Murtad dalam Islam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Kemurtadan dalam Islam didefinisikan oleh kaum Muslimin sebagai keadaan yang memperlihatkan ketidaksetiaan terhadap Islam oleh tiap Muslim yang telah sebelumnya berserah pada teologi Islam. Termasuk dalam hal ini ialah tindakan meninggalkan Islam dan sejumlah tindakan pemfitnahan terhadap Islam. Konsep inilah yang memdedakan murtad dengan sistem keagamaan lain.
Hal ini disebabkan kerana Islam juga merupakan institusi yang tidak memisahkan urusannya dengan urusan politik. Pada masa awal penyebarannya di Madinah, orang yang murtad dianggap sebagai membelot kepada institusi politik lain (dalam hal ini orang-orang Makkah), kerana antara dua negara tersebut sedang berada dalam situasi peperangan dan orang yang bergabung dalam Islam sendiri diikat dengan sumpah atau bai'ah.
Di masa khalifah Islam, murtad dianggap sebagai pengkhianatan, dan kerana itu diperlakukan sebagai pelanggaran hukum yang dikenakan hukuman mati. Hukuman mati dilaksanakan di bawah bidang kuasa khalifah apabila setelah tiga hari seseorang itu diminta kembali pada Islam gagal. Walau bagaimanapun, cendekiawan moden mengeluarkan pendapat mereka sendiri dalam kes tertentu, bahawa kini tiada bidang kuasa pusat yang sanggup memperkenalkan dan membawa acara kerja rasmi terhadap orang murtad yang menolak atau berbicara dengan tegas menentang Islam disebabkan tiada lagi khalifah Islam. Tokoh kontemporari paling menonjol yang dikutuk sebagai murtad oleh cendekiawan individu hari ini kemungkinan ialah Salman Rushdie.