Parlimen Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia merangkumi Dewan Rakyat (bahasa Inggeris: House of Representatives/literally People's Hall) dan Dewan Negara (bahasa Inggeris: Nation's Hall; biasanya dirujuk sebagai Senate). Ahli-ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen manakala ahli-ahli Dewan Negara dipanggil senator.
Satu pilihanraya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli House of Lords di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahli-ahli Parlimen biasanya digelar sebagai MP, singkatan untuk "Member of Parliament" dalam Bahasa Inggeris.
Parlimen Malaysia terletak di Kuala Lumpur.
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Other countries · Atlas Portal Politik |