Qinghai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
མཚོ་སྔོན་ 青海省 Qīnghǎi Shěng |
|
Singkatan: 青 (Pinyin: Qīng) | |
Asal-usul nama | Dari Bahasa Mongolia Köke Nayur: Köke - biru Naγur - tasik "tasik biru" (Tasik Qinghai) Dalam Bahasa Cina: 青 qīng - hijau/biru 海 hǎi - laut "laut hijau" |
Jenis pentadbiran | Wilayah |
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Xining |
Setiausaha Jwk CPC | Qiang Wei |
Gabenor | Song Xiuyan |
Luas | 721,000 km² (4) |
Populasi (2004) - Kepadatan |
5,390,000 (30) 7.48/km² (30) |
KDNK (2005) - per kapita |
CNY 54.32 bilion (30) CNY 10,386 (20) |
HDI (2005) | 0.684 (sederhana) (27) |
Bangsa-bangsa utama | Han - 54% Tibetan - 23% Hui - 16% Tu - 4% Salar - 1.8% Mongol - 1.8% |
Peringkat prefektur | 8 bahagian |
Peringkat daerah | 43 bahagian |
Peringkat perbandaran† | 429 bahagian |
ISO 3166-2 | CN-63 |
Lamanb web rasmi http://www.qh.gov.cn/ (Cina) |
|
Sumber untuk data populasi dan GDP: Sumber untuk data bangsa-bangsa: † Seperti pada 31 Disember 2004 |
Qinghai? ialah sebuah wilayah Republik Rakyat China, yang dinamakan bersempena Tasik Qinghai yang besar. Qinghai bersempadan dengan Gansu di timur laut, Kawasan Autonomi Xinjiang di barat laut, Sichuan di tenggara, dan Kawasan Autonomi Tibet di barat daya.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Qinghai merupakan sebuah wilayah yang agak baru di China. Kawasan ini selama ini menjadi tempat pertembungan pelbagai etnik yang memcampur aduk pengaruh kebudayaan Han (Cina), Mongolia, Tibet, dan Turkik. Qinghai dijadikan medan pertempuran ketika dinasti Tang dan dinasti-dinasti China seterusnya apabila menentang kerajaan Tibet yang berturut-turut.[1]
Pada tahun 1928, Qinghai dijadikan sebuah wilayah Republik China ketika itu. Seterusnya, Qinghai menjadi markas utama untuk hulubalang bernama Ma Bufang, sebelum menjadi wialyah di bawah pentadbiran Republik Rakyat pada tahun 1949.
[sunting] Pelancongan
Banyak tempat tarikan pelancong berpusat di Xining, ibu wilayah Qinghai.
Bandaraya Xining sendiri mempunyai tempat yang begitu penting, termasuk Masjid Besar Xining (清真大寺, pinyin: qīngzhēn dà sì) dan Tokong Gunung Utara (北山寺, běishān sì).
Di luar Xining terdapat dua tapak tarikan yang pentinf:
- Biara Kumbum (bahasa Tibet: sKu 'bum dKon pa; bahasa Cina: 塔尔寺, tǎ'ěr sì), salah sebuah biara Mazhab Topi Kuning yang tersohor, terletak 30 km dari Xining. Biara ini juga menampilkan Dewan Ukiran Mentega Yak.
- Tasik Qinghai (青海湖, qīnghǎi hú) adalah sebuah tarikan pelancong yang terletak lebih jauh dari Xining berbanding Kumbum. Tasik ini adalah tasik air masin terbesar di China, dan juga terletak di "Bumbung Dunia," iaitu Penara Qinghai-Tibet. Tasik ini sendirinya terletak pada ketinggian 3,600m dari paras laut. Kawasan sekelilingnya terdiri daripada padang rumput beralun dan diduduki oleh etnik Tibet. Kebanyakan rombongan yang diatur berhenti di Pulau Burung (鸟岛, niǎo dǎo). Setiap tahun, diadakan pertandingan lumba basikal antarabangsa dari Xining hingga Tasik Qinghai.
[sunting] Pautan luar
[sunting] Lihat juga
- Geladandong
|
||
---|---|---|
Wilayah | Anhui · Fujian · Gansu · Guangdong · Guizhou · Hainan · Hebei · Heilongjiang · Henan · Hubei · Hunan · Jiangsu · Jiangxi · Jilin · Liaoning · Qinghai · Shaanxi · Shandong · Shanxi · Sichuan · Taiwan1 · Yunnan · Zhejiang | |
Kawasan autonomi | Guangxi · Mongolia Dalam · Ningxia · Tibet (Xizang) · Xinjiang | |
Kawasan perbandaran | Beijing · Chongqing · Shanghai · Tianjin | |
Kawasan pentadbiran khas | Hong Kong · Macau | |
1 Dituntut oleh Republik Rakyat China, tetapi kini ditadbir Republik China. Lihat juga Status politik Taiwan. |