Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gelaran | Os Canarinhos (Canaries), Verde-amarela (hijau & kuning) |
||||||||||||||||||||||||||||||||
Persatuan | Gabungan Bola Sepak Brazil |
||||||||||||||||||||||||||||||||
Jurulatih | Carlos Alberto Parreira, 2003- | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua Pasukan | {{{Captain}}} | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Penampilan terbanyak | Cafu (142) | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Penjaring terbanyak | Pelé (77) | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Perlawanan antarabangsa pertama Argentina 3 - 0 Brazil (Buenos Aires, Argentina; 20 Ogos 1914) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemenangan terbesar Brazil 10 - 1 Bolivia (São Paulo, Brazil; 10 April, 1949) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Kekalahan terbesar Uruguay 6 - 0 Brazil (Viña del Mar, Chile; 18 September 1920) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Piala Dunia | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemunculan | 18 (pertama pada 1930) | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan terbaik |
Pemenang 1958, 1962, 1970, 1994, 2002 | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Piala Amerika | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemunculan | 31 (pertama pada 1916) | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan terbaik |
Pemenang 1919, 1922, 1949, 1989, 1997, 1999, 2004 |
Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil ialah pasukan bola sepak yang paling berjaya di dunia, dengan lima kemenangan Piala Dunia FIFA, termasuk pertandingan terkini pada tahun 2002. Satu usikan biasa dalam lingkungan bola sepak adalah: "Orang Inggeris menciptakannya, orang Brazil yang menyempurnakannya." [1]
Orang Brazil merujuk kepada pasukan-pasukan bola sepak (dari mana-mana satu negara) sebagai "Seleção". Maksud harfiahnya ialah "pilihan", dan boleh diterjemahkan sebagai "yang terpilih". Nama samaran yang popular ialah "Canarinho" (anak burung kenari) yang merujuk kepada baju yang berwarna kuning.
[sunting] Sejarah
Brazil ialah negara tunggal yang telah bersaing dalam setiap pertandingan Piala Dunia FIFA dan merupakan negara pertama untuk memenangi piala itu sebanyak lima kali, iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002). Disebabkan status ini, orang Brazil sering merujuk kepada pasukan mereka sebagai Pentacampeão yang membawa maksud harfiah, "johan lima kali". Termasuk dua kali naib johan (1950 dan 1998) dan dua kali tempat ketiga (1938 dan 1978), serta banyak penghormatan yang lain, pasukan Brazil telah dianggap sebagai pasukan bola sepak kebangsaan yang paling berjaya di dunia.
[sunting] Sejarah awal
Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil ditubuhkan pada tahun 1914, dan perlawanan pertama mereka adalah dengan sebuah kelab Inggeris, Exeter City, pada tahun yang sama. Brazil menang dengan markah 2-0.
Walaupun pencapaiannya kini begitu unggul, permainan-permainan awal Brazil jauh daripada cemerlang, disebabkan sebahagian oleh resahan dalaman tentang profesionalisme yang menyebabkan Gabungan Bola Sepak Brazil tidak dapat menurunkan pasukan-pasukan dengan seluruh anggota mereka. Khususnya, pertikaian-pertikaian antara persekutuan-persekutuan bola sepak negeri Sao Paulo dan Rio de Janeiro bermakna bahawa pasukan yang diturunkan oleh Brazil terdiri daripada pemain-pemain daripada kedua-dua persekutuan. Dalam kedua-dua perlawanan 1930 dan 1934, Brazil ditewaskan pada peringkat pertama. Bagaimanapun, pertandingan tahun 1938 merupakan tanda untuk peristiwa-peristiwa yang akan datang ketika Brazil tamat dengan tempat ketiga yang kukuh, dengan Leonidas da Silva mencipta sejarah sebagai pemain sulung yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan Piala Dunia.
Brazil menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 1950 yang merupakan perlawanan pertama yang diadakan selepas Perang Dunia II. Pertandingan ini juga merupakan kali yang tunggal yang mana Brazil menjadi tuan rumah. Perlawanan 1950 adalah unik dari segi bahawa pertandingan ini tidak mempunyai perlawanan akhir yang tunggal, tetapi sebaliknya mempunyai peringkat pusingan robin yang terdiri daripada empat pasukan; bagaimanapun, permainan antara Brazil dan Uruguay bolehlah dianggap sebagai perlawanan "akhir". Pertandingan ini dihoskan di stadium Maracana, Rio de Janeiro, dan ditonton oleh 199,854 orang. Brazil hanya memerlukan markah yang berakhir dengan seri, tetapi ditewaskan dengan mata 2-1 selepas mendahului dengan 1-0; pertandingan ini kini dikenali sebagai "Maracanazo" di Amerika Selatan.
Untuk Piala Dunia 1954 di Switzerland, hampir semua ahli pasukan Brazil ditukar untuk melupakan kekalahan di Maracana. Bagaimanapun, pasukan yang baru ini masih mengandungi sekumpulan pemain yang baik, termasuk Nilton Santos, Djalma Santos, dan Didi. Malangnya, langkah ini tidak begitu berjaya. Pusingan suku akhir melihatkan pasukan Hungary (yang merupakan pilihan ramai) menewaskan Brazil 4-2 dalam satu perlawanan yang paling jelik dalam sejarah bola sepak dan yang kini digelarkan Perang Berne.
[sunting] Pautan luar
- Tin Coca-Cola Piala Dunia Brazil
- Tapak web rasmi Persatuan Bola Sepak Brazil
- Arkib pasukan kebangsaan Brazil 1906- (dalam bahasa Inggeris dan bahasa Portugal)
- Arkib keputusan pasukan kebangsaan Brazil 1914- (hanya Pertandingan "A")
- Brazil dalam Piala Dunia
- Brazil: "Seolah-olah mereka daripada planet yang lain..."
Bola sepak antarabangsa
|
||
---|---|---|
|
||
|
||
|
|
|