunjukkan prestasi yang baik apabila matlamatnya ditetapkan oleh pengetua mereka.

[sunting] Teori jangkaan

Teori jangkaan menumpukan pemilihan kelakuan yang akan membawa kepada ganjaran atau upah yang hendak dicita-citakan. Dalam teori ini, individu-individu akan menilai strategi-strategi tertentu seperti bekerja keras dan berusaha lebih dan akan memilih kelakuan yang diharapkan mendapat ganjaran seperti kenaikan gaji atau penghargaan yang bernilai bagi individu itu.

Contohnya, apabila seseorang guru yang bekerja kuat akan mendapat gaji yang lebih (melalui SSB menegak), maka teori ini meramalkan bahawa guru itu akan bekerja keras untuk mendapatkannya (kelakuan yang bermotivasi). Sekiranya individu itu merasakan keputusan atau hasil tindakan itu penting bagi dirinya, maka kebarangkalian untuk mencapai hasil atau keputusan tersebut adalah tinggi. Sekiranya pencapaian disusuli pula dengan ganjaran atau penghargaan, maka individu itu akan lebih berusaha untuk mencapai keputusan tersebut.

Prestasi = f(keupayaan x motivasi)

Dalam keadaan yang lain, apabila peranan seseorang itu berubah, maka jangkaan daripada orang ramai terhadap orang itu juga akan berubah. Begitu juga dengan jangkaan daripada orang itu sendiri.

Dulu si Ahmad seorang guru siswazah, sekarang menyandang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Maka perubahan peranan ini menimbulkan perubahan dari segi jangkaan si Ahmad sendiri sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terhadap guru-guru lain, orang ramai dan pelajar- pelajar di sekolahnya.

[sunting] Teori persamaan

Teori persamaan disebut juga sebagai "teori ekuiti". Seseorang guru itu akan membuat perbandingan di antara input-output kerjanya dengan input-output rakan sekerjanya. Sekiranya seseorang itu menganggap ketidakseimbangan atau ketidakadilan wujud di antara ganjaran atau penghargaan dengan usaha yang dilakukan, maka guru itu akan cuba mengurangkan usahanya.

Antara input kerja yang terlibat ialah usaha, kemahiran, pelajaran dan prestasi yang dibawa ke dalam kerja. Hasil atau keputusan usaha meliputi aspek gaji, kenaikan pangkat, penghargaan, pencapaian, dan darjat.

Antara cara yang dilakukan untuk mencapai keseimbangan atau ketidakseimbangan itu, ialah:

  • Sekiranya seseorang itu mendapati dirinya tidak menerima ganjaran yang seimbang dengan tugas yang dilakukan, maka individu itu akan cuba :
    • meminta perubahan gaji
    • meminta elaun sara hidup
    • kadar bayaran yang lebih
  • Cara yang negatif pula ialah:
    • Dia akan mengurangkan daya pengeluaran. Sebelum penilaian, guru tersebut rajin membuat alat bantu mengajar, tetapi kini tidak lagi. Jadi penilaian yang dibuat telah menurunkan prestasi seseorang.
    • menambahkan masa rehat: Sebelum ini, selalu pulang lewat ke rumah, sekarang pulang lebih awal. Mungkin juga pada waktu tidak mengajar digunakan untuk membaca surat khabar dan tidak menyemak buku latihan pelajar.
    • Mengubah input-output supaya orang lain turut mengubah input-output mereka. Rakan–rakan guru tadi akan dipujuk dan dipengaruhi untuk mengikut cara yang dilakukannya. Pelbagai alasan yang diberi bagi menghasut orang lain menuruti caranya. Contohnya,
      • kerja rajin, bukan dapat beras;
      • buat kerja tambahan, gaji banyak itu juga;
      • lebih baik mengajar di kelas tuisyen daripada kelas tambahan di sekolah;
      • mencari dan memilih rujukan perbandingan yang lain bagi mendapat persamaan.
Sebelum ini guru A membandingkan dirinya dengan guru B kerana mereka keluar dari universiti yang sama, umur lebih kurang sama dan dari daerah yang sama. Apabila Guru B dinaikkan pangkat atau dianugerah prestasi melintang atau menegak, guru A akan mencari guru lain sebagai model bandingan.
  • Meninggalkan bidang tersebut, agar ia tidak berasa tidak seimbang lagi. Kemungkinan guru akan minta bertukar sekolah atau terus berhenti. Pada satu masa, semua guru boleh bersara pada umur 40 tahun. Tetapi kemudian sekatan dilakukan , guru-guru tidak dibenarkan bersara awal kerana bilangan yang ingin bersara terlampau tinggi, sedangkan untuk mencari pengganti cukup sukar dan mengambil masa yang lama.

Dengan berbuat perkara-perkara di atas, guru tadi dapat mengimbangkan di antara ganjaran dengan usaha atau input kerja.

[sunting] Pengetua dan motivasi guru

Apakah nilai praktikal teori-teori kepada pengetua :

  • Teori Pembentukan Matlamat menjelaskan kepada seseorang pengetua  :
    • Setiap aktiviti atau perkara mestilah jelas matlamatnya . Matlamat yang hendak dicapai itu hendaklah disegarkan setiap masa dan ketika. Sesekali pengetua haruslah menyoal kembali apakah matlamat guru ketika bertugas mengajar di dalam kelas dan di luar kelas.
    • Matlamat yang hendak dicapai mestilah telah dibincangkan secara bersama , diberikan hujah-hujah yang bernas, logik , relevan , sesuai dan boleh dicapai. Matlamat dikupas kembali dari semasa ke semasa dan menyelidik apakah halangan-halangan untuk mencapai matlamat. Jika matlamat yang hendak dicapai terlalu sukar, semangat guru akan patah di tengah jalan dan enggan memberi kerjasama pada lain masa.
    • Pada ketika-ketika tertentu, adalah lebih baik matlamat yang hendak dicapai itu ditetapkan oleh sang pengetua. Pengetua ibarat orang yang paling bijak dan serba tahu dan mendapat hidayah daripada Ilahi. Orang bawahan akan mengikut sahaja tanpa banyak soal.
    • Kejayaan sesuatu perancangan selalunya datang daripada pihak atas, iaitu orang yang menetapkan matlamat. Tetapi hakikatnya kejayaan mencapai matlamat itu ditentukan dari peringkat bawahan. Seringkali terjadi penghargaan hanya diberikan kepada pengetua sahaja atau kepada ketua sahaja. Sedangkan kejayaan tidak akan berjaya tanpa adanya usaha daripada peringkat bawahan.
  • Teori jangkaan menjelaskan kepada seseorang pengetua beberapa persoalan iaitu :
    • Mengapa sesetengah orang tidak bekerja keras sebagaimana sepatutnya apabila gaji mereka sampai ke puncak terutama setelah senioriti. Ini adalah kerana mereka akan dibayar gaji yang sama, sama ada mereka bekerja keras atau bekerja ala kadar sahaja. Tidak ada insentif kewangan sekiranya mereka bekerja keras.
    • Adakah majikan sanggup bayar gaji lebih jika saya bekerja lebih masa. Jawapan kepada soalan ini ialah tidak, untuk kakitangan kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan biasanya tetap dan sukar untuk diubah.
  • Teori keadilan menimbulkan persoalan :
  • Teori ini menjurus kepada perbandingan sosial, bukan perbandingan secara ilmiah atau perimeter numerik.
  • Teori ini menjurus kepada sejauhmana adilnya seseorang pengetua .
  • Lazimnya, orang yang dibandingkan adalah rakan yang paling hampir. Oleh itu pengetua harus memerhatikan rakan akrab kepada seseorang guru.
  • Guru sebagai orang bawahan menjadi hakim kepada dirinya . Dia menjadi hakim hanya dengan bantuan emosi dan dari pandangan kaca mata kasar. Sedangkan pengetua yang menjadi penilai prestasi ada kayuukur yang lain (mungkin ya mungkin tidak. Andaian ialah pengetua ialah seorang yang serba tahu dan adil).
  • Penghakiman berdasarkan agakan. Parameter yang digunakan tidak jelas. Seringkali guru tadi tidak hendak bertanya mengapa ketidakadilan berlaku. Markah sebenar boleh diberi jika diminta, tetapi guru-guru jarang berbuat demikian.
  • Sering berlaku pemberontakan secara dalaman, sampai pada satu ketika ia akan meletup. Cara letupan ini mungkin melalui surat layang atau serangan fizikal.

Secara umumnya guru-guru akan membandingkan:

  • Gaji guru bukan siswazah dengan gaji jururawat. Pada masa ini gaji jururawat lebih tinggi daripada gaji guru. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan guru bukan siswazah.
  • Perbandingan gaji guru bukan siswazah dengan guru siswazah. Guru siswazah dan bukan siswazah mengajar Matematik di tingkatan yang sama tetapi perbezaan gaji amat jauh. Tentulah motivasi akan menurun.
  • Guru bukan siswazah cenderung menjalankan aktiviti ko-kurikulum berbanding dengan guru siswazah. Guru siswazah biasanya menjalankan aktiviti ko-kurikulum secara ala kadar sahaja. Mereka mungkin lebih menumpukan kepada akademik.
  • Guru bukan siswazah juga tidak berkira sangat dengan elaun perjalanan, elaun pengadil, ganjaran sebagai sebagai jurulatih dan sebagainya. Sebaliknya berlaku kepada guru siswazah.
  • Perbandingan gaji antara guru lelaki dan guru perempuan. Sering berlaku guru perempuan diberi tugas kerja-kerja yang melibatkan fail, rekod-rekod atau kerja bertulis. Sementara guru lelaki diberikan tugas luaran seperti menghantar pelajar ke pertandingan sukan, mengiringi pelajar ke perkhemahan dan sebagainya. Apabila guru lelaki setuju pergi, mereka dituduh buat kerja senang, tidak bernilai dan berseronok ketika di tapak pertandingan atau di tapak perkhemahan.

Contoh yang lain ialah guru lelaki diberikan tugas sebagai guru siaraya. Sementara guru perempuan diberi tugas sebagai bendahari PIBG atau bendahari koperasi. Apa yang berlaku ialah guru yang menyandang jawatan bendahari mendapat SSB menegak.

[sunting] Cara meningkatkan motivasi guru

  • Kemudahan di bawah SSB diperbaiki. Contohnya perubatan
  • Pelaksanaan Sistem Gaji Matriks
  • Cara penilaian prestasi guru
  • Elaun EKA ditambah
  • Sistem permohonan pinjaman kereta bagi guru dipermudahkan lagi.
  • Sistem pinjaman perumahan
  • Kuarter untuk guru
  • Sistem pinjaman komputer
  • Kelas pembelajaran komputer di sekolah
  • Elaun perpindahan dan pertukaran
  • Pinjaman/biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana.
  • Kemudahan alat tulis diberi kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang kerani dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru yang sering menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak ada komputer, tidak ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin.
  • Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru menggunakan wang sendiri untuk membuat alat bantu mengajar.
  • Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi seperti kerusi murid . Sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk.
  • Kursus atau mesyuarat yang melibatkan guru hanya di sekolah sahaja tanpa alat hawa dingin. Sedangkan pegawai di Jabatan, Kementerian atau di PPD bermesyuarat di sebuah hotel di pulau Langkawi pula.
  • Perjalanan kewangan persatuan seperti PSKPP mestilah lebih telus dan mestilah ada kepercayaan wang persatuan tidak disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu biasanya akaun pengeluaran memerlukan dua atau lebih penanda tangan pada satu masa.

[sunting] Peranan pengetua

  • Rekabentuk kerja yang menitikberatkan kandungan, fungsi dan hubungan kerja ke arah mencapai tujuan sekolah dan kepuasan bekerja di kalangan guru.
  • Pusingan kerja pula melibatkan perpindahan guru-guru ke sekolah lain atau diberi tugas-tugas yang berlainan. Tujuannya supaya hilang rasa bosan, jemu dan benci terhadap pekerjaan.
  • Perkayaan kerja iaitu menyediakan kerja yang pelbagai, memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada guru-guru untuk menjalankan tugas sehingga selesai. Cohtohnya, guru A diberikan tugas menjayakan aktiviti Hari Gerko di sekolah. Panduan dan bimbingan hanya diberikan secara minimum sahaja.
  • Tanggungjawab guru ditambah dengan sedikit sahaja kawalan. Penyeliaan dan pencerapan tidak diperlukan atau dikurangkan. Kreativiti guru akan meningkat jika tanpa kawalan. Kawalan yang terlalu ketat akan melumpuhkan kreativiti. Di dalam kelas misalnya, guru-guru dapat memikirkan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang sesuai. Kepercayaan mestilah diberikan kepada guru untuk membuktikan guru adalah kerjaya profesional.
  • Membuat keputusan tidak lagi di tangan pengetua sahaja. Kepuasan akan tercapai jika diberi peluang membuat keputusan yang penting dan bersedia menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
  • Prestasi kerja hendaklah dimaklumkan kepada guru, sama ada prestasi itu baik atau buruk. Guru –guru akan memperbaiki prestasi pada masa akan datang jika laporan prestasi dibuat secara telus dan adil.

[sunting] Implikasi strategi motivasi

  • Pelaksanaan ganjaran yang realistik akan meningkatkan motivasi pelajar. Pelajar akan berusaha meningkatkan minat dan ingin belajar. Para pelajar akan lebih ceria. Kemungkinan prestasi peperiksaan PMR dan SPM meningkat adalah cukup besar.
  • Kos pendidikan yang sedia besar akan terus meningkat. Ini tentu akan membebankan kerajaan. Kementerian Pendidikan sendiri ada cadangan untuk menswastakan beberapa buah sekolah. Universiti pula telah dikorporatkan.
  • Sebenarnya tidak semua faktor motivasi berpunca daripada luaran. Motivasi yang lebih kekal dan tekal adalah dari dalam diri individu itu sendiri.

[sunting] Analisis teori

Tiga teori yang bermula dari satu titik iaitu keinginan guru. Dalam rangka keseluruhan, Teori Pembentukan Matlamat berada di tempat pertama, diikuti oleh Teori Jangkaan dan seterusnya Teori Persamaan.

Pembentukan matlamat dipengaruhi oleh kesukaran matlamat, pengkhususan matlamat, komitmen matlamat dan matlamat yang diterima. Empat faktor tadi sangat membantu dalam pembentukan matlamat. Jika sesuatu matlamat dirasakan sukar untuk dicapai, maka ia akan menjejaskan motivasi seseorang guru.

Begitu juga dengan pengkhususan matlamat di sekolah. Pengkhususan matlamat ini bermaksud matlamat yang ditetapkan lebih detail, jelas dan berkaitan dengan situasi di sekolah. Sekiranya matlamat dinyatakan secara jelas dan terang, kemungkinan matlamat itu tercapai adalah besar.

Matlamat sahaja tidak cukup untuk membentuk kejayaan. Proses pelaksanaan juga akan mempengaruhi kejayaan. Kadang kala matlamat yang jelas akan terganggu di tengah jalan kerana kelemahan individu.

Di tengah jalan akan ada jangkaan dalam fikiran. Jangkaan-jangkaan ini bergelora dalam fikiran seseorang guru. Sumbangan kepada pelaksanaan jangkaan ini dipengaruhi oleh dua pihak. Pengalaman lalu iaitu pengalaman kepada rasa puas hati dan rasa diterima akan meningkatkan dorongan bekerja lebih kuat.

Sebaliknya jika pengalaman masa lalu cenderung kepada rasa kecewa dan penerimaan yang rendah , maka kepercayaan kepada jangkaan akan berkurang. Pada tahap ini, guru tersebut tidak percaya kepada jangkaan yang positif. Sebaliknya cenderung untuk merendahkan matlamat.

Walau apapun seseorang guru akan terus juga bekerja. Guru akan terus juga bekerja, sama ada dengan matlamat yang jelas atau tidak. Guru akan terus juga bekerja, sama ada jangkaannya tinggi atau jangkaannya rendah.

Dalam jangkaan seseorang guru itu, akan ada ganjaran yang diperolehi. Ganjaran- ganjaran ini adalah kekal dan tidak kekal. Ganjaran ini berbentuk ganjaran dalaman dan ganjaran luaran. Ganjaran dalaman lebih kekal dalam ingatan.

Pada peringkat penerimaan ganjaran ini akan berlaku proses penilaian dan pengukuran. Pada peringkat ini dinamakan Teori Keadilan atau Teori Persamaan. Sekiranya dirasakan ganjaran yang diterima setimpal dengan usaha yang telah disumbang, jadi akan timbul rasa adil dan rasa puas hati. Guru tadi akan terus bersemangat dan membuat kerja dengan lebih rajin lagi.

Sebaliknya jika hasil penilaian yang dibuat mendapati ganjaran yang diterima tidak setimpal dengan dengan sumbangan yang diberikan selama ini, maka rasa tidak adil dan tak puas hati akan berlaku. Di sinilah guru tadi akan bertindak secara positif atau tindakan negatif.

Tindakan yang negatif ini termasuklah memohon dinaikkan gaji secara terbuka. Sebaliknya tindakan yang negatif ialah mengurangkan produktiviti. Seseorang guru akan menambahkan masa rehatnya , mempengaruhi orang lain agar mengurangkan prestasi kerja. Malahan guru tadi bertindak untuk bertukar ke sekolah lain atau nekad untuk berhenti kerja sebaga guru dan menceburi bidang kerjaya lain.

[sunting] Kajian kes 1

Kedatangan pengetua baru memberikan ‘peluang’ yang baik kepada Cikgu Bherita. Sebagai guru DG6 di sekolah menengah , Cikgu Bherita sebenarnya berasa terancam ( tekanan dilihat secar positif ) berada di Sekolah menengah kerana ada ura-ura kerajaan untuk memindahkan guru DG 6 ke sekolah rendah. Untuk menyambung pelajaran, Cikgu Bherita merasakan dirinya tidak berupaya lagi.

Cikgu Bherita memegang jawatan Ketua Guru Disiplin sejak dua tahun lepas . Masalah utama di sekolah ialah masalah disiplin pelajar. Pelajar suka -suka hati datang lewat malahan minum kopi di kedai di luar kelas. Misi utama pengetua yang baru datang ialah menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang telah menjadi bualan umum baik di kalangan masyarakat sekeliling mahupun di peringkat daerah dan jabatan.

Kelebihan Cikgu Bherita ialah keupayaannya mengingati dan menceritakan semula sesuatu kesalahan disiplin pelajar . Sebarang kes disiplin pelajar dapat diterangkan dan dijelaskan kepada pengetua dengan baik dan lancar. Oleh itu keputusan hukuman merotan, menggantung dan membuang pelajar dibuat dengan senang. Pelajar dan ibu bapa sendiri tidak dapat mengemukakan sebarang kelemahan dan kesalahan yang mungkin ada pada Ketua Guru Disiplin. Nama Cikgu Bherita sering disebut dalam mesyuarat dan pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya.

Selain itu sebarang permohonan kewangan untuk aktiviti pengawas sentiasa diluluskan. Malahan Cikgu Bherita digunakan oleh guru-guru lain untuk menyampaikan sesuatu masalah atau permohonan kepada pengetua . Tambahan pula Cikgu Bherita sentiasa ada masa untuk selalu berada di pejabat dan sering kelihatan berbincang dengan pengetua. Prestasi Cikgu semakin meningkat.

Sebahagian daripada kes di atas menjelaskan hubungan yang baik antara Cikgu Bherita dengan pengetua mencerahkan lagi peningkatan prestasi. Kemahiran Cikgu Bherita dalam berkomunikasi, mengingat dan menjelaskan sesuatu kes amat mengkagumkan pengetua. Seorang pelajar yang berhadapan dengan kes ponteng kelas misalnya, dapat ditambah dengan kesalahan- kesalahan lain hingga pelajar itu boleh digantung atau dibuang sekolah.

‘Penilaian’ yang diberikan oleh pengetua kepadanya seperti meluluskan setiap permohonan kewangan untuk menjalankan aktiviti sentiasa diluluskan. Apa juga aktiviti hendak dijalankan seperti mengadakan lawatan atau perkhemahan sentiasa diluluskan dengan mudah. Ini diikuti dengan penilaian prestasi SSB melintang.

Namun begitu hubungan yang intim antara pengetua dengan Cikgu Bherita membuahkan kekecohan. Setiap kejadian yng berlaku di kalangan guru akan diketahui dengan oleh pengetua. Oleh yang demikian, Cikgu Bherita dituduh cepat ‘menyampai’ . Guru-guru akan lebih berhati-hati kalau-kalau ada ‘spy’ terutama sekali jika ada Cikgu Bherita. Malahan pengawas – pengawas menjadi sumber Cikgu Bherita mengorek maklumat. Boleh dikatakan Cikgu Bherita dapat mengetahui semua perkara kecil dan remeh, rungutan dan bantahan guru dan pelajar.

Dalam kes Cikgu Bherita ini, timbul beberapa persoalan :

  • Puashati Cikgu Bherita menjadi ketidakpuashatian pihak yang lain.
  • Guru yang menjadikan Cikgu Bherita sebaga neraca timbangan dan perbandingan, pastinya dia tidak akan puas hati.
  • Ketidakpuashatian guru-guru semakin meningkat apabila Cikgu Bherita bertindak suka ‘menyampai’ keburukan dan kelemahan guru-guru lain. Contohnya kelas bising semasa Cikgu Amnah, akan disampaikan kepada pengetua. Sungguhpun perkara itu betul dan benar, tetapi akhirnya ia akan ‘ meletup ’. Cikgu Amnah yang dituduh gagal mengawal kelas berang dan enggan mengajar kelas yang ‘hujung-hujung ‘ lagi.
  • Penilaian prestasi yang dibuat oleh pengetua sebenarnya amat berkait dengan kumpulan ‘think tank’ yang dibentuk. Sebagai pengetua perempuan , keakraban guru-guru lelaki ke bilik pengetua perempuan, tentulah terhad ( barangkali ). Guru lelaki juga mungkin enggan menyatakan apa yang berlaku di dalam kelas seperti pelajar tidak membuat latihan yang diberi. Ini berkaitan dengan ego lelaki. Sedangkan guru-guru perempuan mudah menyampaikan segala masalah. Apatah lagi pengetua suka guru-guru berbincang dengannya. Pengetua mahukan maklumat sebanyak-banyaknya dan pemberi maklumat terbanyak ,bernilai dan lengkap itu hanya diperolehi daripada Cikgu Bherita.

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com