Perak Tengah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Perak Tengah merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak.
Senarai kandungan |
[sunting] Latar Belakang
Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan . Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November, 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu :
- Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit
- Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar.
- Kawasan adoption seluas 5978 hektar
- Kawasan operasi seluas 3330 hektar
[sunting] Kawasan pentadbiran Perak Tengah
- Parit
- Kampung Buluh Akar
- Tanjung Belanja
- Bota Kanan
- Seri Iskandar
- Titi Gantung
- Kampung Gajah
Sebelum 1979 , daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak.
Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat.
Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 11 buah mukim.
Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.
[sunting] Keluasan
- Luas kawasan Perak Tengah ialah 96 km persegi (9,308 ha)
[sunting] Penduduk
- Jumlah penduduk Perak Tengah ialah 88,446 orang (1996)
[sunting] Topografi
Kira-kira 80% dari kawasan daerah adalah tanah rata dan rendah. Cuma terdapat beberapa bahagian sahaja yang berbukit-bukau. Bukit Tunggal (645 kaki di atas aras laut) adalah puncak tertinggi dalam daerah. Selain dari Sungai Perak, daerah ini juga dialiri oleh 3 anak sungai utama iaitu Sungai Kinta, Sungai Tumbuh dan Sungai Pelus.
[sunting] Iklim
Perak Tengah mengalami iklim tropika dengan purata suhu 81F. Suhu tertinggi iaitu 82F dicatat dalam bulan Mei/Jun setiap tahun. Hitung panjang kadar pengwapan bulanan ialah antara 5.9 hingga 6 inci. Perak Tengah menerima hujan yang agak tinggi iaitu purata 2000 inci setahun. Hujan lebat berlaku dalam bulan November/ Disember, manakala musim kering atau kemarau dialami pada bulan-bulan Jun/Julai.
[sunting] Pentadbiran Kampung dan Mukim
Perak Tengah mempunyai satu daerah kecil iaitu Kampung Gajah. Keluasan daerah secara keseluruhannya ialah 128,205 hektar bersamaan dengan 1,282.05 km persegi. Dari segi pentadbiran , daerah ini terbahagi kepada 11 buah mukim yang ditadbir oleh 10 orang Penghulu. Bilangan kampung berdasarkan pentadbiran Ketua Kampung berjumlah 101 buah. Bilangan kampung-kampung kecil ialah 219 buah.
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | ||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |