RTM 1
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jenis | VHF Gelombang I dan III, UHF |
---|---|
Negara | Malaysia |
Ketersediaan | Seluruh Malaysia dan luar negara |
Slogan | Saluran Inforia |
Pemilik | Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia |
Tarikh pelancaran | 28 Disember, 1963 |
Laman web | www.rtm.net.my |
RTM 1 ataupun Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM) merupakan saluran televisyen 1 dan dimiliki oleh kerajaan Malaysia. RTM 1 mula dilancarkan pada 28 Disember 1963 dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. TV1 menawarkan program pendidikan dan maklumat tempatan serta hiburan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
RTM 1, juga dipanggil TV 1, telah dilancarkan kembali dengan imej dan nama baru oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 4 Ogos 2004. Pada 2004 dikenali sebagai Saluran Infotainmen Anda (dahulu Saluran Perdana). Semasa ulangtahun RTM ke-60 ia dikenali sebagai Saluran Inforia.
Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan, elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan tetap dikawal.
Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1 yang baru ini. Selain itu, TV 2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 20 Ogos 2004.
Pada 1 April 2006, TV1 menukar slogan kepada Saluran Inforia dan dinamakan RTM1. Pertukaran slogan daripada Saluran Infotainmen Anda kepada Saluran Inforia adalah selaras dengan polisi kerajaan untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. "Infotainmen" dianggap sebagai istilah rojak (di mana infotainmen merupakan penggabungan antara informasi dengan entertainment (hiburan), salah satu perkataan bahasa Inggeris).
Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bukan berunsur keuntungan kepada tidak tertakluk kepada tekanan perdagangan, RTM1 adalah sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada jam 2:00 pagi. RTM1 masih bersiaran 24 jam sehari hanya pada bulan Ramadan sahaja walaupun pernah bersiaran 24 jam dari 1 Ogos 2005 hingga 3 April 2006.
Buat masa ini, RTM1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III. Walau bagaimana pun, RTM 1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5.
RTM 1 juga didapati dalam Astro dalam saluran 101 (sebelum ini di saluran 5, kemudian saluran 1) dan di Singapura melalui saluran TV kabel Starhub saluran 39.
Senarai kandungan |
[sunting] Rancangan
[sunting] Berita
- Warta Perdana
- Warta 1
- Warta Negeri
- Bisnes Malaysia
- Dunia Hari Ini
- RTM Dunia
- Warta 1.30 Pagi
- Parlimen Hari Ini
[sunting] Program Bicara
- Selamat Pagi Malaysia
- Bersama Menteri
- 60 Minit Bersama Menteri
- Fenomena Seni
- Bicara Siswa
[sunting] Agama
Kesemua rancangan agama Islam ini diterbitkan oleh Media Elektronik dan Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
- Forum Perdana Hal Ehwal Islam
- Bicara Mufti
- Qirattul Quran
- At-Tijarrah
- U Remaja
- Diari JAKIM
[sunting] Dokumentari
- Panorama
- Kawasan Saya
- Galeri Perdana
- Special Documentary on 1
[sunting] Sukan
- Info Sukan
- Jaguh Sukan RTM
- Sukan 2007
[sunting] Hiburan
- Bintang RTM
- Zoom In
- Hits 1
- Idola Patriotik
[sunting] Komedi
- KB Sentral
- Salam Pantai Timur
- Cafe @ KLIA
[sunting] Filem
- Wayang Emas
- Aura1
- Midnight Movie
[sunting] Drama
- Sutera
- Fragmen Kasih
- Astaka Perdana
- Arca
- Delima Wanita
[sunting] Kanak-Kanak
- Pejuang
- Barney and Friends
- Kacang
[sunting] Pelbagai
[sunting] Alamat
Jabatan Penyiaran
Kementerian Penerangan Malaysia
Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-22825333
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM1 | RTM2 | TV3 | ntv7 | 8TV | TV9 |