Templat:PengenalanLamanUtama/A
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Rencana pilihanCicak-Man ialah filem terbitan KRU FILM yang merupakan percubaan daripada pengarah Yusry KRU untuk melahirkan adiwira Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandar raya ciptaan Metrofulus. Genre filem ini ialah komedi-aksi dan cereka sains. Pengarah filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia. Cicak-Man mengisahkan seorang anak muda, Hairi (Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny (Yusry KRU), bekerja di syarikat milik Profesor Klon (Aznil Nawawi), di bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi dapat merasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti seekor cicak yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang. Bersama Danny, Hairi perlu menghentikan rancangan jahat Profesor Klon untuk merampas kuasa bandar berkenaan. Gambar pilihanFolly merupakan sejenis bangunan mewah, untuk suka-suka dan aneh, yang direka lebih untuk penyataan seni berbanding praktikal. Binaan sebegini digelar "folly" kerana sering dibina berlebih-lebihan berbanding tujuannya, atau kerana tujuan asal tidak diingati lagi. Gambar pilihan sebelum ini: Kapal selam – Awan kumulus – Cakera padat |
Peristiwa hari ini18 Mac: Hari Bendera di Aruba (1976).
Tahukah anda?
|