Wikipedia:Penyelia/Permohonan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pentadbiran |
---|
Polisi |
Tanggungjawab |
Birokrat |
Pemeriksa |
Permohonan |
Pengundian |
Log hak pengguna |
Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.
Senarai kandungan |
Syarat menjadi penyelia
Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:
- Anda haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, interwiki dsb.
- Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
- Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
- Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
- Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
- Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, menambahkan interwiki, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
- Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
- Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.
Langkah
- Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan menjadi penyelia" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
- Penyelia kemudian akan memindahkannya ke laman pengundian.
- Pengundian dijalankan.
- Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.
Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.